Posts

BIG WHY KENAPA KAMI BELI RUMAH

Image
Assalamualaikum Ahkak nak share something kat korang. Yang ni memang ahkak belum share lagi di fb ahkak. Insha allah tak lama lagi kami akan berpindah rumah. Dah kenapa nak pindah dalam pantang pula kan! Sebenarnya kami beli rumah ni dari disember 2016 lagi. Tapi proses jual beli ambil masa yang lama untuk selesai. Dapat kunci pada tengah bulan ogos. Nak tak nak memang kena pindah juga la oktober. Tak kan nak bayar rumah sewa dan rumah ni pulak kan. Kami beli rumah subsale. Bermakna rumah 2nd. Memang plan nak beli rumah dah lama kami fikir. Awalnya nak beli rumah yang kami sewa sekarang. Walaupun sebenarnya ahkak tak berapa sukakan keadaan rumah ni, tapi memikirkan ianya landed house jadi ahkak setuju je la untuk beli bila tuan rumah offer nak jual. Dalam masa kami nak berurusan dengan bank, ayah mertua ahkak jatuh sakit. Jadi kami balik kampung selama seminggu. Bila balik kl je, tuan rumah bagi tau ada sorang lagi pembeli yang berminat untuk beli rumah ni. Jadi dia minta ka

KELESUAN HINGGA HAMPIR MEROYAN

Image
Assalamualaikum. Ahkak tak cerita perkara ni pada sesiapa, tapi en.suami nampak perubahan ahkak. Anak-anak pun nampak. Ahkak mudah marah, tak ceria dan kurang bercakap. Awal-awal bersalin hari tu, ahkak agak stress juga la. Dengan pergerakan ahkak yang sangat terbatas. Dengan athmar yang mula meragam lepas dapat adik. Dengan naurah nak exam lagi. Ehh stress tau mengajar budak darjah 1 ni. Dah la silibus diorang lebih advance, naurah pula kurang fokus. Kena ajar banyak kali nak bagi dia faham dan lekat dalam otak. Memang rasa darah naik ke kepala la.  Dalam keadaan macam tu, dengan en.suami yang busy sangat memang buat ahkak tertekan sangat. Sampai satu masa ahkak menangis depan en.suami. Slowly dia pujuk ahkak. Dia faham tekanan ahkak. Dengan keadaan badan ahkak yang lemah dan masih sakit kesan czer.  Jangan salah faham. Walaupun en.suami busy dengan kerja, tapi dia memang uruskan ahkak dan anak-anak dari A-Z la. Sebelum en.suami keluar bekerja, dia pastikan keperluan ka

Pengalaman pertama czer dan luka baik dengan pantas

Image
Assalamualaikum. Lama betul ahkak tak update blog. Untuk pengetahuan semua, ahkak dah selamat melahirkan anak ke 3 pada 9 september lalu. Alhamdulillah mudah ahkak bersalin, cuma kali ni ahkak czer sebab baby dah berak dalam perut. Bila dapat tau ahkak kena czer, memang nak menangis gak la mulanya. Ye la, nak kena injet pun ahkak takut ni pulak nak kena belah perut. Doktor bagi masa 1/2 jam untuk ahkak try bersalin normal. Masa ahkak sampai hospital tu pun sebenarnya laluan dah bukak 7cm. Masa nurse bagitau dah 7cm, ahkak happy la sebab tak lama dah tu. Tapi kejap je happy bila doktor cakap baby dah berak, bacaan jantung baby tak stabil so kena emergancy czer. Ahkak rasa nak menangis, takut, cemas, semua ada la. Bukan apa, dok fikir keadaan lepas czer tu. Dengar cerita memang sakit la bila ubat bius dah habis. Semua berlaku dengan pantas. Lepas 1/2 jam dan baby masih belum keluar secara normal, maka ahkak di tolak masuk ke OT. Sedih sebab en.suami tak dibenarkan masuk. Wala

