Posts

Showing posts with the label cuti-cuti cinta

Suprise trip ke Genting Highland | First World Hotel dan Snow World

Image
Assalam, Sambungan dari cerita suprise trip ke genting lepas penat bermain di indoor theme park ke Ripley's Believe It Or Not kami pun menuju ke lobi hotel untuk check in. Macam yang di beritahu sebelum ni, aku booking hotel ni melalui agoda.com dengan bayaran RM100.00 semalam. Aku pilih bilik XYZ Deluxe iaitu bilik yang baru di renovate di tower 2. Proses nak check in senang juga la. Just hulurkan slip booking yang di print dari agoda.com dan IC lepas tu buat bayaran. Cuma kaunter yang aku beratur tu slow sikit. Ntah nape la. Kalau dulu banyak proses nak check in, tapi sekarang ni dah senang. Ada gak kiosk untuk check in. Tapi aku tak try la kat kiosk tu. Aku dapat bilik di tingkat 6 dengan pemandangan yang sangat terhad sebab di blok oleh bangunan lain. Huhu. Bilik pula aku rasa lebih kecil dan sempit berbanding dengan bilik lama dan lebih mahal sedikit berbanding bilik lama. Cuma bilik ni ada mini fridge, hair dryer dan saiz tv yang besar sedikit. Aku pilih bilik ni s

Suprise trip ke Genting | Ripley's Believe It Or Not

Image
Assalam, Dah beberapa kali aku ke genting, ni kali pertama aku masuk Museum ni. Selama ni nak masuk tapi rasa macam tiket mahal, rasa macam tak berbaloi. Tapi disebabkan kali ni dah beli sekali dengan tiket indoor, so masuk la.  Agak menarik rupanya museum ni. Kalau korang ingat lagi rancangan Ripley's ni, rancangan yang di host kan oleh Dean Cain ni menceritakan tentang kisah-kisah yang unik dan pelik di serata dunia. So dalam museum ni ada replika dan gambar-gambar tersebut. Agak besar juga tempat ni. Jadi berbaloi rupanya masuk ke museum ni. Jom layan gambar kami.  Ini adalah torture room masa zaman pertengahan di eropah dulu. Pesalah akan di masukan ke dalam kerangka besi tersebut. Bayangkan terpaksa berdiri selama di dalam tahanan. Ni pulak penjara. Memang kecik sangat ruang di dalamnya.   Permainan ilusi. Nampak macam ada permata, bila cuba ambil takde pulak. Rupanya hanya hologram. Chiss tertipu makcik.  Kaki kecil. Masa zaman dinasti ch

Suprise trip ke Genting Highland | Indoor Theme Park

Image
Assalam, Minggu lepas memang best kan. Cuti dari hari jumaat sampai ke isnin. 4 hari bercuti kalau duduk rumah je memang bosan la. Jadi awal-awal lagi aku dah plan ke genting. Tapi sebenarnya plan nak ke genting ni masa cuti sekolah hari tu. Disebabkan lambat book, harga jadi mahal so cancel ke genting tapi tetiba naik cameron pulak. (paham ke cerita aku ni).  Kali ni dah book awal-awal tru agoda.com. Macam biasa book di First World Hotel la murah sikit. Aku book bilik XYZ Deluxe RM100.00 per nite. Bilik ni newly renovated katanya. Tapi aku rasa lebih kecik dan sempit berbanding bilik lama. Nasib baik tido satu malam je. Ok la. Sebelum tu nak gtau, trip ni dinamakan suprise trip sebab kami tak bagi tau naurah nak pergi bercuti. Sampai la malam hari kejadian, en. fuad suruh naurah naik tidur awal sebab konon-konon esok ikut mama pegi ofis. Naurah ni memang suka sangat kalau dapat ikut mama pegi ofis. Mama pun pelik kenapa. So dia memang excited la. Esok paginya memang s

Mini gathering @ Warisan Hati Rimba, Kemensah

Image
As-salam, Sabtu lepas family belah mak buat mini gathering. Aku selaku admin whatsapps group telah di paksa rela menjadi organizer untuk gathering ni. So seminggu sebelum acara, gigih la aku dan en. fuad pegi recce tempat ni. Sebenarnya memula nak buat picnic untuk family aku je sambil-sambil celebrate birthday athmar. Tapi bertukar menjadi mini gathering terus. Memandangkan kami pun dah lama sangat tak berkumpul bersama. Dapat tau pasal warisan hati rimba pun dari blogger-blogger juga. Baca komen-komen rata-rata puas hati dengan tempat ni. So kita try jugak la. Kemensah ni terletak di belakang Zoo Negara je. Dekat gila. Selama ni tak pernah aku tau pun ada waterfall di sana. Pastu dengar-dengar cerita orang tapi tak pernah terlintas langsung nak pegi.  Ok berbalik pada cerita gathering, since kami dah lama tak berkumpul. So ahli-ahli whatsapps melontarkan idea bernas la untuk berkumpul bergosip sambil makan dan bercanda. Selaku admin yang comel, aku terus je set date dan ka