Posts

Showing posts from September, 2015

Kerja-kerja En.fuad

Image
Assalam, Pagi-pagi en.fuad anta wasap, nak pantau kain yang di jemur katanya. Sebenarnya ni tengah test device baru. Esok nak tunjuk dekat client. Yang ni en.fuad pasang di tv kami. Puas hati memantau dengan screen besar kan. Kalau ikut pakej cctv biasa, ada dapat LCD monitor. Berapa inci tak ingat pulak dah. Tapi kalau client nak pakai tv boleh juga request. Macam projek terbaru di Masjid Al-Bukhairy, pihak masjid nak pakai LED TV. Ni pulak salah satu projek banglo di Damansara. Owner request 8 camera untuk cctv berserta alarm sistem. Untuk cctv dah siap pasang. Sekarang ni nak pasang alarm sistem pula. Tu pun owner dah minta pasang juga cctv di gym yang akan mereka buat nanti. Alhamdulillah owner berpuas hati dengan kerja-kerja en.fuad. Selain daripada cctv dan alarm sistem en.fuad buat juga kerja-kerja lain seperti pemasangan autogate dan wiring. Ni antara salah satu kerja-kerja pemasangan autogate yang dia buat baru-baru ni. Kesian client ni, contra...

Mari memasak untuk kesejahteraan ummah

Image
Assalam. Amboi, tajuk tak nak kalah namanya. Sekarang ni memang aku makin kerap masak. Asal cuti je mesti nak masak. Rasa syok pulak memasak. Macam-macam resepi yang aku nak cuba. Ada yang menjadi, ada yang tak menjadi. Maklum la baru mencuba.  Dulu-dulu aku memang tak pandai masak langsung. Duduk dengan mak ayah kan, semuanya diorang la uruskan. Dasar anak dara pemalas. Penah dulu sorang member lelaki cakap kat aku, lelaki ni kalau dia nak cari isteri dia nak perempuan yang pandai masak. Kalau awak tak pandai masak, kurang la point kat awak. Masa tu umur aku 19 tahun. Hellooo... Kau nak cerita pasal aku kene pandai masak baru kau nak kawin dengan aku. Chittt.. Baru 19 tahun kot masa tuuuuu. Nasib baik masa aku berkawan dengan en.fuad dia tak kuar statement macam tu. Nasib baik juga family en.fuad tak penah suruh aku masak. Hahaha. Abah memang terror memasak ok. Sama macam ayah. Kalau mak aku dan mak en.fuad jangan kata la. Air tangan mak-mak ni mana boleh lawan kan....

Jom menyembang di petang jumaat

Assalam, Lama tak menyembang kosong kan. Asik takde mood je. Ni tengah free, pastu en.fuad baru call nak ambik aku balik kerja, tapi lewat sikit dalam 5.30 baru sampai ofis aku. So tengah ada masa ni jom update apa yang tertinggal.  Last week athmar pulak kene chicken pox. Dah memang boleh agak sebab masa naurah kena ari tu, athmar duk main dengan kakak dia. Ye la diorang berdua je, kalau tak main dengan kak naurah, athmar nak main dengan siapa pulak kan. So macam biasa aku kena la bercuti lagi demi menjaga buah hati pengarang jantung pisang aku tu. Nasib baik ubat sekarang ni ada anti virus, so cepat baik demam nya. Tu doc yang kata. Bukan aku memandai-mandai hokey. Tapi memang betul sebab athmar kena hari jumaat, siap pakej demam lagi. Hari isnin chicken pox dah mula kering. Hari khamis dah boleh hantar ke rumah pengasuh. Hope takde la virusnya menyerang budak-budak di rumah pengasuh dia. Sorry mama tak boleh cuti lama lagi. Cuti tinggal 5 hari je. Tu yang nak kena simpan ...

Cerita hari ini

Assalam, Tolong... Mood menulis dah kelaut. Sebab tu lama sangat tak de any update. Tak bukak blog langsung. Macam takde mood nak mengadap. Bila bukak dan mengadap, tenung screen pc lama tapi tak tau nak taip apa. Lastly tutup balik buat keje lain pulak.  Sebelum merdeka hari tu, aku dah bercuti panjang. Sebab naurah kene chicken pox pulak. Kesian anak dara aku tu. Kene teruk jugak abis naik satu badan termasuk muka dan kepala. Merengek-rengek menangis sebab tak tahan gatal. Bila pecah pedih dan sakit pulak. Alahai hati mak mana yang tahan kan. Lepas 3 naurah kena chicken pox, athmar pulak demam. Jadi memang bertambah panjang la cuti aku.  Dua minggu sebelum tu, cuti emergency pula sebab pakcik en.fuad meninggal dunia accident. Berlanggar dengan sebuah kereta. Tapi dia yang teruk, kereta terbabas masuk longkang. Luaran takde apa-apa, tapi internal injury. Tulang rusuk semua patah.  Minggu merdeka tu pulak, suami sepupu mak pulak meninggal dunia. Pun mengeju...