Posts

The Legend, Cherating

Image
As-salam, Sabtu baru ni berkesempatan ke kemaman untuk majlis perkahwinan sepupu. Dah lama sebenarnya tak ke kemaman. Last masa hujung tahun 2012, masa bercuti ke gambang. Alang-alang ke pantai timur, ambik kesempatan bercuti sekali la. Kali ni booking di The Legend, Cherating. Sebenarnya memang dah lama teringin nak duduk di Legend ni. Masa kecik-kecik dulu penah menginap di Holiday Villa, bersebelahan dengan Legend. Pastu masa jalan-jalan tepi pantai, tengok pool di Legend ni lebih menarik dari holiday villa. Sampai sekarang ingat tau. So bila ada kesempatan macam ni, terus la booking di legend. Nak berendam puas-puas, ehh nak bagi naurah berendam puas-puas. Sebelum pegi check in kami tapau dulu otak-otak dan sata dari warung aziz satar di kuala kemaman. Korang kalau ke cherating dan nak makan sata sedap pegi la ke warung aziz satar ni. Tak jauh pun cherating dan kuala kemaman. Aku suka sata di sini sebab ada cili api sekali. Baru berasap telinga bila tergigit. ...

Esok cuti

Image
As-salam, Minggu ni rasa best sikit sebab cuma kerja 4 hari je. Esok boleh rehat, kemas rumah, masak (kalau rajin) dan packing barang. Nak berjalan sikit hujung minggu ni. Jom kita lompat katak. picture dari google Apa plan korang esok? Love, mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Resepi makanan Bayi - Puri Barli

Image
As-salam, Minggu ni kita try puri barli pulak untuk si hero. Senang je buatnya. Mula-mula ambil segengam barli, cuci bersih-bersih. Kemudian rebus sampai betul-betul kembang. Bila dah cukup kembang, sejukkan sekejap. Lepas tu blend sampai dapat texture yang dikehendaki. Cukup 3 bullet. Boleh frozenkan. Tahukan anda, bijirin barli tinggi dengan sumber terbaik serat permakanan. Serat yang tidak mudah larut yang terdapat didalam bijirin barli baik untuk penghadaman.   Love, mar ******************************************************************************* Promosi Meal Shakes Buy 3 Free 1 berakhir Oktober ini. Cepat grab stok anda sebelum terlambat. Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Sakit Mata

Image
As-salam, Dah 2 hari sakit mata. Merah je pastu bertahi. Sebenarnya last week pun kene juga, tapi dah baik. Semalam kena balik. Hari ni tak tahan baru pegi klinik. Mengadakan. Kalau korang ada tanda-tanda awal sakit mata boleh cuba rawat dengan cara macam ni; 1. Menggunakan susu ibu - titikkan sedikit susu ibu kedalam mata. atau 2. Rendam mata kedalam larutan air garam Kalau tak baik juga, pegi la klinik. Sakit mata ni boleh berjangkit. Harap tak berjangkit dekat athmar dan naurah la. Nak tepek sikit gambar comel aku dengan mata merah berair ni. Hehehe. Ok dah dapat MC, so nak balik rumah sekarang. Sape nak MC, nak ambik sikit virus ni. Salam jumaat.  Love,  mar 

Resepi makanan bayi - Puri keledek

Image
As-salam, Hari ni nak share puri keledek yang aku baru buat semalam untuk athmar. Memang mak-mak sangat kan. Meh aku tunjuk step by step. Memula sediakan seketul keledek sederhana besar. Yang ni saiz kecik. Aku potong 2 sebab periuk kecik. Kemudian rebuskan keledek tersebut sampai empuk. Tak ambik pulak gambar tengah rebus. Dah cukup lembut, toskan sekejap untuk sejukkan sikit keledek tu. Tapi kalau jari korang kebal boleh pegang panas-panas boleh la terus kupas kulit keledek tu. Dah kupas kulitnya, potong kecik dan masukan dalam blender. Campurkan sikit dengan fresh ebm atau air kosong. Aku suka campur ebm sebab rasanya lebih enak. Blend sampai dapat kelikatan yang dikehendaki. Texture yang cantik untuk bayi 6 bulan adalah tidak terlalu likat. Lebih kurang macam ni ye. Untuk seketul keledek bersaiz kecil dapat 3 botol baby cube. Ingat, cuba satu-satu jenis makanan selama 4 hari bagi mengesan sebarang alergik terhadap bayi. Puri se...

Aktiviti mewarna

Image
As-salam, Oleh sebab kami belum hantar naurah ke sekolah lagi, jadi kami memikirkan aktiviti yang bersesuaian untuk naurah terutama ketika aku berpantang hari tu. Aktiviti mewarna ni memang elok untuk kanak-kanak bagi melatih otot moto mereka dan melatih mereka lebih fokus. Plaster magnets ni dapat hadiah masa birthday naurah hari tu. Memang menarik benda ni. Setiap clay tu ada magnet, so lepas warna je boleh la tampal di fridge. kemain fokus lagi naurah mewarna Door sign ni pulak beli di Hot Market, Amcorp Mall. Harga dalam RM15. Ada 4 patern iaitu Welcome, Open, Close dan Thank You. Dh siap boleh la gantung di pintu Selain dari membeli, korang juga boleh gunakkan benda-benda lain untuk mewarna. Contoh macam ni, kami warna kulit kerang pulak. Maklum la masa berpantang hari tu dekat Bagan Lalang, so senang la nak kutip kulit kerang. Apa aktiviti yang korang suka lakukan bersama anak-anak? Love, mar ************************************************...

Keluarga kecil ku

Image
As-salam, Bila ahli keluarga makin bertambah, makin bertambah la tanggungjawab kami sebagai ibu bapa. Menguruskan 2 orang anak kecil memang bukan mudah. Kadang-kadang terfikir macam mana orang yang ada anak ramai. Fuhhh memang lelah nak handle sorang-sorang. nak ke mana tu dik oiii Athmar bila dah cecah 6 bulan, dah makin banyak akalnya. Sekarang dah mula merangkak dan memanjat. Tidur dah kurang sebab nak bermain je. Tengah menyusu, boleh pulak dia berpusing pastu tersengeh-sengeh je mengadap muka aku. Melt.. kalau dia takde memang sunyi rumah Naurah pulak sejak ada adik, kemain manja lagi. Lebih manja dari athmar. Nak dimarah tak sampai hati. Layankan je la. Nasib baik minum susu dah tak pakai botol. Kalau tak, tu pun nak suruh mama pegangkan. Naurah sekarang ni dah sebulan lebih diaper free. Setakat ni belum penah bocor lagi waktu malam. Sebelum tidur memang suruh dia ke toilet dulu. Susu pun makin kurang. Siang hari kat rumah pengasuh je minum susu. Malam s...