Happy World Breastfeeding Week
As-salam, Bulan ogos ni adalah bulan penyusuan susu ibu. Tahniah kepada semua ibu-ibu yang menyusukan bayi anda. Anda memang rocks. Sejak mengenali dunia penyusuan, aku terus jatuh cinta dan aku suka sebarkan kebaikan dan keindahan dunia penyusuan ini kepada semua ibu-ibu di luar sana. Buat ibu-ibu muda, yakinlah pada kemampuan diri anda. Anda pasti boleh menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun. Jika ada yang bertanya padaku, bagaimana nak berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun. Jawapan aku, yang penting perlu ada ilmu, semangat, dan kedegilan. Betul, kedegilan itu antara faktor aku berjaya menyusukan naurah dulu. Bukan takde suara sumbang menyuruh aku suapkan formula milk ke mulut naurah. Bukan takde kata-kata sinis kononnya menyusukan ini menyusahkan. Malah ada yang anggap aku tak mampu membeli susu mahal untuk diberi kepada anakku. Susu ibu yang terbaik untuk bayi. Susu ibu mengandungi khasiat yang lebih baik berbanding susu formula. Susu ibu, ciptaan Allah, dari ibu un...