Posts

GEDIK

korang kalau tengok aku bergambar mesti cakap "GEDIK GILE POMPUAN NI" mesti ada yang cakap tak boleh blah kan... bajet cun je... ok aku memang gedik time bergambar.. itu aku tak nafikan. aku gile bergambar. pantang nampak kamera, situ aku tuju.. pastu bila posing memang tak hingat-hingat.. mengalahkan dynas mokhtar.. hehehehe.. tapi aku memang kalah la kan, dynas tu tinggi menggalah. aku ni rendang tak berbuah je. dynas tu cantik tak hingat.. aku ni cantik di mata suami.. ye ke ?... hahahaha tapi aku ni bukan bangsa pompun gedik ok. nak-nak bila dengan jantan... aduiii aku cukup allergic dengan pompuan yang buat-buat gedik dengan jantan. depan jantan kemain control konon dia la pompuan melayu terakhir yang paling ayu.. tapi bila tak de jantan, gelak mengilai mengalahkan cik ponti.. tolong la weii jangan nak propa ok... aku ni memang kalau orang tak kenal, bila tengok muka aku mesti mengata aku ni sombong. berlagak bagus jer.. hahahaa.. tapi bila dah kenal, mesti orang caka...

Perang dingin

Salah ke aku bila aku berkeras minta dia berpindah ke sini? bukan demi aku, tapi demi anak. anak dah makin membesar. dia perlukan mama & papanya. sebak hati aku bila si kecil memanggil papa setiap hari. tiap kali hp aku berbunyi, dia sure ingat papanya yg kol. tiap kali papa dia hang up phone, mesti dia menangis. si kecil bukan la bercakap sangat tiap kali papanya kol, tapi dia suka mendengar suara papanya. tiap kali aku tengok si kecil menangis bila papanya hang up, aku menangis dalam hati. sedih sangat-sangat.... tak tau dah berapa hari kami berperang dingin. tiada lagi panggilan mesra dan ucapan manja. aku berkecil hati, dah aku tau dia pun kecil hati jugak. masing-masing tak mahu mengalah. aku dengan pendirian aku, dia dengan pendapat dia. mangsanya, anak? aku tak marah kalau dia berusaha cari kerja kat sini. tapi sampai sekarang aku tak nampak usaha dia tu. balik-balik cari kerja lain kt area perak gak. mana aku tak sakit hati. bila aku suggest kerja kat sini, ada j...

SAKIT HATI

Maaf aku terpaksa melepaskan geram dan marah di sini. bukan niat aku nak menjaja cerita. tapi hati ni terlalu sakit, perit dan sedih. susah aku nak jelaskan. kenapa susah sangat untuk dia memahami kehendakku. kenapa susah sangat dia nak membuat keputusan untuk kemari. apa yang dia takut sangat hidup di sini. aku tak faham. tak penting kah kami ni dalam hidup dia. aku benci...aku kesal dengan apa yang berlaku. tapi perjalanan hidupku harus diteruskan. aku seorang yang kuat. aku yakin aku kuat untuk harungi segalanya. tapi macam mana dengan si kecil? YA ALLAH, KAU BANTU LA DIRI KU INI...

Baby Aura tak sihat.

Image
Tengah malam tadi aku terjaga sebab baby aura nak menyusu. tiba-tiba aku terasa badan dia panas sangat. time tu dalam pukul 1.30am. terus aku bangun, suapkan baby aura ubat lepas tu jelum dengan air + asam keping. alhamdulillah pagi ni dah turun suhunya. tapi aku tetap bagi makan ubat jugak sebelum hantar ke rumah bs dan bekalkan ubat. takut suhu dia naik tiba-tiba kat rumah bs pulak. Biasanya aku akan ambik cuti kalau baby aura demam. tapi memikirkan cuti dah tinggal sikit je tambah pulak suhu badan baby aura dah tak tinggi, so aku pegi juga la keje. tapi mood kerja memang tak ada la. risau pikirkan keadaan baby. harap tak ada apa-apa la. Ya Allah, kau lindungi la permata hati ku itu dari sebarang kejadian yang tak diingini. kau berikan lah kesihatan yang baik buat dirinya. sesungguhnya aku terlalu menyayangi anakku itu melebihi nyawaku. suka sangat naik basikal. tu basikal kak dina. hujung minggu ni insya allah kita pegi beli basikal baby ye. mama luv u so much sayang...

