Posts

Showing posts from January, 2016

Hari Keluarga Saujana Group | PNB Ilham Resort

Image
Assalam, Saujana Group ni company tempat en.fuad bekerja sekarang. Family day ni sebenarnya 2 minggu lepas punya cerita. Hari ni baru ada masa nak up story. Buat di PNB Ilham Resort Port Dickson pada 9 - 10 Januari 2016. Ini kali pertama aku menginap di sini.  Kami bertolak dari rumah jam 8.30 pagi. Niat hati nak bangun awal dan sediakan snack sikit untuk ke sana. Tapi pagi tu aku terbangun lewat pulak. Mula la kelam kabut menyiapkan anak-anak. Kami ke opis en.fuad dulu di Balakong sebab semua staff akan berkonvoi bersama. Sampai di opis dalam pukul 9 pagi, still takde sesiapa yang sampai lagi. Hampir jam 10 kami semua mula bertolak ke PD dan sampai lebih kurang jam 11.30 pagi. Disebabkan masih awal, kami cuma dapat 1 bilik je dulu iaitu bilik bos en.fuad, en. wan.  Bilik en.wan ni jenis apartment 3 bilik. Memang sangat luas dan di tingkat bawah. Ada balkoni dan boleh keluar melalui balkoni tersebut. Jadi semua pakat berkumpul di depan bilik tu sambil makan. Macam-m...

December Trip | Allson Klana Resort Seremban

Image
Assalam, Jom sambung cerita percutian kami december lalu. Lepas bershopping di MPO, kami terus bergerak menuju ke seremban. Sebelum tu cadang nak cari makanan dulu sebab tak makan lagi. Anak-anak ok la dah makan spageti tadi. Tapi food court di MPO kurang menarik, jadi kami terus melangkah pergi sambil menahan lapar. Mujur ada spageti lagi dan sandwich yang aku buat, cukup la buat kami lapik perut. Dari MPO ke Allson Klana tak jauh, lebih kurang 45 minit perjalanan. Nak mencari hotel tu pun tak susah sebab berpandukan Waze. Kalau tak, mungkin sesat juga. Sebelum sampai di hotel, ada food court berdekatan, jadi kami singgah dan makan dulu.  Sesampai di hotel, aku terus ke kaunter reception untuk check in. Kali ni tak booking dari web, tapi terus melalui hotel. Tengah promosi masa ni, ambik bilik family cuma RM170nett dapat breakfast untuk 2 dewasa. Murah juga la kan.  Sementara mama settlekan urusan bilik, anak-anak tunggu di sana dulu ye. Family room, ada...

December Trip | Freeport A'Famosa Outlet Village, Melaka |

Image
Assalam, Sebab sepanjang cuti sekolah kami langsung tak bawak anak-anak bercuti, maka aku plan satu trip percutian. Jenuh juga fikir nak pegi ke mana. Mula-mula plan nak ke Langkawi, tapi memandangkan masalah kewangan yang melanda kami beberapa bulan sebelum ni, maka trip ke langkawi di tangguh dulu. Kalau ikutkan nak ke penang, sebab dah book hotel pun di sana. Tapi en.fuad kurang setuju sebab katanya mesti jem teruk di penang. Tambah dengan kewangan yang baru nak stabil, nak bayar yuran sekolah naurah lagi, jadi kos percutian harus di kurangkan. Fikir punya fikir, jom kita ke Seremban. Apa ada di sana? Nanti aku cerita.  So nak jimat cuti tahunan, kami pegi masa cuti Maulidir Rasul. Cuti 4 hari, rugi kalau tak kemana-mana. Sebelum ke Seremban, kami lajak ke Melaka dulu untuk menyinggah di Freeport A'Famosa Outlet Village atau juga dikenali sebagai Melaka Premium Outlet@MPO. Dah makin banyak premium outlet buka di Malaysia ni. Seronok menyoping bagi yang berduit. Bagi rakya...

Salam 2016

Assalam, Dah hari ke 7 baru sempat nak ucapkan selamat tahun baru. Sebelum ni bukan tak sempat nak berblog, tapi mood kelautan hindi, lautan pasifik, laut china selatan sejajar dengan musim monsun. Adoi.  Sebenarnya banyak cerita nak di kongsikan. Sabar ye aku share satu persatu. Bila dah banyak cerita, tak tau pulak yang mana nak sharekan dulu.  Ok la cerita pasal kejadian hari ini. Sebenarnya takde apa yang panik pun. Kisah biasa bagi seorang perempuan yang 3 tahun sekali drive. Dulu sebelum en. fuad pindah kl, aku ada juga la drive. Nak-nak bila kena pegi kursus di Bangi. Tapi sejak en. fuad pindah kl, memang jarang pulak aku drive. Kena pula, dah makin jarang dapat kursus kat Bangi. Memang makin jarang la ahkak ni drive kete.  Sejak en.fuad kerja di tempat baru ni, dia kerap kene outstation dan selalu juga balik lambat. Selalunya memang mintak tolong alang la anta dan ambik anak-anak dari rumah pengasuh. Tapi lama-lama aku fikir mana boleh selamanya ber...