Punca Dan Gejala Sakit Sendi Serta Cara Untuk Mengatasinya
Assalamualaikum, Apa itu sakit sendi? Biasanya sakit sendi atau juga di panggil arthritis terjadi kepada mereka yang telah berusia. Namun ramai juga orang muda yang mula mendapat arthritis. Arthritis adalah kesakitan di bahagian sendi, adakalanya bengkak atau kekejangan sendi. 3 kategori arthritis yang paling lazim adalah gout, arthritis rheumatoid dan osteoarthritis. Bagaimana Ianya Terjadi Sakit sendi boleh terjadi akibat ligamen yang terkoyak, luka atau terseliuh. 1. Gout - Menyebabkan sakit yang berulang akibat pembentukan kristal yang terdapat di dalam asid urik. Biasanya ia menyerang sendi di bahagian ibu jari kaki. 2. Kerosakan di bahagian tulang rawan atau belakang tempurung lutut. 3. Arthiris rheumatiod - Sakit sendi di bahagian sendi jari, pergelangan tangan dan buku lali. 4. Osteoarthritis - bengkak di bahagian tisu atau sekitar sendi akibat kerosakan tulang pelindung. Biasanya terjadi kerana faktor umur atau kerana obesiti. 5. Penyakit yang me...