Jamuan Raya lagi.

Aku baru lik dari jamuan raya peringkat bahagian pulak. syoik jugak la tahun ni sebab makanan banyak dari 2 tahun lepas. tapi yang lagi syoik sebab aku dapat hadiah. hahaha.. terkejut gak aku. memang tau aku menang tapi tak sangka pulak tempat pertama. aku menang apa? hehehe aku menang shape up program. few months ago, bahagian aku buat pertandingan shape up sempena minggu kesihatan. aku join suka-suka je. memang BMI aku ketegori normal. puasa hari tu berat badan aku turun banyak pulak. sal tu la menang. rezeki.. hadiahnya ialah vitamin. alhamdulillah tak payah aku nak beli vitamin. jimat duit aku.. ti aku upload gambar-gambar jamuan raya kt opis aku & peringkat bahagian ni. sal hari ni malas nak edit. banyak sangat pic gedik. hadap la nanti..  

keMALASANan...

Dah bape hari tak jenguk blog. banyak cerita nk story mory tapi malas nak mengarang. hari ni tak sempat sebab jap lagi aku nak kene g training kat ILSAS. dalam kul 1 keluar la dari opis. hope training abis awal leh cabut lik umah awal. tak kuasa la nk masuk opis balik kan. Ti kalau lik awal, nak kemas umah sket. kain baju pun dah bape hari tak bercuci. malas jugak. pastu nak pegi pm lak. tau ke pm tu apa? pasar malam la.. nak beli stok lauk sal semua dah abis. dah 2 hari anta bubur kosong je ke bs baby aura dengan harapan bs leh masakan sup untuk si kecik tu. kesian anak aku tu. so hari ni nak beli ikan & ayam. hari tu buat sup ikan untuk baby aura. dia suka lak. dulu aku penah masak bubur ikan. time tu masak sekali dengan nasi. hampeh si kecik tu tak suka langsung. hanyir la tu kan. teruk betul mama ni kan ada ke kasi anak makan cmtu. kali ni buatkan sup, tumis bawang sket, letak potato, letak sayur sket, hurmmm makan sampai licin mangkuknya. bagus anak mama.. ok mau bersiap-sia...

Sayangkan anak...sayangkan isteri

Jika sayangkan anak tangan-tangankan Jika sayangkan isteri tinggal-tinggalkan Boleh pakai ke pepatah tu? tangankan anak untuk mendisplinkan anak. aku boleh terima itu asalkan tidak mencederakan anak. dulu sewaktu kecik, kami adik beradik selalu kena rotan dengan ayah bila kami buat salah. tapi ayah merotan hanya di kaki dan tak la bertalu-talu. cukup dalam 2 atau 3 kali sebatan sebagai peringatan. hasilnya kami membesar menjadi lebih baik disebabkan displin yang ayah telah terapkan. namun untuk kata-kata sayangkan isteri tinggal-tinggalkan macam mana pula? adakan permaksud tinggalkan isteri sementara untuk keluar mencari rezeki. untuk berapa lama? 8 jam? 9 jam? atau bermaksud berhari-hari, berminggu-minggu atau mungkin juga berbulan-bulan. adakan itu pengorbanan?  bila dah terlalu lama ditinggalkan, tak mustahil kan sayang tu akan mula menghilang? aku tak cakap tentang perkahwinan aku dan en hubby. memang kami PJJ. namun alhamdulillah setakat ini kasih sayang kami tetap utuh. c...