Posts

Kerusi bersaiz poket

Image
As-salam, Jangan tak percaya, memang ada kerusi bersaiz poket. Ke korang dah tau, aku je yang ketinggalan zaman. Cmni ha rupa kerusinya. Boleh dilipat menjadi saiz poket. Menarik jugak kan. Senang nak bawa kemana-mana. Naik tren, dalam celah orang ramai, tetiba aku buka kerusi ni. Pehh selamber je boleh duduk. Hahaha. Opsss, aku tak jual ye kerusi ni. So jangan order pada aku. Ni aku tengok dalam Mydeal.com. Tengok la sendiri kat link ni . Kalau berminat, pandai-pandai la order.

Tudung 3 layer

Image
As-salam, Ni gaya hari selasa lepas. Selama ni tengok orang pakai tudung 3 layer ni. Memang berminat la. Tapi nak beli Fareeda, nyata jelita tu, ampun, mek tak mampu. Amacam gaya ni, ok tak? Labuhnya melepasi dada kan. Ada setengah tudung 3 layer tu, singkat. Yang ni memang best pakainye. Awning pun elok terletak je. Kalau ada yang berminat, boleh la tengok kt fb aku. Ada banyak corak lagi. Selain tudung 3 layer ni, Half moon shawl pun ada. Baju kurung pesak pun ada Siap manik lagi. Memang kelas gitu. Jom soping untuk raya.

Half Moon Shawl

Image
As-salam. Nak promote item terbaru dari kami. Half Moon Shawl. Dibuat daripada kain chiffon yang berkualiti. Memang mudah nak menggayakan. Manik jahitan tangan yang kemas dan menarik. Jom glemer kan raya korang dengan tudung half moon ni. Cuma RM70 je. Apa tunggu lagi, cepat stok terhad. Cmne nak order? clik di sini  komen pada gambar ye.

Coti-coti

As-salam, Sebenarnya ada banyak je cerita yang aku nak share dengan korang. Tapi kadang-kadang bizi buat aku tak sempat nak menaip. Aku bagi ringkasan la serba sket aktiviti aku yang dah lepas ye. Kira cm teaser la ni. Nanti ada kesempatan aku ceritakan lebih lanjut. 9 Mei lepas, genap usia perkahwinanku 4 tahun. Rasa cm baru lagi naik pelamin, tau-tau je dah 4 tahun. Hihi. Kali ni kami celebrate dengan cara percutian. Tempatnya tak jauh pun. Ke A'Famosa Resort pada 12 - 14 Mei. Ni kali ke 3 kami ke sana. Tempat ni bagi aku seronok. Sebab banyak aktiviti untuk naurah. Hari pertama, kami ke Safari Wonderland. Naik gajah, bagi rabbit makan, tengok animal show. Memang seronok la kan terutama bagi budak berumur 3 tahun tu. Malamnya pulak kami ke Cowboy Town. Tengok red indian show, animal parade dan tengok 4D show. Enjoy sangat. Lepas abis show tu, ada show bunga api sebagai acara penutup. Layan abis la. Malam tu naurah naik ponny pulak. Ingatkan dia takut. Rupanya sero

Tudung 3 layer dan Telekung Vietnam

Image
As-salam, Nak gtau para pembaca, aku ada menjual tudung 3 layer ala fareeda dan telekung vietnam. Contoh seperti gambar di bawah.  Saiz M Kain Chiffon berkualiti Labuh menutupi dada Termasuk brooch RM65 tidak termasuk postage   Telekung Vietnam 36 kuntum bunga Kain sejuk dan berat RM150 tidak termasuk postage   Telekung Vietnam 10 kuntum bunga Kain sejuk dan berat RM90 tidak termasuk postage  Berminat? boleh tengok di fb daku Mardiani Mohamad Nor  komen di gambar ye. Cepat-cepat sebab stok terhad.

PRU13

As-salam, Sekarang ni cerita paling hangat tentu la pasal pilihan raya umum yang akan di adakan pada 5 Mei 2013. Korang dah check ke korang mengundi di mana? Tau ke siapa calon yang bertanding di Dun dan Parliman kawasan korang. Sape yang belum daftar mengundi tu, dah terlewat dah kalau nak daftar sekarang. Tungga lepas mengundi nanti, bila dah buka untuk mendaftar dengan spr. Pegi la daftar ye, lagi 5 tahun boleh mengundi. Sape yang tak berminat langsung nak ambik tahu pasal politik ni? Ruginya. Jangan kata politik tu bukan untuk korang. Jangan kata korang tak peduli siapa pun yang memerintah negara. Jangan kata walau siapa pun yang perintah negara, korang tetap macam tu jugak. Silap..silap..silap. Mengundi tu tanggungjawab kita sebagai rakyat. Kita ada hak untuk memilih siapa untuk mentadbir negara. Ada pulak yang berkata, "saya tak nak mengundi sebab kawasan saya takde calon beragama islam". Ishh satu kerugian kalau berfikiran macam tu. Okey, katakan di kawasan

Sushi ohh Sushi..

Image
As-salam, Lately ni kemaruk nak makan sushi je la. Dua minggu lepas baru je ke Sushi King dengan naurah. Dating anak beranak sempena en. fuad takde. Bulan lepas pun ke Sushi King gak masa keluar dengan diela dan ibriz di Ipoh. Sabtu lepas pun ke sushi lagi. Tapi kali ni ke Octopuss Sushi pulak. Sebenarnya niat mula-mula nak ke Seoul Garden di KL Festival City Mall. Tapi en. fuad kata dia malas nak makan buffet, so kami tukar lokasi la. Dia suggest sushi. Baik betul la walaupun empunya diri tak makan sushi, tapi disebabkan isteri kesayangan dia ni tengah menghantui sushi maka en. suami penyayang ni terus mengoffer sushi. Aku bagaikan budak kecik dapat lolipop, terus melompat keriangan. Malangnya Sushi King agak penuh. Lagipun en. fuad kelaparan. Nak makan nasi katanya. Maka kami ke Octopuss Sushi sebab ada nasi-nasi gak. Aku macam biasa order set salmon. En. fuad order thai fried rice. Naurah pun macam biasa ambik plate sushi ikut sukati dia je. Tapi bukan makan sangat pun.