Cerita Sedih
As-salam, Aku sebelum tido suka bercerita dengan naurah tentang aktiviti aku harian. Pastu suka tanya naurah apa pulak aktiviti dia seharian. Kadang-kadang aku reka cerita-cerita yang melibatkan naurah sebagai heroin. Biasanya cerita-cerita aku tu simple dan kelakar. Tapi semalam sengaja aku reka satu cerita pengajaran yang agak sedih. Kisahnya begini, Ada seorang budak, namanya marsya naurah. Dia suka bermain. Satu hari, dia main jauh dari kawasan rumahnya, Walaupun mama dan papanya melarang, tapi marsya naurah ni tetap bermain jauh dari mama papanya. Tiba-tiba marsya naurah tersedar yang dia tersesat ke dalam hutan. Dia pun menangis. Kemudian datang seekor katak dan bertanya, "wahai budak, kenapa kamu menangis" marsya naurah menjawab "saya tersesat. saya tak tahu jalan pulang. tolong la saya" katak tu menjawab. "itu la kenapa kamu tak dengar cakap mama dan papa kamu. maaf saya tak dapat tolong kamu" Mar...