Posts

Showing posts from March, 2014

Aktiviti musim cuti

Image
As-salam. Minggu ni aku dah mula bercuti sebelum bersalin. Saja ambik cuti awal. Takut terbersalin masa dekat office. Lagipun tak larat nak travel ke opis naik tren lagi dah. So sepanjang bercuti ni ada la aku beraktiviti dengan naurah. Tak nak la dia asik tengok tv je kan.  Untuk kali ni kami buat DIY bag. Disebabkan aku ni kurang kreatif, maka aku beli bahan-bahan yang ready made je. Semua bahan ni boleh di beli di Mr. Diy je. Korang boleh la rancang aktiviti kraf cmni untuk anak. Boleh tingkatkan daya kreativiti anak-anak.  *post pakai phone gambar jadi berterabur...huh* Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Persediaan kembali bekerja

Image
As-salam, Ada ke mommy-mommy yang dah nak habis berpantang? Macam mana pengalaman berpantang, seronok tak? Kalau tanya aku, tentu aku suka berpantang sebab masa tu boleh spend time sepenuh masa dengan anak. Tapi ada juga yang kata bosan. Pulak dah? Sebab tak dapat berjalan ke? Masa aku berpantang naurah dulu, lepas je sebulan, memang every weekend aku keluar berjalan. Hiii. Bawa la si kecik yang still dalam pantang tu. Tak susah pun. Ok kali ni nak bercerita tentang persediaan para ibu untuk kembali bekerja. Sepanjang berpantang kita dah susukan anak, jadi apa kata teruskan lepas kembali bekerja nanti. Jadi apa yang di perlukan? Macam mana nak teruskan penyusuan kalau stok susu tak banyak? Anak tak nak minum dari botol, macam mana? Jom kita bincang satu persatu. Pam susu, perlu ke? Jawapan aku perlu. Seeloknya sediakan pam susu sebelum bersalin lagi. Jangan fikir tentang berbaloi atau tidak, rugi atau tidak. Pam susu memang merugikan jika di beli namun tidak di gunak...

Keperluan bayi

Image
As-salam, Bagi yang pertama kali mendapat anak tentu tertanya-tanya apa keperluan bayi yang mesti disediakan. Macam tu juga dengan aku dulu. Rasa macam semua kene beli ke. Kali ni aku share apa yang aku sediakan untuk baby adik nanti. Cute kan caddy bag fisher price tu. Beg tu aku beli dari facebook.com/marissa.shoppe . Harga lebih murah berbanding beberapa kedai lain. So boleh usha di sana ye. Caddy bag ni adalah untuk simpan barang-barang baby macam lotion, krim, sikat dan sebagainya. Masa naurah dulu aku letak dalam bakul je. Kali ni nak nampak cute sikit jadi letak la dalam caddy bag. Ni produk yang akan aku gunakan nanti. Bagi mandian, krim telon, losyen, minyak rambut dan badan, dan minyak kelapa dara aku gunakan brand tropika. Produk ni berasaskan minyak kelapa dara. Tapi jangan risau takde la bau minyak kelapa pun. Produk ni wangi sangat. Memang best kalau baby pakai. Aku suka anak aku berbau wangi. Produk ni elok untuk kulit bayi bar...

Persediaan berpantang

Image
As-salam, Hari ni nak bercerita pulak tentang keperluan ibu berpantang. Perkara pertama yang biasa di fikirkan ialah nanti nak makan set berpantang apa ye? Memang banyak set bersalin yang ada di pasaran sekarang. Boleh pilih je ikut mana yang bersesuaian dengan diri dan bajet. Masa naurah dulu aku gunakan set dari HPA. Bukan la nak kata tak elok, tapi setnya banyak menggunakan jamu. Naurah pulak kene kuning masa hari ke 2. Jadi memang aku tak makan la set tu. Sudahnya sampai habis berpantang tak abis lagi makannya. Untuk kali ni aku pilih untuk makan set berpantang shaklee. Kelebihan set ini adalah berasaskan bahan semulajadi. Jadi para ibu boleh terus makan vitamin shaklee seawal 2 jam selepas kelahiran. Vitamin shaklee dijamin selamat untuk para ibu dan juga baby anda. Set ini juga baik bagi ibu-ibu yang menjalani pembedahan. Ini adalah set vitamin pilihan aku.  set berpantang / bersalin + menyusu + kurus  Wow banyak kan. Perlu ambik sebanyak ni ke? Ohh...

Persediaan bersalin dan keperluan untuk ke hospital

Image
As-salam, Semalam baru lepas check up. Kedudukan baby dah cantik letaknya. Anytime boleh engage. Minggu ni kandungan aku dah masuk 35 minggu. Berat baby dah 2.3kg. Doktor kata ok, normal saiz . Tak la kecik macam naurah dulu. Next appointment 17 Mac nanti. Excited + takut. Doakan kami ye. Bila dah masuk 35 minggu ni, patutnya semua kelengkapan dah tersedia. Bagi yang pertama kali menjadi ibu, mesti penin fikir apa yang perlu disediakan. Kali ni aku kongsi persediaan aku untuk menyambut kelahiran orang baru nanti. beg mama dan beg baby Beg untuk ke hospital boleh mula di sediakan seawal kandungan berusia 7 bulan. Mana la tahu kot-kot terjadi kelahiran pra-matang. Jadi takde la kelam kabut sangat mula terasa sakit kontraksi. Bagi ibu-ibu baru, mungkin tak sure apa yang diperlukan. Jom intai apa yang ada didalam beg baby dan mama. keperluan mama Apa yang korang perlukan adalah pad pakai buang. Aku pakai brand pureen. Pad ni lebih besar daripada pad biasa. Tapi korang...

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Image
As-salam. Alhamdulillah apa yang di rancang berjalan dengan lancar. Walaupun sambutan lewat 2 minggu dari tarikh sebenar disebabkan mama terlalu sibuk dengan persiapan menyambut orang baru. Takpe la janji kita tetap celebrate kan. Tahun ni memang takde plan langsung nak buat party kat rumah sebab tengah sarat kan. Dah sure tak larat nanti. Jadi awal-awal memang survey tempat mana nak buat. Kalau tahun lepas buat di KFC, tahun ni A&W jadi pilihan. Bagi yang tengah survey party package untuk anak, boleh la tengok party package di A&W ni di sini . A&W menawarkan 3 pakej combo bagi party yang diadakan di restoran dan 2 pakej combo bagi house party. Tapi kami lebih prefere dibuat di restoran sebab lebih mudah, tak perlu susah-susah kemas rumah dan kalau tak cukup makanan boleh order je. Yipii. Untuk kali ni kami pilih pakej combo B. Apa yang ditawarkan bagi pakej ni adalah: 40 psc Golden Aroma Fried Chicken 30 psc Basic Coney 15 svgs French Fries (Sm...