Posts

Showing posts from September, 2014

Komonaya Osaka Japan

Image
As-salam, Korang kalau minat barang-barang yang cute, comel, unik mesti boleh leka kalau masuk kedai japan macam Daiso kan. Kali ni nak cerita pasal kedai japan juga agak baru kot di Midvalley. Aku kalau masuk kedai-kedai cmtu memang alamatnya berjam-jam la. Semua benda nak belek. Ok cerita pasal kedai ni, semua item dia RM5. Tak kira besar ke kecik ke harga semua sama. Dalam banyak-banyak barang aku duk belek, terberkenan pulak dengan benda ni. Cer teka apa ni? Hehehe.. Ni plastik sampah. Kecik comel je kan. Senang bila travel, nak buang sampah tapi tempat tu takde tong sampah, so boleh buang dalam plastik ni dulu. Tengok boleh gantung dekat bag lagi. Ok ai memang suka over. Plastik sampah je pun sibuk nak masuk blog. Hahaha Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Menggendong bayi

Image
As-salam, Baru-baru ni pengguna media sosial digemparkan dengan kes seorang bayi yang koma akibat terjatuh daripada carrier. Rakan kepada ibu bayi berkenaan memberitahu ibu bayi tersebut menggunakan carrier tiruan jenama ergo baby. Bercerita tentang fake ergo ni, aku juga pernah membelinya. Ini disebabkan keghairahan nak ber babywearing tapi taknak gali ilmu dulu. Perlu ke ilmu? Nak dukung anak je pun. Ok mungkin ada yang pelik kenapa aku sebut tentang ilmu. Dalam setiap perbuatan ni kita perlu ada ilmu. Ilmu bukan hanya dapat dari sekolah je. Tapi boleh didapati melalui pembacaan, pertanyaan, dan pengalaman. Macam yang aku cakap tadi, masa membeli ergo dulu, aku tak terlintas langsung produk itu pun ada tiruan. Memang nampak dari mata kasar sama, tapi perbezaan yang besar adalah dari segi kualiti. Masa membeli dulu, seller ada bagi tahu carrier tu boleh tahan berat bayi hingga 20kg. Wah macam menarikkan. Tapi kebanyakkan produk tiruan langsung tiada kawalan kualiti. Jadi ma...

Smart Reader Kids

As-salam, Jenuh juga la aku dan en. fuad memikirkan nak daftarkan sekolah mana untuk naurah tahun depan. Mula-mula plan memang nak hantar ke Little Caliph. Memang ada yang paling dekat dengan rumah. Tapi yuran boleh tahan ye. Plus minus memang dekat 7k juga untuk setahun. Memandangkan dah ada 2 orang anak ni, maka perbelanjaan haruslah lebih berhati-hati dan berhemah. Tapi bukan la aku kedekut nak keluar bajet untuk persekolahan anak aku, cuma perlu lebih bijak memilih. Setelah menimbah tara segala perbelanjaan, menimbang tara persekolahan yang mana best yang bersesuai dengan bajet kami, maka smart reader kids menjadi pilihan kami. Terkejut juga la sebab aku ingat mahal sangat fee untuk smart reader. Tapi alhamdulillah under bajet. Tapi tak tau la pulak kalau fee ni ikut pada tempat or kawasan sekolah tu. Ni aku sharekan fee untuk Smart Reader Kids di Taman Nirwana. 1. Registration Fee (New Student) - RM 100.00 2. Miscellaneous Fee - RM 120.00 3. Sport and Concert Fee RM...

Online Shopping

Image
As-salam, Wanita dan shopping memang sukar dipisahkan. Betul tak? Siapa sini yang tak suka shopping angkat tangan.. Eh ada yang angkat ke. Nampak sangat menipu.. Hahaha Masa zaman aku muda dulu (eh macam dah tua sangat kan) masa tu belum pemes sangat lagi pasal online shopping. So hampir tiap-tiap minggu mesti keluar, orang putih kata window shopping la. Seronok tengok-tengok barang, tengok-tengok orang. Berangan la nak beli itu ini. Bila gaji memang melonjak-lonjak la keseronokkan bershopping. Tapi sekarang ni bila dah ada anak, jarang sikit la nak kerap-kerap keluar shopping. Leceh nak tempuh jem, orang ramai, nak cari parking lagi. Belum masuk bab anak meragam. Haa memang menguji kesabaran betul la. Sekarang ni kalau keluar, mesti cari mall yang mesra kanak-kanak, yang ada tempat untuk bermain. Senang bila anak cranky je, umpan dia pegi indoor playground. Mall pulak mesti yang toilet bersih. Susah woi anak aku tu penggeli. Kalau toilet kotor, memang dia taknak masuk. Dah ...

