Secebis kisah raya
Assalam, Hari ni baru kesempatan nak update kisah raya kami. Dah 13 syawal dah ni. Kemain efisyen lagi kau mar. Tahun ni giliran beraya di bagan lalang. Bergerak balik bagan lalang malam khamis sebab aku kerja lagi. Nak ambik cuti tapi macam sayang je sebab khamis tu kerja separuh hari je. Tak sampai separuh pun, pukul 11 lebih aku dah balik. Singgah Masjid Jamek kejap nak beli tudung. Dalam otak dah plan nak beli 2, 3 helai, tapi last-last beli sehelai je tu pun untuk emak. Anak-anak di rumah En. fuad jaga. Merasa la dia jaga athmar sorang-sorang. Baru tau susah ke senang. Sebab kami balik lambat, maka tak dapat la menolong mak ayah memasak. Ni pic yang alang hantar dari whatsapp. Ayah kalau memasak banyak-banyak memang suka masak kat luar. Lagi tambah feel katanya. Tapi takde la pakai dapor kayu. Tu tengah tanak ketupat pulut dan rendang daging in the making. Fuhh memang sedap. Tapi sebab ulser sepanjang raya hari tu, maka aku makan pun tak puas la. Teringat-ingat sampai hari ni...