Coti-coti
As-salam,
Sebenarnya ada banyak je cerita yang aku nak share dengan korang. Tapi kadang-kadang bizi buat aku tak sempat nak menaip.
Aku bagi ringkasan la serba sket aktiviti aku yang dah lepas ye. Kira cm teaser la ni. Nanti ada kesempatan aku ceritakan lebih lanjut.
9 Mei lepas, genap usia perkahwinanku 4 tahun. Rasa cm baru lagi naik pelamin, tau-tau je dah 4 tahun. Hihi. Kali ni kami celebrate dengan cara percutian. Tempatnya tak jauh pun. Ke A'Famosa Resort pada 12 - 14 Mei. Ni kali ke 3 kami ke sana. Tempat ni bagi aku seronok. Sebab banyak aktiviti untuk naurah. Hari pertama, kami ke Safari Wonderland. Naik gajah, bagi rabbit makan, tengok animal show. Memang seronok la kan terutama bagi budak berumur 3 tahun tu.
Malamnya pulak kami ke Cowboy Town. Tengok red indian show, animal parade dan tengok 4D show. Enjoy sangat. Lepas abis show tu, ada show bunga api sebagai acara penutup. Layan abis la. Malam tu naurah naik ponny pulak. Ingatkan dia takut. Rupanya seronok.
Hari ke 2 kami ke Water World. Disebabkan pegi masa hari kerja, jadi tak ramai la orang di water world ni. Seronoknya, seperti tempat ini ana yang empunya. Mandi sepuas-puas hati la. Naik legam kulit masing-masing. Hari pulak memang panas terik. Tak pe la nanti kita makan Aura white kasi putih balik ye. auww..
Selain tu, aku sempat gak ke Port Dickson pada 1 Jun lepas. Time tu cuti sekolah kan, ya allah, jem nye PD time tu. Tensen pun ada. Kami tido di Best Western Prima Inland Sea Resort atau dulunya dikenali sebagai Tiara Beach Resort. Niatnya nak buat survey hotel untuk family day tahun ni. Sambil-sambil tu nak bawak naurah mandi kolam di Best Western. Tak puas melegamkan kulit kan. Hahaha.
Nanti aku kasi review percutian ni termasuk gambar-gambar photogediz ye. Ari ni malas nk upload pic.
Hidup ni singkat. Jangan bazirkan masa dengan perkara yang tak berfaedah. Sampai jumpa lagi, senyum selalu.
Comments
Post a Comment