Posts

Penyimpanan EBM

Image
As-salam. Akhirnya terkemas pun stok ebm aku ni. Dah lama duk bebel kat en. fuad suruh dia diy rak untuk susun semua ebm aku. Pastu dia beli bakul ni 5 bijik dah tolong susun kan ikut date. Tapi tak cukup rupanya 5 bijik bakul. Patut beli 7 katanya. Next time bila pegi kedai tu balik boleh beli lagi 2. Bila dah kemas macam ni lebih senang nak ambik. Make sure gunakan kaedah FIFO iaitu first in first out. Jangan lupa labelkan setiap pek ebm dengan tarikh, masa dan jumlah oz.  Korang pun boleh kumpul ebm macam ni. Yang penting kene penuhi konsep Demand vs Supply tu. Rajin-rajin kosongkan cik B. Jangan duk pikir susu tak ada, susu sikit. Fikiran negatif hasilkan negatif result. Tempoh penyimpanan ebm seperti berikut: Nak supplement, meh PM makcik.. ** SPECIAL GUIDE AND TIPS ON BREASTFEEDING TO MY CUSTOMER ONLY** Set menyusu asas Shaklee Independent Distributor  Mardiani Mohamad Nor 1091078 Pengedar Sah Shaklee Ampang : ...

Babywearing vs Stroller

Image
As-salam, Stroller antara benda yang wajib dibeli oleh pasangan yang tengah expeting anak kan. Tak tipu la sebab dulu aku pun macam tu. Masa duk mengandungkan naurah dulu sibuk nak usha stroller. Tapi tak beli pun sebab masa tu pinjam along punya. Masalah tentang stroller ni, masa naurah baby dia langsung taknak duduk dalam stroller. Masa dia tidur boleh la letak kejap. Tapi bila dia jaga, meraung la dia mintak di angkat. Sudahnya memang jarang guna la. Bila dah besar ni baru la dia nak duduk dalam stroller. So masa kitorang nak ke legoland, beli la buggy stroller sebab kompem tak larat nak dukung dia. Masa ngandungkan athmar aku baru berkenalan dengan babywearing ni. Aku pernah cerita pasal terbeli fake ergo kan. Lepas tu sementara nak beli Soft Structure Carrier (SSC) lain, aku guna Ring Sling brand Babe Sachi. Sekarang dah beli SSC brand Boba 4G. Memang best pakai SSC ni, tak terasa beban berat pun kendong athmar walaupun pakai berjam-jam lamanya. Benda baik kena la d...

Sembang petang jumaat

As-salam, Seronok hari ni dah jumaat. Esok cuti. Yahuuu... So apa plan korang hujung minggu ni? Aku ada weeding member ofis. Tapi tak boleh nak pegi pulak sebab en. fuad ada job pulak esok. Tak pe la nak buat cmne kan, redho je la. Tak silap minggu ni ada karnival upin dan ipin di Putrajaya. Presint berapa aku pun tak sure. Alang ajak naurah pegi. So biar je la naurah pegi dengan alang. Nak bawak athmar kesian pulak dia berpanas kat sana nanti. Dah la budak tu tengah selsema sekarang ni. Asik-asik selsema je kan. Athmar pulak baru keluar wad je 2 minggu lepas sebab demam panas. Demam start dari hari rabu lagi. Tinggi pulak tu walaupun dah bagi makan ubat, pakaikan pampers je, jelum dan buat lemon socks. Tapi tak turun suhunye. So pagi jumaat decide bawak pegi hospital terus. Tapi pagi tu aku request takmo admit. Tengah malam tu pun tak surut-surut demamnya. So en.fuad suruh bawak ke hospital terus. Maka berkampung la  kami di Ampang Putri selama 4 malam. Nasib baik la kali n...

Wanita dan Kecantikan

Image
As-salam, Baru-baru ni satu surat pengakuan si suami yang telah terlanjur dengan seorang janda anak ramai telah menjadi viral. Si suami menyalahkan si isteri sebab tak menjaga kecantikan dan penampilan diri. Sedih kan. Si isteri penat seharian di rumah menjaga anak-anak, mengemas rumah dan memasak, namun tak sempat nak menjaga dirinya sendiri. Bila suami balik, tengok wajah kusam isteri, berbaju kelawar dengan bau hapak, suami yang kepenatan terus kelayuan. Kat tempat kerja seharian duk mengadap wanita yang bersiap cantik. Lumrah bagi lelaki malah semua manusia sukakan kecantikan. Betul tak? Jangan tipu la kata korang tak suka.   Nak cerita sikit, emak aku kalau bersiap memang berjam-jam. Bukan just bersiap kalau nak keluar berjalan, tapi bersiap pagi-pagi sebelum keluar dari bilik tidur. Duduk kat rumah pun make up tau. Katanya takkan nak keluar je baru make up, depan ayah pun kene la cantik-cantik juga. Rutin setiap hari mesti make up dan sapu lotion seluruh ...

Persediaan untuk berkahwin

As-salam, Ehhh bukan aku yang nak berkahwin ye. Mak dah kawen tau, anak 2 lagi tau. Ni nak cerita tentang persediaan untuk berkahwin kursus untuk pasangan yang tengah dalam perancangan nak kawen tu. Al-maklum la dah dekat hujung tahun, memang musim kawen kan. Sebenarnya nak cerita ni sebab baru-baru ni kawan En. fuad datang jumpa dia pening-pening kepala fikir pasal persediaan untuk bertunang dan kawen ni. So sebagai orang yang dah kawen ni meh akak share sikit tips tentang perancangan bajet ye. Nak kawen ni memang banyak belanjanya kan. Mau pitam nak pikir. Bila cerita pasal nak kawen ni, semua excited kan. Mula la berangan nak buat majlis yang meriah, pelamin yang gah, pakai baju vogue, kek 3 tingkat, photographer, barangan hantaran, honeymoon dan macam-macam lagi. Memang semua tu perlukan duit kan. So cmne tu? Semua ni ambik dari pengalaman ahkak sendiri ye adik-adik sekalian. Masa aku nak kawen dulu, gaji aku kecik je. Gaji en.fuad pun kecik. ...

The Legend, Cherating

Image
As-salam, Sabtu baru ni berkesempatan ke kemaman untuk majlis perkahwinan sepupu. Dah lama sebenarnya tak ke kemaman. Last masa hujung tahun 2012, masa bercuti ke gambang. Alang-alang ke pantai timur, ambik kesempatan bercuti sekali la. Kali ni booking di The Legend, Cherating. Sebenarnya memang dah lama teringin nak duduk di Legend ni. Masa kecik-kecik dulu penah menginap di Holiday Villa, bersebelahan dengan Legend. Pastu masa jalan-jalan tepi pantai, tengok pool di Legend ni lebih menarik dari holiday villa. Sampai sekarang ingat tau. So bila ada kesempatan macam ni, terus la booking di legend. Nak berendam puas-puas, ehh nak bagi naurah berendam puas-puas. Sebelum pegi check in kami tapau dulu otak-otak dan sata dari warung aziz satar di kuala kemaman. Korang kalau ke cherating dan nak makan sata sedap pegi la ke warung aziz satar ni. Tak jauh pun cherating dan kuala kemaman. Aku suka sata di sini sebab ada cili api sekali. Baru berasap telinga bila tergigit. ...

Esok cuti

Image
As-salam, Minggu ni rasa best sikit sebab cuma kerja 4 hari je. Esok boleh rehat, kemas rumah, masak (kalau rajin) dan packing barang. Nak berjalan sikit hujung minggu ni. Jom kita lompat katak. picture dari google Apa plan korang esok? Love, mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992