Bagaimana Mengatasi Masalah Kulit Kusam

Assalam,




Perasan tak, kulit anda semakin hari semakin kering dah kusam. Pencemaran terhadap radikal bebas menyebabkan kulit mengalami proses penuaan lebih pantas berbanding usia. Umur masih muda, namun telah kelihatan seperti makcik. Pastinya ianya satu perkara menjenkelkan.



Kulit kusam Berpunca Daripada Beberapa Perkara Seperti Berikut: 


Waktu tidur yang tidak menentu

Ketika tidur, sel-sel kulit baharu akan terhasil bagi menggantikan sel kulit lama yang telah mati. Waktu rehat yang tidak menentu pastinya menyebabkan proses itu terganggu.


Merokok

Merokok akan menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan tubuh. Kajian menunjukkan perokok akan kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding usia sebenar mereka.


Diet yang tidak sihat

Pola pemakanan yang tidak menentu menyebabkan tubuh tidak menerima nutrisi yang diperlukan bagi pembentukan sel-sel baharu.


Stress

Jangan terkejut, stress juga membuatkan kulit anda hilang seri dan kelihatan kusam.



Bagaimana Mendapatkan Kulit Yang Cantik Berseri

 

Amalkan 3 langkah rutin penjagaan wajah setiap hari iaitu membersih, menyegar dan melembab.


Membersih

Gunakan facial cleanser yang bersesuaian dengan kulit wajah anda. Bersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari terutama selepas menggunakan make up. Wajah yang kotor menyebabkan liang pori tersumbat sekaligus menjadikan kulit kelihatan kusam.


Menyegar

Setelah membersihkan wajah, gunakan pula toner bagi menyegarkan kembali kulit wajah. Toner juga berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengecilkan liang pori.


Melembab

Dah nama pun melembab, fungsi pelembab adalah untuk melembabkan kulit wajah. Ia untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan bersisik. Pelembab juga melindungi kulit wajah daripada sinaran UV.


Selain daripada 3 langkah rutin asas ini, anda juga digalakkan melakukan pembersihan extra dengan scrub 3 kali seminggu dan memakai masker sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.


Pemakanan Seimbang

Elakkan mengambil makanan yang berminyak. Lebihkan buah-buahan serta sayuran. Minum air kosong / mineral secukupnya agar tubuh kekal hidrat. Rahsia kulit cantik, kekalkan kelembapan kulit.


Nutrisi yang mencukupi juga membantu mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Amalkan memakan vitamin C dan E yang tinggi kandungan antioksidan. Anda boleh mengambil vitamin C dan E shaklee yang sangat baik untuk kecantikan. 





Fungsi Vitamin C

Menggalakkan pembentukan kolegen
Mencerahkan kulit
Meningkatkan imun sistem
Membaiki sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas





Fungsi Vitamin E

Memulihkan tona kulit
Melambatkan penuaan
Meningkatkan keanjalan kulit
Memudarkan parut


Nak kulit cantik berseri, penjagaan dari dalaman dan luaran sangat diperlukan. Mesti kena rajin tau. Baru lah boleh nampak hasilnya.

Pening nak cari vitamin C dan E? Tak payah susah-susah. Hubungi je saya untuk mendapatkannya. Saya akan guide anda tentang cara pengambilan vitamin ini agar mendapat kesan yang terbaik.

Jangan lama-lama. Sampai bila nak tengok wajah orang lain je lawa. Anda juga mampu memiliki wajah idaman anda jika anda bertindak sekarang.

Hubungi saya segera melalui 



Call / SMS / Whatsapp

Pengedar Shaklee Ampang

FB  Mardiani

COD : Tesco Ampang dan sekitarnya
Bangsar & Seri Kembangan (Hari bekerja) 

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato