Posts

Showing posts from February, 2014

Energizing Soy Protein Shaklee

Image
Pernah dengar tentang Energizing Soy Protein daripada shaklee? Ramai yang sukakannya kerana terdapat banyak kebaikkan dan khasiat padanya. Bagi yang belum tahu apa kebaikkan ESP dan kenapa kita memerlukan protein dalam tubuh, mari baca ni. Sel-sel dalam tubuh kita terbentuk dari protein. Tapi dari mana datangnya sumber protein? Kita telah belajar bahawa sumber protein boleh didapati daripada ikan, ayam, telur, kekacang. Namun tahukah anda bahawa protein tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Proses memasak seperti menggoreng atau merebus memerlukan suhu yang mendidih. Maka dengan itu secara tidak langsung, segala protein di dalam makanan tersebut akan mati. Protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius. Alangkah ruginya bila hanya menikmati makanan yang lazat namun tiada zat. Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Mengapa protein amat penting dalam tubuh kita? 1. Tubuh kita terdiri dari protein 2. Tulang, kulit, ramb...

Mencari supplement yang terbaik?

Image
As-salam. Faktor pemakanan dan gaya hidup masa kini yang tidak sihat menyumbang kepada masalah kesihatan. Jangan abaikan kesihatan diri. Jangan risikokan masa depan anda. Berubah la ke arah kehidupan yang lebih sihat. Jaga pemakanan, jangan lupakan senaman dan amalkan memakan vitamin bagi mengisi kekurangan nutrisi dalam tubuh.       Saya adalah pengedar sah Shakleee (ID 1091078) di area Ampang, Selangor. Jika anda perlukan suplemen semulajadi bagi PENYUSUAN BAYI, IBU MENGANDUNG, BERPANTANG, MASALAH BERAT BADAN ,KESUBURAN , ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT, KEINTIMAN, KECANTIKAN dan sebagainya anda boleh: PM : www.facebook/mardiani.nor whatsapp/sms/call : 018-2684992 blog : http//:mizdeeni.blogspot.com Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan vitamin keluarga anda dgn FREE DELIVERY dikawasan sekitar yang dinyatakan. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju/Skynet juga boleh diaturkan.

Sembang petang jumaat

As-salam, Dah lama tak menyembang kosong kan. Asik duk share produk je. Lama-lama boring pulak korang nak baca blog aku ni. Lagi-lagi pasal produk shaklee. Merata-rata orang jual. Senang je nak kutip info yang korang nak cari. Dah lama tak bercerita pasal naurah. 17 Februari ari tu genap naurah 4 tahun. Alhamdulillah semakin bijak budak kecik ni. Opss, naurah marah aku cakap dia budak kecik. Katanya dia dah 4 tahun, dah besar. Ok la sayang. Tapi peel kuat merajuk dan menangis tu tetap sama. Besar mana pun dia, bagi aku dia tetap baby. Hehehe. Naurah ni dah makin kuat membuli pulak sekarang ni. Mangsanya aku dan En. fuad la. Siap naurah cakap nanti adik dah keluar, kakak nak buli adik. Grrrr... Tapi dia memang tak sabar nak jumpa adiknya. Hari-hari naurah mesti gosok dan cium perut aku sambil panggil adik. Si adik pulak tiap kali dengar suara kakak, excited semacam je. Mula la bergerak-gerak. Happy aku dengan keadaan macam ni. Harap mereka memang rapat la. Last year aku ...

