Tabung Pendidikan untuk Anak

Assalam,



Tahun depan naurah dah masuk darjah 1. Teringat 2 tahun lepas mula daftar dia di tadika. Banyak juga kos yang perlu di keluarkan. Tapi demi pelajaran, kami tak kisah.

Belanja untuk tadika pun dah macam yuran universiti. Akan datang bila naurah dan athmar nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, tentu lebih banyak duit yang perlu di belanjakan.

Sebab tu, awal-awal lagi ahkak santek dah buka tabung untuk pendidikan mereka. Ahkak ambik plan insuran dan pendidikan takaful. Selain dari pendidikan, kesihatan pun sama penting. Jadi if ada apa-apa berlaku, mereka di lindungi dengan pelan insuran. 

Mula ambil pelan insuran masa naurah dan athmar berusia lebih kurang 5 bulan. Awalnya memang rasa tak perlu ambil pun memandangkan company ahkak santek bekerja ni memang cover perubatan anak-anak. Tapi en.suami nak ambil, so ahkak turutkan je la. Berbaloi la ambil walaupun bulanan ahkak santek kena ketepikan sedikit duit untuk membayarnya. 



Selain tu ahkak santek juga buka akaun tabung haji untuk mereka dan ahkak potong gaji setiap bulan. Biar tak banyak pun potongan bulanan tu, tapi sikit-sikit lama-lama menggunung juga kan. Kalau nak harap ahkak ke tabung haji masukkan duit, memang rasanya setahun sekali pun tak tentu pergi. Jadi bila tabung haji bukak booth di opis ahkak, terus la ahkak isi borang untuk buat potongan melalui gaji. 

Kalau uolls potong minimun RM10 pun, setahun dah dapat RM120. Lebih baik dari tak bertambah langsung kan. Bila dah buka akaun tabung haji tu, jangan lupa terus mendaftar untuk buat haji juga. Ahkak punya turn tak ingat la tahun berapa. Tu pun kalau panjang umur. Tapi apa yang penting, kena mula menabung dan pasang niat untuk menunaikan haji. Insha allah, allah permudahkan niat kita tu. 

Selain menabung duit, ahkak juga menabung sikit-sikit emas. Uolss pun tahun kan, harga emas semakin meningkat. So simpan emas ni salah satu pelaburan yang menguntungkan tau. Simpan sikit-sikit, sebulan beli 1g. Ahkak beli emas powergold. Almaklum la ahkak kan ahli powergold juga. 

Uolls kalau nak simpan emas juga boleh la contact ahkak santek. Nak cantik dan sihat pun, contact ahkak cantik juga tau. 

Mar >>>>> 018.268.4992

Uolss pulak macam mana plan untuk pendidikan anak-anak?

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato