Posts

Sampah kita adalah rezeki bagi org lain

Mesti korang pernah alami situasi bila sampah-sampah yang korang buang kt luar rumah tiba-tiba diselongkar. kadang-kadang geram jugak kan sebab dah la koyakkan plastik sampah tu, pastu teraburkan je sampah-sampah ni kat atas jalan. dah le pekerja alam flora ni RAJIN sangatkan nak kutip balik sampah-sampah yang bertaburan tu. kalau biar lama-lama memang jadi sarang tikus la kawasan rumah kita tu. tapi aku tak la nak marah orang yang menyelongkar sampah-sampah tu. mungkin ada benda-benda yang terbuang tu yang boleh mereka kutip & jual. itu adalah rezeki mereka. cara mereka mencari duit bagi sesuap nasi. itu adalah lebih mulia daripada mencuri, apatah lagi jika hanya meminta-minta. sekurang-kurangnya orang seperti ini masih tahu berusaha menggunakan tulang 4 kerat mereka. cuma kalau boleh jangan la sampai bertaburan semua sampah sarap tu. seorang nyonya tua di kawasan perumahan aku ni menarik perhatian aku. nyonya ni dah bongkok tiga pun. tapi masih gigih berbasikal untuk mencari bo

Kisah di theme park

Image
Hari tu kan dah janji nak buat entry kat times square.. pastu bz je... sampai tak sempat nak hadap blog... so hari ni kebetulan bos pulak cuti... ambik kesempatan la menghapdet blog ni.. ok kita mulakan dengan dari keluar rumah.. mula-mula aku plan nak jalan kaki je dari rumah ke station lrt. dekat je kan.. tapi aku keluar rumah pukul 1, cuaca tengah panas terik pulak. kesian la kat si kecik ni. kebetulan kete alang ada pulak... tuannye takde pegi seremban dengan kawan dia... kete alang ni manual.. aku pulak dah lama gila tak bawak kete manual.. kira gagap gak la... tapi demi anak, aku gagahkan jua.. ko tengok tu muka baby aura.. macam tak percaya kan mama drive kete manual.. sampai je station lrt, ada tren lalu.. si kecik ni terus excited la sambil sebut tut..tut... dia panggil tren ni tut..tut.. sebab bunyi tren kan tut..tut.. hehehee si kecik tu dah tak sabar nak naik tren... biasa la hari cuti kan, tren lambat la sket.. tengok tu sampai dah tertido budak dalam pic tu.. lam

Bersuka ria di times square theme park

Minggu ni hubby tak balik. bz dengan kerja. or sebab masih berperang dingin.. ok tak nak terus melayan nafsu amarah ni. hari ni aku bawa si kecik ke times square theme park untuk bergumbira. pergi berdua je naik tren. tapi aku bawa kete alang g parking kat LRT station cahaya. macam tak percaya je si kecik ni mama dia drive kete manual. hahaha.. dah lama ok aku tak drive manual. layan... naik lrt sampai stesen hang tuah pastu tukar naik monorail pulak. tapi service monorail lagi hampeh dari lrt rupanya. lembab nak mampus.. dh tu koc lak tu ketot.. bersesak-sesak aku dalam monorail tadi. kesian kt si kecik tu terhimpit.. terpaksa lepaskan 3 tren before aku dapat naik.. bengang... syok la kt theme park tu... nampak baby aura pun enjoy sangat.. ti aku buat entry lain siap dengan pic sekali ye. hari ni malas nk upload la. 

