BIG WHY KENAPA KAMI BELI RUMAH
Assalamualaikum Ahkak nak share something kat korang. Yang ni memang ahkak belum share lagi di fb ahkak. Insha allah tak lama lagi kami akan berpindah rumah. Dah kenapa nak pindah dalam pantang pula kan! Sebenarnya kami beli rumah ni dari disember 2016 lagi. Tapi proses jual beli ambil masa yang lama untuk selesai. Dapat kunci pada tengah bulan ogos. Nak tak nak memang kena pindah juga la oktober. Tak kan nak bayar rumah sewa dan rumah ni pulak kan. Kami beli rumah subsale. Bermakna rumah 2nd. Memang plan nak beli rumah dah lama kami fikir. Awalnya nak beli rumah yang kami sewa sekarang. Walaupun sebenarnya ahkak tak berapa sukakan keadaan rumah ni, tapi memikirkan ianya landed house jadi ahkak setuju je la untuk beli bila tuan rumah offer nak jual. Dalam masa kami nak berurusan dengan bank, ayah mertua ahkak jatuh sakit. Jadi kami balik kampung selama seminggu. Bila balik kl je, tuan rumah bagi tau ada sorang lagi pembeli yang berminat untuk beli rumah ni. Jadi dia minta ka...