Posts

Showing posts with the label berpantang

Keperluan bayi

Image
As-salam, Bagi yang pertama kali mendapat anak tentu tertanya-tanya apa keperluan bayi yang mesti disediakan. Macam tu juga dengan aku dulu. Rasa macam semua kene beli ke. Kali ni aku share apa yang aku sediakan untuk baby adik nanti. Cute kan caddy bag fisher price tu. Beg tu aku beli dari facebook.com/marissa.shoppe . Harga lebih murah berbanding beberapa kedai lain. So boleh usha di sana ye. Caddy bag ni adalah untuk simpan barang-barang baby macam lotion, krim, sikat dan sebagainya. Masa naurah dulu aku letak dalam bakul je. Kali ni nak nampak cute sikit jadi letak la dalam caddy bag. Ni produk yang akan aku gunakan nanti. Bagi mandian, krim telon, losyen, minyak rambut dan badan, dan minyak kelapa dara aku gunakan brand tropika. Produk ni berasaskan minyak kelapa dara. Tapi jangan risau takde la bau minyak kelapa pun. Produk ni wangi sangat. Memang best kalau baby pakai. Aku suka anak aku berbau wangi. Produk ni elok untuk kulit bayi baru lahir yang sensitif. B

Persediaan berpantang

Image
As-salam, Hari ni nak bercerita pulak tentang keperluan ibu berpantang. Perkara pertama yang biasa di fikirkan ialah nanti nak makan set berpantang apa ye? Memang banyak set bersalin yang ada di pasaran sekarang. Boleh pilih je ikut mana yang bersesuaian dengan diri dan bajet. Masa naurah dulu aku gunakan set dari HPA. Bukan la nak kata tak elok, tapi setnya banyak menggunakan jamu. Naurah pulak kene kuning masa hari ke 2. Jadi memang aku tak makan la set tu. Sudahnya sampai habis berpantang tak abis lagi makannya. Untuk kali ni aku pilih untuk makan set berpantang shaklee. Kelebihan set ini adalah berasaskan bahan semulajadi. Jadi para ibu boleh terus makan vitamin shaklee seawal 2 jam selepas kelahiran. Vitamin shaklee dijamin selamat untuk para ibu dan juga baby anda. Set ini juga baik bagi ibu-ibu yang menjalani pembedahan. Ini adalah set vitamin pilihan aku.  set berpantang / bersalin + menyusu + kurus  Wow banyak kan. Perlu ambik sebanyak ni ke? Ohh ten

Persediaan bersalin dan keperluan untuk ke hospital

Image
As-salam, Semalam baru lepas check up. Kedudukan baby dah cantik letaknya. Anytime boleh engage. Minggu ni kandungan aku dah masuk 35 minggu. Berat baby dah 2.3kg. Doktor kata ok, normal saiz . Tak la kecik macam naurah dulu. Next appointment 17 Mac nanti. Excited + takut. Doakan kami ye. Bila dah masuk 35 minggu ni, patutnya semua kelengkapan dah tersedia. Bagi yang pertama kali menjadi ibu, mesti penin fikir apa yang perlu disediakan. Kali ni aku kongsi persediaan aku untuk menyambut kelahiran orang baru nanti. beg mama dan beg baby Beg untuk ke hospital boleh mula di sediakan seawal kandungan berusia 7 bulan. Mana la tahu kot-kot terjadi kelahiran pra-matang. Jadi takde la kelam kabut sangat mula terasa sakit kontraksi. Bagi ibu-ibu baru, mungkin tak sure apa yang diperlukan. Jom intai apa yang ada didalam beg baby dan mama. keperluan mama Apa yang korang perlukan adalah pad pakai buang. Aku pakai brand pureen. Pad ni lebih besar daripada pad biasa. Tapi korang