GEDIK

korang kalau tengok aku bergambar mesti cakap "GEDIK GILE POMPUAN NI" mesti ada yang cakap tak boleh blah kan... bajet cun je... ok aku memang gedik time bergambar.. itu aku tak nafikan. aku gile bergambar. pantang nampak kamera, situ aku tuju.. pastu bila posing memang tak hingat-hingat.. mengalahkan dynas mokhtar.. hehehehe.. tapi aku memang kalah la kan, dynas tu tinggi menggalah. aku ni rendang tak berbuah je. dynas tu cantik tak hingat.. aku ni cantik di mata suami.. ye ke ?... hahahaha tapi aku ni bukan bangsa pompun gedik ok. nak-nak bila dengan jantan... aduiii aku cukup allergic dengan pompuan yang buat-buat gedik dengan jantan. depan jantan kemain control konon dia la pompuan melayu terakhir yang paling ayu.. tapi bila tak de jantan, gelak mengilai mengalahkan cik ponti.. tolong la weii jangan nak propa ok... aku ni memang kalau orang tak kenal, bila tengok muka aku mesti mengata aku ni sombong. berlagak bagus jer.. hahahaa.. tapi bila dah kenal, mesti orang caka

Perang dingin

Salah ke aku bila aku berkeras minta dia berpindah ke sini? bukan demi aku, tapi demi anak. anak dah makin membesar. dia perlukan mama & papanya. sebak hati aku bila si kecil memanggil papa setiap hari. tiap kali hp aku berbunyi, dia sure ingat papanya yg kol. tiap kali papa dia hang up phone, mesti dia menangis. si kecil bukan la bercakap sangat tiap kali papanya kol, tapi dia suka mendengar suara papanya. tiap kali aku tengok si kecil menangis bila papanya hang up, aku menangis dalam hati. sedih sangat-sangat.... tak tau dah berapa hari kami berperang dingin. tiada lagi panggilan mesra dan ucapan manja. aku berkecil hati, dah aku tau dia pun kecil hati jugak. masing-masing tak mahu mengalah. aku dengan pendirian aku, dia dengan pendapat dia. mangsanya, anak? aku tak marah kalau dia berusaha cari kerja kat sini. tapi sampai sekarang aku tak nampak usaha dia tu. balik-balik cari kerja lain kt area perak gak. mana aku tak sakit hati. bila aku suggest kerja kat sini, ada je alasan

SAKIT HATI

Maaf aku terpaksa melepaskan geram dan marah di sini. bukan niat aku nak menjaja cerita. tapi hati ni terlalu sakit, perit dan sedih. susah aku nak jelaskan. kenapa susah sangat untuk dia memahami kehendakku. kenapa susah sangat dia nak membuat keputusan untuk kemari. apa yang dia takut sangat hidup di sini. aku tak faham. tak penting kah kami ni dalam hidup dia. aku benci...aku kesal dengan apa yang berlaku. tapi perjalanan hidupku harus diteruskan. aku seorang yang kuat. aku yakin aku kuat untuk harungi segalanya. tapi macam mana dengan si kecil? YA ALLAH, KAU BANTU LA DIRI KU INI...

Baby Aura tak sihat.

Image
Tengah malam tadi aku terjaga sebab baby aura nak menyusu. tiba-tiba aku terasa badan dia panas sangat. time tu dalam pukul 1.30am. terus aku bangun, suapkan baby aura ubat lepas tu jelum dengan air + asam keping. alhamdulillah pagi ni dah turun suhunya. tapi aku tetap bagi makan ubat jugak sebelum hantar ke rumah bs dan bekalkan ubat. takut suhu dia naik tiba-tiba kat rumah bs pulak. Biasanya aku akan ambik cuti kalau baby aura demam. tapi memikirkan cuti dah tinggal sikit je tambah pulak suhu badan baby aura dah tak tinggi, so aku pegi juga la keje. tapi mood kerja memang tak ada la. risau pikirkan keadaan baby. harap tak ada apa-apa la. Ya Allah, kau lindungi la permata hati ku itu dari sebarang kejadian yang tak diingini. kau berikan lah kesihatan yang baik buat dirinya. sesungguhnya aku terlalu menyayangi anakku itu melebihi nyawaku. suka sangat naik basikal. tu basikal kak dina. hujung minggu ni insya allah kita pegi beli basikal baby ye. mama luv u so much sayang...