Buah hati Mama
Tiap kali memandang wajah comel Naurah, hati aku berbunga bahagia. Rasa hidup ni lengkap dgn kehadiran Naurah. Sememangnye benar, anak adalah pelengkap perkahwinan. Sebab tu kadang2 aku heran kenapa ada golongan yg telah berkahwin tetapi tidak mahu ada anak. Adakah sebab mereka rasa dgn adanye anak, akan menyusahkan hidup mereka. Bagi aku kehadiran Naurah tidak pernah sekali pun menyusahkan. Biar berapa kali Naurah terjaga tengah malam utk menyusu, tetap akan aku layan permintaannya. Aku suka melihat Naurah menyusu kemudian terlena di pangkuan ku. Comel sgt. Itu antara saat yang paling indah dalam hidup aku.
Walaupun aku terpaksa berjauhan dari hubby dan menjaga Naurah seorang, namun aku tetap bahagia. Aku tak pernah anggap tugas2 yg perlu aku lakukan sebagai seorang ibu didalam membesarkan Naurah sebagai satu beban kerana aku tau kelahiran Naurah datang dengan satu tanggungjawab yang berat dan aku berjanji akan melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin.
Bahagia tiap kali melihat gelagat puteri ku ini
Wajah tenang dikala lena

Comments
Post a Comment