Posts

Showing posts from January, 2015

Sembang kosong

As-salam, Hari ni nak cerita pasal anak-anak la. Sejak naurah dapat adik ni (dah 9 bulan) dia makin manja pulak. Asik nak mintak berdukung. Pastu suka buat-buat cakap pelat macam baby. Kadang-kadang geram jugak. Ye la dah 5 tahun kan, bila buat-buat macam baby tu eeee rasa nak cubit je. Si athmar pulak dah pandai nak mendengki. Mula-mula elok je dia main sorang-sorang. Bila nampak kakak baring / duduk atas aku, dan-dan tu la dia menangis nak suruh dukung. Alahai anak-anak ni manja sesungguh la. Kadang-kadang tu, ha dua-dua sekali mama dukung. Puas hati semua. Nasib baik mama ni kuat tau tak. Tu je nak cite pun. Sebenarnya tengah mengantuk ni. Tapi biasa la mata ni mengada. Bila time break takmo tido. Dah pukul 2 baru gedik-gedik nak tertutup. Ok sebab takde idea nak bercerita, maka aku sudahkan entry kali ni di sini je. Nak gak buat entry sebab nak cabar diri sendiri nak buat 1 hari 2 entry. Tapi dah tengahari 1 entry pun jenuh nak pikir. Dah babai. Tengok petang kar...

Naurah masuk Sekolah

Image
As-salam, Semalam mesti ramai mommy dan daddy yang bercuti sebab hantar anak ke sekolah kan. Tahun ni aku pun terlibat sama. Naurah dah masuk sekolah. Cepatnya masa berlalu, dah besar rupanya baby aku ni. Sob..sob..sob.. Ai is nangis ok. Ingat lagi masa baru bersalinkan naurah. Alahai kecik betul naurah masa tu. Tup..tup.. dah masuk tadika. Pang pipi aku satu kali.. Naurah memang excited sangat nak bersekolah. Nak belajar, nak jumpa kawan baru. Kemain bersemangat bangun tido. Tak payah disuruh mandi, tau je dia terus bukak baju cakap nak mandi. Gud girl. peace. muka memang excited je. Best jugak kan pegi sekolah pakai t-shirt je. Tak payah mama susah-susah mengosok baju. Dasar malas. Hahaha  Bagusnya naurah ni. Cool je. Dia tengok je ada budak-budak lain menangis. Kalau kenang masa dia kecik-kecik dulu memang taknak dengan orang lain langsung. Sampaikan kalau balik batu gajah, opah dengan tokwan nak ambik pun dia kemain meraung. Sekarang ni...

Hippopo Baby Spa

Image
As-salam, Korang penah dengar tentang baby spa tak? Aku baru je bawak athmar ke Hippopo baby spa cawangan Great Eastern Mall masa cuti krismas hari tu. Sebelum tu meh layan gambar athmar di spa. Mula-mula kene register dulu. Pastu bayar siap-siap. Pakej kami ambik iaitu 30 minit swim 30 minit massage. Total RM89 Ni suasana dalam spa. Ada 2 jenis tub. Yang besar untuk baby besar. Biasa dalam 3 baby sekali masuk tub besar. Yang kecik pulak single tub biasa untuk small baby. Tengok tu, naurah teruja. Masa naurah kecik takde pulak spa ni. Kalau tak tentu dah angkut dia pegi spa. Ni sesi beramah mesra. Staff hippopo cuba pujuk-pujuk athmar. Mula-mula nampak ok kan. Athmar pun layankan je la pegang bola tu. Still looking good. Sekali masuk air dia bantai melalak da. Tengok ni betapa dia melalak. Mak bapak dia bizi ambik gambar aje. Heheheh Adoi jenuh pujuk pun dia tak mau reda. Makin kuat pulak melalak. Ishhh anak teruna sorang ni. Kalau naurah...

Mudahnya babywearing dan breastfeeding

Image
As-salam, Siapa yang suka benda senang? Semua orang suka benda mudah kan. Jadi aku nak share sesuatu yang amat memudahkan untuk mak mak macam aku ni. Sape yang sejak ada baby dah tak suka nak keluar jalan-jalan sebab leceh nak angkut segala barang. Baby taknak duduk dalam stroller. Pastu bila nak susu, melalak macam kene dera bila terlambat nak suakan susu. Kalau korang alami situasi macam ni, jom belajar babywearing dan breastfeeding. Kenapa? Sebab aku dah jumpa jalan yang paling memudahkan hidup aku bila keluar berjalan dan pegi bercuti dengan baby. Yang pertama breastfeeding. Menyusu badan adalah perkara yang paling memudahkan aku untuk menguruskan anak. Tengah malam athmar menangis, suakan je breast. Pastu sambung tido balik. Kadang-kadang tak ingat athmar ada bangun nyusu ke tidak. Punya la santai kan. Nak pegi berjalan lagi best. Tak payah susah payah nak sediakan botol susu dan bawa stok susu. Biasa aku tengok orang terpaksa angkut bakul yang penuh berisi stok sus...

Swiss Garden Hotel & Residences Melaka

Image
As-salam, Seperti yang di janji, meh aku review hotel yang kami menginap hari tu. Aku book hotel ni dari booking.com. Total untuk 2 malam termasuk tax dan breakfast RM 575.36. Booking last minute, lagi 2 minggu sebelum tarikh. Kalau korang nak murah, plan dan booking awal-awal. Senang je nak cari hotel ni. Dia attach dengan shopping mall baru di melaka, The Shore. So cari je the shore boleh la jumpa hotel ni. Atau nak lagi senang waze je. Parking dari tingkat 3 - 7 atau lebih. Kami parking di tingkat 6. Dapat lif yang terus ke bilik. Senang nak angkut barang. Tak payah banyak kali tukar lif dan berjalan. Check in was very smooth. Staff pun memang sangat friendly dan sentiasa senyum je. Bellboy tolong tolak trolley sampai ke bilik. Jadi habit aku, masuk bilik je semua benda nak check dulu. Semua wow. Hotel ni baru, jadi perabot semua baru. Katil sangat comfort. Bantal pun best. Selalu kan kalau korang pegi hotel kadang-kadang dapat bantal yang keras kejung. Tapi di sini banta...

Trip ke Melaka

Image
As-salam Selamat tahun baru semua. Malas nak citer pasa azam la. Tiap-tiap tahun sama je. Hehehe. Kali ni nak cerita pasal trip tahun baru kami. Pegi melaka je pun. Sebenarnya aku plan nak ke penang masa krismas. Tapi cuti tahunan dah habis. Pastu ingat nak ke Cyberview Resort je masa tahun baru. Ye la dah dekat nak bukak sekolah so pegi bercuti dekat je la kang naurah kepenatan pulak. Sekali buka sekolah di postpone pulak seminggu. Last minute punya plan kami ke melaka la sebab en. fuad kata lagi banyak aktiviti boleh buat di melaka berbanding di Cyberjaya. Malam sebelum tu, gigih aku menyiapkan bekalan makanan untuk athmar. Puree nasi + zuchinni + peas + ayam dan puree oat + kismis + apple. Takde masalah untuk sediakan homemade food untuk anak waktu travel. Siapkan puree, pastu frozenkan. Nanti nak bagi makan defrost dan panaskan je dalam warmer. Pagi 1 jan, kami bertolak jam 8:30 pagi. Planning awal nak bergerak jam 7 pagi. Tapi sebab semalam tido lambat maka pagi tu...