Posts

Showing posts with the label cuti-cuti cinta

Piknik di FRIM

Image
Assalam, Ni cerita masa cut raya cina hari tu. Bapak lama baru nak share. Plan asal nak ke langkawi, tapi cancel. Masih ada halangan lagi. So bila cuti panjang, tapi tak pegi mana jom kita cari aktiviti untuk anak-anak.  Seumur hidup aku, ni kali pertama ke FRIM. Tu pun lepas kawan en.fuad bagi tau dalam FRIM ada waterfall, boleh bawak anak-anak mandi manda.  So malam sebelum kejadian, aku masak sardin untuk di makan bersama nasi nanti. Bajet, mesti anak-anak kelaparan lepas berendam nanti. Pagi-pagi subuh tu aku masak nasi dan buat sandwish telur. Buat kudap-kudap nanti. Memang bersemangat dan excited nak pegi piknik Buat yang tak tau, FRIM tu terletak di Kepong. Cara paling senang nak ke sana melalui MRR2. Ada signboard, follow je. Nak lagi senang waze je. Nak masuk ke FRIM kene bayar RM5 untuk sebuah kereta, dan RM1 seorang. Kanak-kanak free je. Selain berpiknik, banyak lagi aktiviti yang boleh korang lakukan di sana. Korang boleh sewa basikal, berjogging, jungle trac

Hari Keluarga Saujana Group | PNB Ilham Resort

Image
Assalam, Saujana Group ni company tempat en.fuad bekerja sekarang. Family day ni sebenarnya 2 minggu lepas punya cerita. Hari ni baru ada masa nak up story. Buat di PNB Ilham Resort Port Dickson pada 9 - 10 Januari 2016. Ini kali pertama aku menginap di sini.  Kami bertolak dari rumah jam 8.30 pagi. Niat hati nak bangun awal dan sediakan snack sikit untuk ke sana. Tapi pagi tu aku terbangun lewat pulak. Mula la kelam kabut menyiapkan anak-anak. Kami ke opis en.fuad dulu di Balakong sebab semua staff akan berkonvoi bersama. Sampai di opis dalam pukul 9 pagi, still takde sesiapa yang sampai lagi. Hampir jam 10 kami semua mula bertolak ke PD dan sampai lebih kurang jam 11.30 pagi. Disebabkan masih awal, kami cuma dapat 1 bilik je dulu iaitu bilik bos en.fuad, en. wan.  Bilik en.wan ni jenis apartment 3 bilik. Memang sangat luas dan di tingkat bawah. Ada balkoni dan boleh keluar melalui balkoni tersebut. Jadi semua pakat berkumpul di depan bilik tu sambil makan. Macam-macam maka

December Trip | Allson Klana Resort Seremban

Image
Assalam, Jom sambung cerita percutian kami december lalu. Lepas bershopping di MPO, kami terus bergerak menuju ke seremban. Sebelum tu cadang nak cari makanan dulu sebab tak makan lagi. Anak-anak ok la dah makan spageti tadi. Tapi food court di MPO kurang menarik, jadi kami terus melangkah pergi sambil menahan lapar. Mujur ada spageti lagi dan sandwich yang aku buat, cukup la buat kami lapik perut. Dari MPO ke Allson Klana tak jauh, lebih kurang 45 minit perjalanan. Nak mencari hotel tu pun tak susah sebab berpandukan Waze. Kalau tak, mungkin sesat juga. Sebelum sampai di hotel, ada food court berdekatan, jadi kami singgah dan makan dulu.  Sesampai di hotel, aku terus ke kaunter reception untuk check in. Kali ni tak booking dari web, tapi terus melalui hotel. Tengah promosi masa ni, ambik bilik family cuma RM170nett dapat breakfast untuk 2 dewasa. Murah juga la kan.  Sementara mama settlekan urusan bilik, anak-anak tunggu di sana dulu ye. Family room, ada 1 katil

December Trip | Freeport A'Famosa Outlet Village, Melaka |

Image
Assalam, Sebab sepanjang cuti sekolah kami langsung tak bawak anak-anak bercuti, maka aku plan satu trip percutian. Jenuh juga fikir nak pegi ke mana. Mula-mula plan nak ke Langkawi, tapi memandangkan masalah kewangan yang melanda kami beberapa bulan sebelum ni, maka trip ke langkawi di tangguh dulu. Kalau ikutkan nak ke penang, sebab dah book hotel pun di sana. Tapi en.fuad kurang setuju sebab katanya mesti jem teruk di penang. Tambah dengan kewangan yang baru nak stabil, nak bayar yuran sekolah naurah lagi, jadi kos percutian harus di kurangkan. Fikir punya fikir, jom kita ke Seremban. Apa ada di sana? Nanti aku cerita.  So nak jimat cuti tahunan, kami pegi masa cuti Maulidir Rasul. Cuti 4 hari, rugi kalau tak kemana-mana. Sebelum ke Seremban, kami lajak ke Melaka dulu untuk menyinggah di Freeport A'Famosa Outlet Village atau juga dikenali sebagai Melaka Premium Outlet@MPO. Dah makin banyak premium outlet buka di Malaysia ni. Seronok menyoping bagi yang berduit. Bagi rakya