Posts

Sambutan Tahun Baru Cina

Image
As-salam, Ada 2 perkara yang aku suka tentang tahun baru cina. Pertama Yee Sang. Tau apa tu yee sang? Yee sang adalah sejenis makanan yang menjadi tradisi oleh masyarakat cina yang melambangkan simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki. Yee bermaksud ikan, atau memberi makna lain iaitu kekayaan manakala sang bermaksud mentah atau membawa pengertian kebangkitan.  Inilah dia rupa yee sang tu. Isikandungan yee sang terdiri daripada salmon mentah, sayuran seperti lobak merah, lobak putih, kekacang, bijan dan keropok rangup. Sos plum dan jus limau akan di tuang di atas yee sang tu nanti. Yee sang akan digaul menggunakan chopstick. Lebih tinggi yee sang di angkat, lebih banyak ong dapat. Rasanya? Sangat sedap. Happy sebab tahun ni dapat merasa yee sang. Dah beberapa tahun termiss makan.  Perkara kedua yang paling aku suka ialah lion dance aka tarian singa. Kagum aku tengok aksi akrobatik mereka. Bayangkan mereka boleh melompat dari 1 tiang ke 1 tiang yang ag

Copy paste

Image
As-salam, Duk godek-godek gambar lama. Terjumpa gambar naurah masa baby.  Sebijik betul rupa naurah dan athmar. Selama ni ramai duk cakap rupa mereka sama. Tapi aku tak perasan sangat. Bila tengok balik, baru sedar betapa sebijiknya rupa mereka. Kalau orang tak tau mesti ingat kembar kan. Sayang betul kat diorang. Anak-anak ni la nyawa aku. Mama marah-marah sayang kat anak-anak mama.  Love, mama

Ruang belajar naurah

Image
As-salam, Ni adalah ruang belajar untuk naurah. En. fuad gigih mendril kabinet tu. Seronok tengok ruang belajar naurah jadi kemas. Hope dengan ruang yang cantik ni boleh menambahkan minat naurah untuk belajar.  Kabinet tu asalnya kami letak di lantai. Tapi biasa la dah ada tukang punggah sekarang ni. Abis buku-buku naurah, si athmar punggah. Pastu en. fuad letak kabinet tu atas kabinet lain. Tapi nampak tak cantik pulak. Disebabkan semalam en. fuad terlebih masa, dia mula la bertukang.  Buku-buku naurah memang banyak. Aku biasakan membeli buku dari naurah kecik lagi. Sekarang ni bila jumpa buku selalu dia nak beli. Cuma silap aku tak ajar dia membaca dari awal. Aku lebih banyak bacakan untuk naurah. Kalau dah pandai membaca mesti dia lagi bersemangat nak membeli lagi banyak buku. Aku nak cari siri cerita yang menarik untuk ajar naurah membaca. Nasib baik sekolah dia ada reading class setiap sabtu. Hope naurah boleh membaca dengan cepat. Art work naurah semua kami lekat

Sesal

Image
As-salam, Hari ni gagal menahan marah pada naurah. Tiap-tiap pagi naurah menangis bila aku mandikan dia. Dalam hati aku tau, dia akan meragam. Dia akan menangis. Dia masih kecil. Apa lagi yang aku harapkan dari insan kecil berusia 5 tahun. Dia masih belum boleh mengawal akal dia.  Tapi hari ini aku tewas pada perasaan marah itu. Aku mengamuk. Aku lepaskan kata-kata yang tak sepatutnya. Aku lepaskan perasaan marah pada orang yang tak sepatutnya. Akal aku gagal berfungsi. Aku menurut nafsu marah. Aku tewas pada bisikan syaitan. Ya allah. Betapa banyak hati terluka pagi ini dek kerana perasan amarah itu. Betapa berdosanya aku.  Maafkan mama sayang. Tiada niat mama merosakkan jiwa mu.  Maafkan ayang, sayang. Permulaan pagi ini dengan jeritan amarah.  Janji ku pada diriku, perkara ini tak akan berulang lagi. Tidak sama sekali.  Love, mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Program cuti sekolah

As-salam, Tak lama lagi dah nak start cuti sekolah penggal pertama kan. Cuti seminggu. Duk fikir nak buat aktiviti apa untuk naurah nanti. Mula-mula ingat nak pergi bercuti. Tapi off budget pulak. Nak kene bayar school fee naurah nanti.  So siapa boleh bagi cadangan nak bawa anak ke mana untuk bercuti nanti. Yang tak banyak pakai duit la. Almaklum la kan gaji ari tu awal. So tak boleh la nak sedap belanja. Kang tercekik sementara nak menunggu gaji hujung bulan nanti.  Tolong kasi cadangan ye korang.  Love, mar

Skin Care dari Shaklee - Rangkaian Enfuselle

Image
As-salam, Selama ni kalau orang sebut shaklee mesti semua ingat vitamin je kan. Sebenarnya shaklee pun ada produk skin care tau. Hari ni aku nak share skin care shaklee dari rangkaian Enfuselle. Terdapat dua set iaitu untuk kulit normal hingga berminyak dan set untuk kulit normal hingga kulit kering. Rangkaian Enfuselle telah diuji melalui penyelidikan nutrisi selama 55 tahun bagi menghasilkan kualiti yang hebat. Asas bagi produk Enfuselle ialah Vital Repair Complex yang esklusif, satu campuran sinergi tujuh nutrien antipengoksida yang terbukti berkesan berbanding penggunaan nutrien secara berasingan. Set Normal hingga kering  Hydrating Cleansing Lotion - Langkah 1 Losyen pencuci campuran berkrim yang bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan solekan tanpa menjejaskan lapisan minyak semula jadi kulit. Gunakan setiap hari untuk membersihkan wajah.  Hydrating Toner - Langkah 2 Formula bebas alkohol dengan minyak pelembap semulajadi bagi melindungi

Kepentingan Zinc dalam tubuh

Image
As-salam, Kali ni nak bincangkan tentang kepentingan zinc dalam tubuh manusia. Sebelum tu nak tanya, apa itu zinc? Zinc merupakan logam transisi yang termasuk dalam kelompok 12 jadual periodik. Ianya merupakan mineral yang penting yang sangat diperlukan oleh tubuh dalam membentuk enzim dan hormon selain berfungsi sebagai perantara bagi lebih 100 jenis enzim dalam tubuh manusia.  Zinc juga memainkan peranan secara langsung untuk metabolisma seluruh sel dalam badan untuk proses pembentukan genetik iaitu DNA dan zinc juga turut menaktifkan deria rasa dan lidah kita.  Kekurangan zinc dalam tubuh boleh mengakibatkan; * Pertumbuhan badan yang lambat * Hilang selera makan * Penyembuhan luka yang lambat * Keletihan dan kelesuan yang melampau * Tidak mampu merasa dengan baik * Tidak dapat melihat dengan baik dalam keadaan samar * Turun kadar kesuburan bagi lelaki * Proses pembentukan sperma akan terganggu * Keguguran rambut * Terganggu fungsi organ testikular le