Bagaimana Mengatasi Masalah Kulit Kusam
Assalam, Perasan tak, kulit anda semakin hari semakin kering dah kusam. Pencemaran terhadap radikal bebas menyebabkan kulit mengalami proses penuaan lebih pantas berbanding usia. Umur masih muda, namun telah kelihatan seperti makcik. Pastinya ianya satu perkara menjenkelkan. Kulit kusam Berpunca Daripada Beberapa Perkara Seperti Berikut: Waktu tidur yang tidak menentu Ketika tidur, sel-sel kulit baharu akan terhasil bagi menggantikan sel kulit lama yang telah mati. Waktu rehat yang tidak menentu pastinya menyebabkan proses itu terganggu. Merokok Merokok akan menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan tubuh. Kajian menunjukkan perokok akan kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding usia sebenar mereka. Diet yang tidak sihat Pola pemakanan yang tidak menentu menyebabkan tubuh tidak menerima nutrisi yang diperlukan bagi pembentukan sel-sel baharu. Stress Jangan terkejut, stress juga membuatkan kulit anda hilang seri dan kelihatan kusam. Bagaimana Me...