Menggendong bayi

As-salam,

Baru-baru ni pengguna media sosial digemparkan dengan kes seorang bayi yang koma akibat terjatuh daripada carrier. Rakan kepada ibu bayi berkenaan memberitahu ibu bayi tersebut menggunakan carrier tiruan jenama ergo baby.

Bercerita tentang fake ergo ni, aku juga pernah membelinya. Ini disebabkan keghairahan nak ber babywearing tapi taknak gali ilmu dulu. Perlu ke ilmu? Nak dukung anak je pun. Ok mungkin ada yang pelik kenapa aku sebut tentang ilmu. Dalam setiap perbuatan ni kita perlu ada ilmu. Ilmu bukan hanya dapat dari sekolah je. Tapi boleh didapati melalui pembacaan, pertanyaan, dan pengalaman. Macam yang aku cakap tadi, masa membeli ergo dulu, aku tak terlintas langsung produk itu pun ada tiruan. Memang nampak dari mata kasar sama, tapi perbezaan yang besar adalah dari segi kualiti.

Masa membeli dulu, seller ada bagi tahu carrier tu boleh tahan berat bayi hingga 20kg. Wah macam menarikkan. Tapi kebanyakkan produk tiruan langsung tiada kawalan kualiti. Jadi macam mana mereka boleh yakin produk mereka boleh menampung berat bayi sehingga 20kg. Macam kes bayi tadi, bayi malang tu terjatuh dari carrier bila buckle fake ergo tu pecah. Ya Allah tak dapat digambarkan keadaan bayi tersebut. Setiap kejadian memang ada sebab, tapi kita sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan setiap barangan yang digunakan untuk bayi / anak adalah selamat.

Ok cerita pasal fake ergo yang aku pernah beli dulu, memang aku penah pakaikan untuk gendong athmar dan naurah beberapa kali. Tapi bila dapat tau itu adalah fake dan ada beberapa kejadian seperti buckle pecah, jahitan tetas terus aku sisihkan fake ergo tu. Biarlah terbuang sikit duit asalkan nyawa anak-anak terjamin.

Untuk pengetahuan korang, menggendong bayi ni banyak sangat kebaikannya. Antaranya bayi akan merasa lebih tenang dan selamat. Tempat mana lagi yang lebih menenangkan jika bukan didalam dakapan seorang ibu, bukan? Bayi yang tenang dan sentiasa merasa selamat akan lebih cepat develop keyakinan diri. Sentiasa mengendong bayi akan membuatkan anak terlebih manja dah tak pandai berdikari? Itu hanya mitos ye. 

Dalam memilih alat penggendong, pastikan korang memilih yang ergonomic. Kenali jenis-jenis carrier. Ada ring sling, wrap, mei tai, soft structure carrier. Carrier yang ergonomic adalah yang mempunyai body panel yang lebar, kedudukan kaki anak adalah m-shape. Tolong elakkan dari menggunakan crotch carrier, iaitu jenis yang narrow macam baby bjorn, mother care or yang sewaktu dengannya. Nanti ku ceritakan lebih panjang kenapa crotch carrier tidak digalakkan.

Untuk korang yang nak gali ilmu tentang babywearing ni sila la join group malaysian babywearer ni. Memang best. Macam-macam korang boleh belajar dari otai-otai di sana. Yang penting, banyakkan membaca ye adik-adik sekelian.



Tepek sket gambar aku berbabywearing. Ini adalah ring sling ye. Memula pakai memang rasa susah sesangat. Sampai nak give up juga la. Tapi lama-lama praktis, rajin baca komen-komen otai, study kat youtube, akhirnya rasa alahai senangnya ber ring sling. Athmar pun selesa bila digendong. Memang sedap je la dia tido dalam tu.

Love,
mar


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato

Smart Reader Kids