Posts

Happy World Breastfeeding Week

Image
As-salam, Bulan ogos ni adalah bulan penyusuan susu ibu. Tahniah kepada semua ibu-ibu yang menyusukan bayi anda. Anda memang rocks. Sejak mengenali dunia penyusuan, aku terus jatuh cinta dan aku suka sebarkan kebaikan dan keindahan dunia penyusuan ini kepada semua ibu-ibu di luar sana. Buat ibu-ibu muda, yakinlah pada kemampuan diri anda. Anda pasti boleh menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun. Jika ada yang bertanya padaku, bagaimana nak berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun. Jawapan aku, yang penting perlu ada ilmu, semangat, dan kedegilan. Betul, kedegilan itu antara faktor aku berjaya menyusukan naurah dulu. Bukan takde suara sumbang menyuruh aku suapkan formula milk ke mulut naurah. Bukan takde kata-kata sinis kononnya menyusukan ini menyusahkan. Malah ada yang anggap aku tak mampu membeli susu mahal untuk diberi kepada anakku. Susu ibu yang terbaik untuk bayi. Susu ibu mengandungi khasiat yang lebih baik berbanding susu formula. Susu ibu, ciptaan Allah, dari ibu un

Kaitan antara rambut gugur dan bayi main buih

Image
As-salam, Selalu tak dengar orang cakap bila baby dah pandai main buih, rambut ibu akan mula gugur. Betul ke? Apa kaitan main buih dan rambut gugur? Tau tak sebabnya? Biasanya apabila bayi berumur 3 bulan, kelenjar air liurnya mula aktif. Ini akan menghasilkan air liur yang lebih banyak dari masa awal kelahirannya. Manakala bagi ibu pula, sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut. Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih ba

Inch Loss Plan Shaklee

Image
Baru seminggu beraya, berat dah naik ke? Alamak syawal sebulan. Tiap-tiap minggu ada open house. Jangan abis sebulan syawal, baju tak muat pulak. Meh cuba inch ...loss plan shaklee. Mengandungi Cinch Shake Mix yang terdapat 3 perisa lazat, iaitu chocolate, cafe latte dan vanilla. Tinggi dengan kandungan serat yang memberikan rasa puas dan kenyang. Lecithin untuk memecahkan lemak dan mengurangkan berat badan. Juga dapat menurunkan paras kolesterol. Diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO yang dapat menggalakkan fungsi optimum otak. Herb-Lax mengandungi daun senna dan 8 herba yang lain untuk detox usus dan dapat menghindari sembelit. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Untuk terus membeli boleh klik di sini Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Bawang Putih - Rawatan selsema / batuk dan kahak untuk bayi

Image
As-salam, Dah 2 hari athmar selsema. Budak kecik ni kalau kene selsema memang kita kesian sangat kan. Ye la baby mana la reti nak buang hingus sendirikan. Athmar nampak tak selesa sangat bila selsema. Tidur pun kejap-kejap je. So aku buat teknik garlic socks waktu nak tidur. Alhamdulillah athmar tidur dengan lena. Senang je caranya. Ambil setengah ulas bawang putih. Tumbuk tapi jangan sampai lumat. Pakaikan stokin berlubang atau yang jenis berkait. Kemudian letakan bawang putih tu pada satu lagi stokin dan pakaikan pada kaki baby. Biarkan semalaman. Bawang putih mengandungi antiinflamasi dan antivirus yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, merawat batuk, kahak dan selsema. Selain dari cara garlic socks, korang juga boleh buat garlic oil untuk disapu di dada dan belakang badan baby. Caranya ambil seulas bawang putih, bakar bersama kulit hingga hitam. Kemudian lenyekkan, dan campurkan dengan sedikit minyak masak / zaitun.   Sebenarnya selain daripada menyeda

Mighty 3 Gems

Image
As-salam. Meh sini nak cerita tentang minuman 3 serangkai yang super hangat di pasaran terutama dibulan ramadhan ni. Set 3 serangkai ni dikenali sebagai mighty 3 gems. Set mighty 3 gems ni terdiri daripada : - Performance Drink. Minuman berperisa oren memberi tenaga segera dan berkekalan serta mencegah penyahhidratan. Berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air. Digunakan oleh ramai ahli sukan seluruh dunia selama bertahun-tahun. - ESP. Protein biologi berasaskan tumbuhan yang lengkap rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Dapat membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur. Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat. Memecahkan lemak dan mengurangkan berat badan serta dapat mengatasi sembelit kerana dapat melembutkan najis. - Meal Shakes. Makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik yang mengandungi 19 vitamin da

Cergas ketika mengandung

As-salam, Athmar dah 3 bulan pada 1 julai lalu. Kejap betul la masa berlalu. Rasanya macam baru je dapat tau mengandung, bersalin, tup-tup sekarang dah 3 bulan pun usia dia. Sebelum tu, belum terlambat kan untuk aku ucapkan salam ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia. Teringat kisah ramadhan tahun lepas. Masa tu aku dah mengandung, tapi belum tahu lagi. Cuma pelik kenapa duk rasa lesu semacam. Mula-mula ingatkan sebab berpuasa dan kurang rehat. Tapi terasa letih melampau sangat. Buat kerja rumah sikit pun dah penat. Time keje jangan kata la, memang asik nak tidur je. Mula-mula memang tak sangka langsung mengandung. Tapi 1 hari period aku datang sikit sangat. Lebih kurang macam stain je. Ada la 3 hari macam tu. Masa tu mula tergerak hati, mengandung ke? Tapi aku tak segera buat pregnency test lagi. Saja tunggu dulu. Sebab beberapa bulan sebelum tu, 2 kali aku buat test lepas rasa tak sihat dan loya-loya tapi hasil menghampakan. So tak nak la rasa kecewa lagi. Hingg

Tandem nursing

Image
Bagi ibu-ibu yang sedang alami masalah kekurangan susu, tentu risau kan. Tambah pulak dah dekat nak berpuasa. Risau stok susu makin kurang, risau tak cukup untuk baby. Hentikan kerisauan tu. Mulakan langkah untuk menambah kuantiti susu. Macam mana? Mengepam sambil menyusukan baby adalah cara terbaik untuk up kan balik kuantiti susu. Ingat kan konsep demand vs supply? Apabila korang tandem nursing, automatik signal akan di hantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu. Tambahan pula rangsangan baby adalah yang terbaik untuk menghasilkan susu. Hujung minggu memang hari yang sesuai untuk korang mencuba tendem nursing ni. Cuba la, pasti korang kagum dengan hasilnya. Athmar yang kekenyangan selepas menyusu Ini adalah hasil ku selepas tandem nursing baby athmar. Dapat 5oz. Alhamdulillah setakat ni hasil tuaian ku memberangsangkan. Namun masih gigih untuk menambah stok susu. Buat masa ni athmar minum 15oz sehari di rumah pengasuh. Sebab tu aku kene make sure pam sehar