Posts

Resepi Nasi Ayam

Image
Assalam, Siapa suka nasi ayam? Gila siapa tak suka nasi ayam. Ramai orang suka nasi ayam. Cheh berapa banyak nasi ayam aku nak tulis ni. Hari jumaat lepas aku cuti. Cuti peristiwa kaedahnya. So bila bercuti mari kita memasak. Pikir punya pikir, aku rasa nak masak nasi ayam, sebab aku suka nasi ayam. So ambik resepi dari kak Azie kitchen . Cuma aku derhaka resepi sikit.  Untuk Ayam Halia Bawang merah  Bawang putih Sos tiram Kicap manis Kicap masin Madu Blend halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian perap ayam bersama sos tiram, kicap manis, kicap masin dan madu. Semua main agak-agak je kuantitinya.  Untuk Sup Bawang putih Bawang merah Halia Ayam bahagian tulang 1 kiub ayam Knorr Garam Gula Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah di blend. Make sure buat kuah banyak sebab sup akan di gunakan untuk masak nasi, sambal cili dan kicap.  Untuk Nasi  *Mentega *Bawang merah *Bawang putih *Halia *Kunyit hidu

Sustained Release Vita C 500mg

Image
Assalam, Hari ni nak bercerita tentang Sustained Release Vita C 500mg Shaklee.  Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid yang juga dikenali sebagi Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Manafaat Utama: Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan si

Kenapa wanita memilih untuk bekerja

Assalam, Hari ni terasa macam nak membebel sikit. Pasal kenapa wanita bekerja. Bukan apa, bila terjadi kes-kes penderaan kanak-kanak di taska, atau ada berlaku kematian di taska, ramai yang menyalahkan si ibu yang bekerja. Kononnya sibuk nak bekerja hingga sanggup hantar anak yang masih kecil ke taska. Habis tu kalau tak hantar ke taska / pengasuh, takan la nak tinggal anak tu sorang-sorang dekat rumah..!! Tak sayang anak ke??  Persoalan ini yang selalu di perkatakan. Cik jenab oiii, siapa yang tak sayang anak. Dah di kandung sembilan bulan, dengan menanggung sakit pening. Nak beranak tu bukan senang. Bertarung nyawa tau tak. Abis tu takkan la sebab si ibu ni nanti kembali bekerja nak di label sebagai tak sayangkan anak. Sempit sangat fikiran tu. Tanya la ibu-ibu yang bekerja, apa yang diorang rasa masa hari pertama nak kembali bekerja lepas cuti berpantang. Memang semuanya mengalir air mata bila hantar anak ke tangan orang lain ok. Kami, ibu yang bekerja ni kalau boleh mema

Make up asas yang perlu ada bagi setiap wanita

Image
Assalam, Lama aku tak bersiaran. Bizi sikit plus dengan takde mood nak menulis. Beberapa minggu lalu aku tak sihat. Demam, selsema, sakit badan.. Kira pakej hampir lengkap la.  Ok, tengok balik pada tajuk. Hari ni nak cerita pasal make up. Wanita dan make up memang tak dapat dipisahkan. Eh kejap, ada wanita yang tak suka bermake up ye. Tak pe, baca juga ok.  Sebagai seorang wanita yang bekerjaya, aku memang memakai make up setiap hari. Mesti korang fikir leceh betul la nak mengadap cermin berjam-jam setiap hari. Ehh silap, aku hanya bermake up simple yang cuma ambil masa lebih kurang 10 minit je setiap pagi.  Sebelum tu, meh intai set asas make up yang wajib ada bagi setiap wanita.  Ni je jumlah make up yang aku ada dan usung ke hulu ke hilir. Abaikan 3 pensil kontot tu. Dah lama gila tak membeli eyebrow dan eyeliner. Sebenarnya sebelum ni ada beli beberapa eyebrow dan eyeliner, tapi macam tak best pakai. So aku pakai balik yang lama ni. Nak beli baru, tapi dah

Cheesetart untuk hantaran

Image
Assalam, Naurah's Kitchen telah mula mengambil tempahan cheese tart untuk hantaran ye. Tak kira untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan. Sekarang dah bulan 10. Tak lama lagi musim kahwin betul tak. Jadi pada yang duk pening kepala memikirkan tentang hantaran, boleh la menempah dengan kami.  Ini adalah tempahan daripada Cik Aida untuk hantaran pertunangan dia. Tahniah dan selamat bertunang. Alhamdulillah customer berpuas hati. Terima kasih kerana sudi menempah dengan kami. Pakej untuk hantaran seperti berikut. Sekotak cheese tart dengan flavour pilihan Strawberry Blueberry Kiwi Orange Mango Kotak transparent  Simple deko Maaf, untuk pakej hantaran, hanya self pick up atau COD di ampang sahaja.  Nak tempah? Boleh whatsapp:  018-2684992 (mar) 011-10955164 (ad) Sekian untuk kali ini. Jika berminat, boleh la mula menempah sekarang. Love,  mar 

Untitled post

Assalam, Sejak bergelar mak, hati aku jadi selembut tisu bila baca kisah penderaan, kemalangan, kematian, penculikan atau apa je yang melibatkan kanak-kanak. Paling-paling tak boleh terima bila ada kanak-kanak yang diperlakukan dengan kejam. Aku tak tau nak labelkan individu yang melakukan perbuatan kejam sebagai apa. Kalau manusia, mana hati dan perasaan mereka. Sedangkan haiwan pun melindungi anak-anak mereka.  Perkara-perkara seperti ini membuatkan aku betul-betul trauma nak bawa anak-anak keluar. Risau terjadi apa-apa pada mereka. Ya allah lindungi la anak-anak ku, Marsya Naurah dan Muhammad Athmar serta semua kanak-kanak lain. Jauhkan mereka dari kekejaman manusia berperangai syaitan.  Love,  mar 

Hantaran mahal. Macam mana nak kawin

Assalam, Hari-hari hangat topik di fb pasal hantaran mahal, berzina murah. Errr... Nak kupas perkara ni susah. Masing-masing nak menegakkan pendapat masing-masing. So bagi aku, takde jawapan yang sohih betul dan salah. Ni pandangan aku je. Nak jugak bagi pendapat. Hahaha Dalam islam tiada hantaran. Hanya ada mahar atau mas kawin. Tu memang wajib lelaki beri pada isteri dan menjadi hak isteri. Nilai mahar pula bergantung pada negeri. Tapi ada juga lelaki yang beri lebih daripada nilai yang ditetapkan. Itu terpulang pada pihak lelaki. Andai dia berkemampuan, boleh je. Tak menjadi kesalahan pun.  Duit hantaran pula hanya la adat. Duit hantaran ni kebiasaannya pengantin perempuan akan gunakan untuk majlis persandingan. Nak bayar khemah, katering, pelamin dan sebagainya. Tapi ada juga yang sengaja letak hantaran tinggi, dah macam pertandingan pula. "Anak cik jemah tu hantaran dia 10K. Anak cik bedah pulak 15K, anak aku nanti mesti kene 20K." Berlumba-lumba pulak nak tau