Posts

Happy 2nd Birthday my little darling, Marsya Naurah

Image
Pejam celik pejam celik, kejap je umur baby mama ni mencapai usia 2 tahun. Pertama sekali, syukur kepadamu ya Allah di atas anugerahmu ini. kehadiran puteri cilik ini sememangnya menyempurnakan hidupku ini.  ketika sambutan hari lahir baby yang pertama  Kali ni mama nk ceritakan pengalaman mama sepanjang mengandungkan baby. Mula-mula  bila tengok pergnancy kit ni positif, mama agak tergamam sebab rasanya terlalu awal. Namun sudah semestinya mama & papa teruja kerana itulah impian setiap pasangan yang telah berkahwin, ingin menimang cahaya mata.   Awal mengandung, mama alami alahan yang agak teruk. Setiap minggu mama MC. Sampaikan doctor di klinik sarankan supaya mama ke hospital. Ni la kenangan mama, pertama kali bermalam di wad. Nasib baik cuma 1 malam je. Tiap-tiap pagi mama menangis sebab tak tahan dengan sakit kepala & muntah. Lagipun masa tu papa masih di perak. Mama terpaksa harungi semua sendirian. Nasib baik an...

rindu

kadang-kadang aku rindu untuk bersendirian. punyai masa untuk diri sendiri. buat apa yang nak di buat. berehat dan tenangkan fikiran tanpa ganguan dari sesiapa. tak perlu lama. cukup kalau dapat utk few hour je. sebab aku perlukan ketenangan. bila jauh dirindu. memang betul. tapi bila dekat kenapa selalu bertekak? pelik bila fikirkan hal ni. kadang-kadang lebih baik mendiamkan diri. tapi kadang-kadang perlu juga bersuara. tapi bila bersuara, mesej disalah erti. lalu terjadi pertengkaran. kenapa macam ni jadinya? sabar. itu kunci kajayaan. atapi dakan tembok sabar aku sekukuh mak. mak masih mampu tersenyum, walaupun hatinya terluka. aku pula? aku cuma minta, berikan aku masa untuk aku bertenang buat seketika. tanpa sebarang komunikasi untuk sementara. tak perlu tambahkan lagi ketegangan ini. mungkin diam itu mampu menjernihkan kembali hubungan ini.

bercuti

Still di batu gajah lagi. sok nk bergerak lik kl. jap je masa berjalan bila bercuti. kalau time keje, jarum jam cam tak bergerak pulak. seronok bercuti. asik MAKAN, MAKAN & MAKAN je. dah bertambah berat badan aku ni. tak pe la, sekali sekala je.  Aktiviti sepanjang bercuti, tak bawak sangat. cm yang aku cakap, asik makan je. yang syoknye, kali ni tercapai hajat aku nk makan mee banjir udang kt kuala sepetang. memang sedap. berbaloi la menunggu selama sejam. along & family pun join sekali. pas makan, jalan-jalan kat pekan taiping. cuma ingat nk pegi zoo tak kesampaian sebab keluar dari umah dah lambat. tak sempat la. next time nk buat plan lain lak.  Naurah pun takde meragam sepanjang cuti ni. makan pun berselera je. dan makin montel je. alhamdulillah. kalau tak, dah susut badannya. risau pulak aku. mintak-mintak rabu ni start hantar ke pengasuh lain, dia ok la. 

berjaya capai impian 2012 yg pertama.

tgk post aku yg terdahulu. sebenarnya mengarang lama dh. tapi tak sedar rupanya tak publish lagi. ari ni baru bukak blog. tak pe la masih dalam bulan 1 kan. ok tajuk hari ni dh capai impian pertama. alhamdulillah dh berjaya memiliki kenderaan sendiri. bukan yg baru. tapi masih elok dan nampak baru. yang penting condition masih elok. boleh bawak aku & keluarga ke mana-mana destinasi asalkan ada minyak. hahaha.. ok untuk mengetes drive, hari ni akan merasmikan perjalanan jauh yang pertama kami bersama HERO. kami akan menuju ke batu gajah. balik kampung hubby. dah sebulan dia tak balik kg. rindu melampau-lampau la tu. tapi ikutkan baru 3 minggu je tak jumpa family dia. new year hari tu dh bercuti ke A'famosa dengan family dia pun. tapi biasa la kan, org tak pernah berjauhan, tinggakan kampung halaman. home sick la tu. layankan je la. hidup aku byk berubah. since hubby dah duduk bersama. semuanya lebih terurus. baby lebih ceria, mama lebih2 happy. hahah... ok sampai jumpa lagi. ...