KISAH ECZEMA YANG MEMBELENGGU KEHIDUPAN DAN CARA AHKAK MENGATASINYA

Image
Kisah eczema Lama juga ahkak tak update blog ahkak. Sebab kurang sihat. Mabuk dan loya kaedahnya. Alhamdulillah rezeki tahun ni, insha allah bakal bertambah sorang lagi cahaya mata ahkak dan suami. Diam tak diam, dah masuk 6 bulan usia kandungan ahkak. Korang doakan yang baik-baik ye. Tapi yang ahkak nak share ni bukan kisah pregnancy ahkak, tapi nak cerita tentang kisah eczema yang ahkak alami. Memang dah lama ahkak ada eczema. Seingat ahkak dari usia belasan tahun. Dulu tak tau pun apa tu eczema. Yang ahkak tau, tiap kali di serang, ahkak akan alami kegatalan yang teruk, disertakan kesan luka akibat aktiviti menggaru. Gatal ni, makin di garu makin sedap. Betul kan.       So bila menggaru, memang akan bertambah teruk kawasan yang diserang eczema. Macam-macam jenis ubat ahkak letak. Masa tu letak je la apa-apa cream yang ada di rumah. Untuk ruam la, untuk panau la, untuk gigitan serangga la. Memang semua tak berkesan. Lama-lama ahkak fed up, so biar je la hi

Vitamin terbaik untuk kanak-kanak

Image
Assalam,  Alhamdulillah semua kelengkapan persekolahan naurah dah settle. Nasib settlekan awal, tak perlu kelam kabut di saat akhir. Ahkak santek mula beli dari awal cuti persekolahan lagi. Sebab takut kang kalau lambat takde saiz pulak untuk si princess yang kecik molek tu.  Selain segala kelengkapan, yang ahkak santek utamakan juga adalah keperluan nutrisi naurah. Maklum la darjah 1 tentu saja lebih mencabar berbanding semasa bersekolah tadika. Jadual persekolahan sekarang bukan macam zaman ahkak santek dulu. Jadual sekarang memang padat dengan macam-macam kelas tambahan. Baru tengok jadual pun ahkak santek dah letih.  Jadi supaya naurah lebih cergas, tidak mudah di jangkiti sakit dan lebih fokus di dalam kelas jadi ahkak santek sediakan 4 jenis vitamin untuk dia. Kenapa sampai 4? Meh akhak santek explain dulu kegunaan semua vitamin ni. Meal shakes untuk ketika sarapan pagi agar lebih bertenaga. Meal shakes adalah multivitamin lengkap yang kaya dengan fibre. Jadi ia s

Tabung Pendidikan untuk Anak

Image
Assalam, Tahun depan naurah dah masuk darjah 1. Teringat 2 tahun lepas mula daftar dia di tadika.  Banyak juga kos yang perlu di keluarkan. Tapi demi pelajaran, kami tak kisah. Belanja untuk tadika pun dah macam yuran universiti. Akan datang bila naurah dan athmar nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, tentu lebih banyak duit yang perlu di belanjakan. Sebab tu, awal-awal lagi ahkak santek dah buka tabung untuk pendidikan mereka. Ahkak ambik plan insuran dan pendidikan takaful. Selain dari pendidikan, kesihatan pun sama penting. Jadi if ada apa-apa berlaku, mereka di lindungi dengan pelan insuran.  Mula ambil pelan insuran masa naurah dan athmar berusia lebih kurang 5 bulan. Awalnya memang rasa tak perlu ambil pun memandangkan company ahkak santek bekerja ni memang cover perubatan anak-anak. Tapi en.suami nak ambil, so ahkak turutkan je la. Berbaloi la ambil walaupun bulanan ahkak santek kena ketepikan sedikit duit untuk membayarnya.  Selain tu ahka

Jana pendapatan lumayan dengan SHAKLEE

Image
"kak, saya student lagi. Takde modal nak bisnes" .......................... ............................................................................................. Sebenarnya biasa je ahkak santek dengar adik-adik student yang cakap macam ni. Tapi ni ahkak santek nak bagi tau something. Adik manis, tau tak student pun boleh mula bisnes tau.  Lebih-lebih lagi bisnes shaklee yang modalnya rendah, hanya RM80 je. Dah la modal rendah, tak susah pulak nak uruskan perniagaan shaklee ni. Sebab apa ahkak santek cakap mudah? Sebab tak payah pening kepala nak selalu ke pejabat pos sebab semua boleh buat secara online je. Ahkak santek memang bercinta betul kalau nak ke pejabat pos, nak que la, nak menunggu la, dengan anak meragam la, dah la depan pejabat pos ada ruang main. Kompem kene pow dengan anak-anak.  Heheheh.  Dengan shaklee, bila ada order yang ahkak santek perlu pos, ahkak order guna shaklee2u je. Nanti shaklee tolong poskan kepada customer. Klik..klik di huju