Posts

Goodies bag

Image
As-salam, Sebenarnya selalu je berazam nak rajin-rajin update blog. Tapi azam je la. Lepas tu kelaut. Hehe.Bulan ogos pun cuma 3 entry je. Hari ni dah 10 september, tapi baru 1 cerita je masuk. Camon mar, gigih lagi. Takde apa nak cerita sangat, jom aku kongsi pasal goodies bag yang aku sediakan untuk majlis aqiqah athmar baru-baru ni. Kami sediakan 100 goodies bag untuk diberikan pada para tetamu. Isikandungannya simple je, 1 buku surah al-mathsurat beserta doa-doa, 1 kek apolo dan air kotak. Surah Al-Mathurat tu beli borong di Mydin. Tak silap aku dalam RM0.90/pc. Ada banyak pilihan di Mydin. Sebenarnya aku nak beli doa-doa harian, tapi en. fuad nak ambik yang ni. Sebagai isteri mithali, akak turutkan. Tengah-tengah malam gigih menampal stiker kat surah. En. fuad dan anak-anak dah sedap berdengkur. Stiker tu aku buat sendiri. Edit pic athmar di photoshop, pastu print atas stiker paper. Bila dah tepek, baru terpikir, patut buat style landskap bukan potret. Lebih canti

Majlis Aqiqah & Berendoi Muhammad Athmar

Image
As-salam, Alhamdulillah niat untuk buat majlis aqiqah & berendoi athmar dah terlaksana. Lega rasanya. Cuma baru buat seekor kambing. Lagi seekor in sha allah akan dibuat kelak. Ni pic sekitar majlis minggu lepas. Kali ni buat di Bagan Lalang. Endoi cantik ni dari Buaian berendoi Pama. Boleh check it out di FB atau Instagram. Ni kali ke-2 kami gunakan khidmat dari Buaian Berendoi Pama. 1st dulu masa alang buat aqiqah khalish. Sebab berkenan, servis pun best so kali ni gunakan khidmat mereka lagi. Jenuh gak aku pikir nak pakai tema kaler apa. Lastly kaler purple + kuning jadi pilihan. Memang cantik la kaler tu. Nampak berseri-seri je dalam gambar. Selain endoi, diorang pun buat mini pelamin untuk bertunang dan nikah juga. Harga memang mampu milik. Bak kata para peniaga, harga kasih sayang je. DIY Candy Buffet. Polaraid pic dari Cintafasca di Instagram Macam biasa aku memborong candy di tempat feberet aku la di NSK Seri Rampai. Memang sakan membeli candy bila

Happy World Breastfeeding Week

Image
As-salam, Bulan ogos ni adalah bulan penyusuan susu ibu. Tahniah kepada semua ibu-ibu yang menyusukan bayi anda. Anda memang rocks. Sejak mengenali dunia penyusuan, aku terus jatuh cinta dan aku suka sebarkan kebaikan dan keindahan dunia penyusuan ini kepada semua ibu-ibu di luar sana. Buat ibu-ibu muda, yakinlah pada kemampuan diri anda. Anda pasti boleh menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun. Jika ada yang bertanya padaku, bagaimana nak berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun. Jawapan aku, yang penting perlu ada ilmu, semangat, dan kedegilan. Betul, kedegilan itu antara faktor aku berjaya menyusukan naurah dulu. Bukan takde suara sumbang menyuruh aku suapkan formula milk ke mulut naurah. Bukan takde kata-kata sinis kononnya menyusukan ini menyusahkan. Malah ada yang anggap aku tak mampu membeli susu mahal untuk diberi kepada anakku. Susu ibu yang terbaik untuk bayi. Susu ibu mengandungi khasiat yang lebih baik berbanding susu formula. Susu ibu, ciptaan Allah, dari ibu un

Kaitan antara rambut gugur dan bayi main buih

Image
As-salam, Selalu tak dengar orang cakap bila baby dah pandai main buih, rambut ibu akan mula gugur. Betul ke? Apa kaitan main buih dan rambut gugur? Tau tak sebabnya? Biasanya apabila bayi berumur 3 bulan, kelenjar air liurnya mula aktif. Ini akan menghasilkan air liur yang lebih banyak dari masa awal kelahirannya. Manakala bagi ibu pula, sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut. Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih ba

Inch Loss Plan Shaklee

Image
Baru seminggu beraya, berat dah naik ke? Alamak syawal sebulan. Tiap-tiap minggu ada open house. Jangan abis sebulan syawal, baju tak muat pulak. Meh cuba inch ...loss plan shaklee. Mengandungi Cinch Shake Mix yang terdapat 3 perisa lazat, iaitu chocolate, cafe latte dan vanilla. Tinggi dengan kandungan serat yang memberikan rasa puas dan kenyang. Lecithin untuk memecahkan lemak dan mengurangkan berat badan. Juga dapat menurunkan paras kolesterol. Diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO yang dapat menggalakkan fungsi optimum otak. Herb-Lax mengandungi daun senna dan 8 herba yang lain untuk detox usus dan dapat menghindari sembelit. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Untuk terus membeli boleh klik di sini Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Bawang Putih - Rawatan selsema / batuk dan kahak untuk bayi

Image
As-salam, Dah 2 hari athmar selsema. Budak kecik ni kalau kene selsema memang kita kesian sangat kan. Ye la baby mana la reti nak buang hingus sendirikan. Athmar nampak tak selesa sangat bila selsema. Tidur pun kejap-kejap je. So aku buat teknik garlic socks waktu nak tidur. Alhamdulillah athmar tidur dengan lena. Senang je caranya. Ambil setengah ulas bawang putih. Tumbuk tapi jangan sampai lumat. Pakaikan stokin berlubang atau yang jenis berkait. Kemudian letakan bawang putih tu pada satu lagi stokin dan pakaikan pada kaki baby. Biarkan semalaman. Bawang putih mengandungi antiinflamasi dan antivirus yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, merawat batuk, kahak dan selsema. Selain dari cara garlic socks, korang juga boleh buat garlic oil untuk disapu di dada dan belakang badan baby. Caranya ambil seulas bawang putih, bakar bersama kulit hingga hitam. Kemudian lenyekkan, dan campurkan dengan sedikit minyak masak / zaitun.   Sebenarnya selain daripada menyeda

Mighty 3 Gems

Image
As-salam. Meh sini nak cerita tentang minuman 3 serangkai yang super hangat di pasaran terutama dibulan ramadhan ni. Set 3 serangkai ni dikenali sebagai mighty 3 gems. Set mighty 3 gems ni terdiri daripada : - Performance Drink. Minuman berperisa oren memberi tenaga segera dan berkekalan serta mencegah penyahhidratan. Berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air. Digunakan oleh ramai ahli sukan seluruh dunia selama bertahun-tahun. - ESP. Protein biologi berasaskan tumbuhan yang lengkap rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Dapat membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur. Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat. Memecahkan lemak dan mengurangkan berat badan serta dapat mengatasi sembelit kerana dapat melembutkan najis. - Meal Shakes. Makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik yang mengandungi 19 vitamin da