Set Mengandung Shaklee

Image
As-salam, Minggu ni kandungan aku dah berusia 33 minggu. Terasa kejap pulak masa berlalu. Kalau ikut kiraan, tinggal lagi 7 minggu untuk aku bersalin. Tapi kalau ikut sejarah kakaknya, aku bersalinkan naurah masa 38 minggu. Kalau baby adik keluar awal pun elok juga la. Selasa lepas pegi buat check up. Alhamdulillah semuanya ok. Doktor kata berat baby adik dah jangkau 1.9kg sekarang. Ok la tu sedang-sedang je. Senang nak keluar nanti. Hopefully la. Sepanjang mengandung ni, tipu la kalau kata tak penat dan lesu kan. Alahan pun ada juga. Nak kata tak seteruk masa mengandungkan naurah dulu pun tak juga. Lebih kurang sama je. Kali ni mungkin faktor umur, dan jarak aku berjalan kaki lebih jauh berbanding dulu membuatkan aku lebih cepat letih. Cuma sepanjang mengandung kali ni, aku lebih berdisplin bab makan vitamin. Tapi kali ni aku memilih untuk makan vitamin daripada Shaklee. Ni adalah set mengandung yang aku ambil sepanjang tempoh aku mengandung sekarang. B-...

Tip merancang percutian

#Tip merancang percutian. Ala tajuk poyo je kan. Padahal selama ni bercuti dalam negara je pun. Tapi bagi rakyat jelata yang berpendapatan sederhana macam aku ni, bila nak pegi bercuti memang banyak juga la yang perlu di pikirkan. Terutamanya tentang bajet. Lain la kalau aku kaya, asal terpikir nak bercuti je mesti berdesup je boleh terus packing baju. Ok la bagi yang selalu berkira-kira nak pergi bercuti ke tak. Dah habis kira tup-tup tak cukup bajet, pastu terpaksa postpone percutian. Cuba guna pakai cara ni. 1. Perancangan awal. Biar la kalau just plan nak pegi bercuti dekat-dekat je contoh duduk KL, nak bercuti ke PD. Lantak la orang nak kata ala takat nak pegi PD je pun nak plan setahun awal. Macam la nak pegi obersi. Jangan peduli apa orang nak kata. Kedudukan kewangan kita, cuma kita je yang tau. So jangan takut untuk plan awal-awal. 2. Menabung Bila dah ada plan, mulakan menabung. Sebagai contoh, sebulan asingkan sebanyak RM50 untuk tabung percutian. Min...

Aku pilih shaklee, korang bagaimana?

Image
Memang kalau nak di ikutkan nak jual produk kesihatan ni bukan mudah. Masyarakat kita agak susah nak keluarkan belanja untuk membeli vitamin. Bagi mereka, vitamin hanyalah makanan tambahan. Lebih-lebih lagi jika dikatakan khasiat tersebut boleh didapati di dalam makanan harian. Ye memang benar. Kebanyakan kandungan khasiat dari vitamin boleh didapati di dalam makanan harian. Contohnya vitamin c. Terdapat di dalam orange. Namun kita tubuh memerlukan sejumlah kuatiti bagi mendapat khasiat yang maximum. Sebagai contoh, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin c, iaitu bersamaan dengan 7 biji orange. Persoalannya, sejauh mana kita mampu menelan 7 biji orange setiap hari. Tu baru vitamin c. Macam mana dengan zat dan mineral lain? Oleh itu, memakan vitamin adalah satu cara mudah untuk mendapatkan zat dan mineral yang di perlukan oleh tubuh. Memilih vitamin juga penting bagi memastikan vitamin yang dimakan adalah selamat untuk tubuh kita. Pastikan kita memilih jenama yang benar-benar di p...

Kepentingan zat besi dalam tubuh manusia

Image
Kehidupan yang serba sibuk menyebabkan kita kehilangan masa untuk menikmati makanan yang seimbang. Kekurangan ini boleh menyebabkan kehilangan nutrisi penting dalam tubuh, contohnya zat besi. Apa pentingnya zat besi dalam badan. Lihat gambarajah ini. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan tubuh menjadi lesu. Badan juga mudah mendapat jangkitan penyakit. Sumber zat besi boleh diperolehi daripada hati ayam, tiram, kerang dan sayuran seperti bayam dan kekacang. Namun kadang-kadang cara memasak boleh menghilangkan sumber-sumber ini. Dapatkan sumber zat besi daripada shaklee. Kelebihan Vita-lea: • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi. • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh. • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel da...