Resepi makanan bayi | Cheezy Butter Chicken Porridge

Assalam,

Lama tak up entry mak-mak. Hari ni nak share resepi mudah dan ringkas ni untuk anak-anak setahun ke atas. 



Bahan-bahan

Unsalted Butter 2 sudu besar
Cheese 1 Slice
Bawang putih seulas dan merah sebiji
Ayam
Sayur (carrot, bunga kobis, brokoli, etc)
Segenggam beras

Cara-cara 
Cuci bersih beras kemudian toskan air. Ketepikan
Tumis bawang dengan butter hingga kekuningan.  
Masukkan ayam, gaulkan sekejap. Masukkan beras kemudian gaul rata. 
Kemudian masukan air mengikut sukatan yang dikehendaki. 
Masukkan sayur
Bila air hampir kering, masukkan cheese slice. Kacau sebati. 
Tutup api. Siap. 

Memang senang sangat-sangat buat ni. Rasa pun sedap. Ada rasa lemak-lemak dari butter dan masin-masin dari cheese. Kalau korang nak pakai ikan pun boleh. Sebelum ni aku pernah buat pakai salmon. Memang lagi meletop rasanya. Athmar pun suka sangat.  

Reason kenapa aku kata resepi ni untuk 1 tahun ke atas sebab ada cheese. Mungkin ada orang yang dah kenalkan cheese lebih awal pada bayi mereka. Tapi disebabkan athmar fully breastfeed. Jadi aku kenalkan produk tenusu pada athmar hanya selepas dia berusia setahun bagi mengelakkan sebarang alahan. 

Love,
mama mar 



Pengedar Sah Shaklee Ampang : 
 Mardiani 
(Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato

Smart Reader Kids