Permata hati

Image
As-salam, Lama rasanya tak bercerita tentang anak-anak. Hari-hari balik kerja memang tak sabar nak terkam anak. Rindu sangat dengan keletah mereka. Si naurah tu dah makin-makin bijak bercakap. Kadang-kadang tak terduga pula kata-kata yang terkeluar dari mulut dia. Macam baru-baru ni dia cakap "mama, nanti dah besar boleh tak kakak nak kawen". Pitam kejap mama dengar. Baru 4 tahun dah pikir pasal kawen. Dia ingat kawen tu apa la agaknya ye. Tapi memang seronok sangat melayan anak berborak. Bila dah makin besar ni, layan borak macam borak dengan kawan-kawan je. Memang advance kan budak-budak sekarang ni. Maklum la kecik-kecik dah terdedah dengan teknologi, dengan gadget. So lebih hebat dari kita tau. Cerita pasal gadget, ada ibu-ibu yang taknak bagi langsung anak-anak main gadget. Bagi aku, gadget ni ada kebaikan ada juga keburukan. Bergantung pada cara kita handle. Mula-mula belikan naurah ipad china punya masa umur dia 2+ tahun. Sebab kesiankan dia yang asik nak tu...

Goodies bag

Image
As-salam, Sebenarnya selalu je berazam nak rajin-rajin update blog. Tapi azam je la. Lepas tu kelaut. Hehe.Bulan ogos pun cuma 3 entry je. Hari ni dah 10 september, tapi baru 1 cerita je masuk. Camon mar, gigih lagi. Takde apa nak cerita sangat, jom aku kongsi pasal goodies bag yang aku sediakan untuk majlis aqiqah athmar baru-baru ni. Kami sediakan 100 goodies bag untuk diberikan pada para tetamu. Isikandungannya simple je, 1 buku surah al-mathsurat beserta doa-doa, 1 kek apolo dan air kotak. Surah Al-Mathurat tu beli borong di Mydin. Tak silap aku dalam RM0.90/pc. Ada banyak pilihan di Mydin. Sebenarnya aku nak beli doa-doa harian, tapi en. fuad nak ambik yang ni. Sebagai isteri mithali, akak turutkan. Tengah-tengah malam gigih menampal stiker kat surah. En. fuad dan anak-anak dah sedap berdengkur. Stiker tu aku buat sendiri. Edit pic athmar di photoshop, pastu print atas stiker paper. Bila dah tepek, baru terpikir, patut buat style landskap bukan ...

Majlis Aqiqah & Berendoi Muhammad Athmar

Image
As-salam, Alhamdulillah niat untuk buat majlis aqiqah & berendoi athmar dah terlaksana. Lega rasanya. Cuma baru buat seekor kambing. Lagi seekor in sha allah akan dibuat kelak. Ni pic sekitar majlis minggu lepas. Kali ni buat di Bagan Lalang. Endoi cantik ni dari Buaian berendoi Pama. Boleh check it out di FB atau Instagram. Ni kali ke-2 kami gunakan khidmat dari Buaian Berendoi Pama. 1st dulu masa alang buat aqiqah khalish. Sebab berkenan, servis pun best so kali ni gunakan khidmat mereka lagi. Jenuh gak aku pikir nak pakai tema kaler apa. Lastly kaler purple + kuning jadi pilihan. Memang cantik la kaler tu. Nampak berseri-seri je dalam gambar. Selain endoi, diorang pun buat mini pelamin untuk bertunang dan nikah juga. Harga memang mampu milik. Bak kata para peniaga, harga kasih sayang je. DIY Candy Buffet. Polaraid pic dari Cintafasca di Instagram Macam biasa aku memborong candy di tempat feberet aku la di NSK Seri Rampai. Memang sakan membeli ca...