Sambutan Tahun Baru Cina
As-salam, Ada 2 perkara yang aku suka tentang tahun baru cina. Pertama Yee Sang. Tau apa tu yee sang? Yee sang adalah sejenis makanan yang menjadi tradisi oleh masyarakat cina yang melambangkan simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki. Yee bermaksud ikan, atau memberi makna lain iaitu kekayaan manakala sang bermaksud mentah atau membawa pengertian kebangkitan. Inilah dia rupa yee sang tu. Isikandungan yee sang terdiri daripada salmon mentah, sayuran seperti lobak merah, lobak putih, kekacang, bijan dan keropok rangup. Sos plum dan jus limau akan di tuang di atas yee sang tu nanti. Yee sang akan digaul menggunakan chopstick. Lebih tinggi yee sang di angkat, lebih banyak ong dapat. Rasanya? Sangat sedap. Happy sebab tahun ni dapat merasa yee sang. Dah beberapa tahun termiss makan. Perkara kedua yang paling aku suka ialah lion dance aka tarian singa. Kagum aku tengok aksi akrobatik mereka. Bayangkan mereka boleh melompat dari 1 tiang ke 1 tian...