selamat tinggal 2011 selamat datang 2012

Ya ampun... lamanya tak update blog. malasnya nk update blog pakai b.band.. slow gila.. ada tak b.band yang bayar murah, tapi laju gila...? ok tinggal bape hari je 2011 akan melabuhkan tirai... macam mana azam 2011? semua dh tercapai & terlaksana ke? kalau di tenung balik azam aku dulu, kononnya nk lebih rajin update blog.. tapi sejak blog di blok oleh tnb, makanya niat suci murni tu terkubur cmtu aje.. bulan ni br 2 kali je update citer.. sedangkan banyak je story mory nak dikongsikan bersama... penutup tahun ni sangat menggembirakan bagi aku.. yang pertama sebab hubby dah berpindah ke kl.. dah tak perlu lagi berjauhan dengan hubby... baru la aku merasa cmne hidup berumahtangga yang sebenarnya.. senang kan bila dah bersama ni.. semua urusan boleh diuruskan bersama.. balik keje sama-sama, jaga anak sama-sama... kemas rumah sama-sama.. masak sama-sama... tido sama-sama... sekarang ni aku dah tak terkocoh-kocoh lagi pagi-pagi sebab hubby yang uruskan baby aura.. dia masuk keje k...

Hadiah yg bermakna

December merupakan kelahiran kami berdua.. alhamdulillah tahun ni kami menerima hadiah yg sangat bermakna.. yg telah lama kami nantikan.. setelah hampir 3 thn usia perkahwinan kami, akhirnya dapat jua kami hidup sebumbung seperti pasangan suami isteri yg lain.. hubby akan mulakan kerja di tempat baru pada 19 december nanti.. tempat kerja pun dekat je dengan rumah.. boleh jalan kaki je.. gaji pun boleh tahan.. dah lama aku suruh hubby keluar dari bt gajah.. mencuba nasib di sini.. selama ni hubby tak confident, tapi akhirnya dia terpaksa akur dengan keadaan.. dan syukur setelah cuba hantar resume kt few company, akhirnya lekat juga yg ni.. 1st company panggil interview terus dpt offer kerja.. mungkin ada sebab permohonan pertukaran aku selama ni gagal.. rupanya memang dh tertulis rezeki kami masih di ampang.. ~menanti detik utk hidup bersama hubby tercinta, dan bersama-sama membesarkan puteri tersayang~

21 bulan penyusuan

Image
lama tak update cerita budak kecik ni.. alhamdulilah genap 21 bulan aku menyusukan puteri hatiku.. lagi 3 bulan untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun. semoga dipermudahkan.. bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan kesepatan buatku menikmati pengalaman yang sangat membahagiakan.. perjuanganku dalam breastfeeding tidak sesukar mana walaupun ianya merupakan pengalaman pertamaku.. pada awalnya keluargaku & hubby tidak menyokong namun tidak juga menghalang aku ingin menyusukan baby aura.. pada mereka itu perkara biasa seorang ibu menyusukan bayi ketika dalam pantang.. namun apabila melihat pada kesungguhanku untuk terus menyusukan baby aura, mereka terus menyokong tanpa berbelah bahagi.. tambah pula apabila melihat perkembangan baby aura yang sangat positif.. alhamdulillah aku tiada masalah dari pihak keluarga... cuma apa yang aku terkilan kerana tak berjaya exclusive breastfeed baby aura.. sebab kejahilan aku di awal p...