Saya mahu bento dari blog bunda's corner

Aku terjumpa blog ni secara tak sengaja masa nak tukar layout blog aku. Tetiba ternampak layout blog ni. Sebab nampak cute aku terus follow. Kagum aku dengan kesungguhan owner blog dalam menyediakan bekalan makanan untuk keluarganya terutama anak-anaknya. Pelbagai karektor kartun yang dia buat semata-mata nak tarik perhatian anak-anaknya untuk makan.


Kanak-kanak kadang-kadang kurang gemar makan. Jadi sebagai ibu, kita harus kreatif dalam menghidangkan makanan. Bento dengan pelbagai karektor dan bentuk merupakan salah satu cara yang dapat menarik minat anak-anak untuk makan.


Cuma dalam kagum aku tengok gambar-gambar bento tu, tiba-tiba terkejut BERUK lak aku bila ternampak gambar bento yang disediakan buat anak lelakinya berwajah Baa Alif Baa Ya sebab setahu aku owner blog seorang muslim. Mungkin orang-orang Indo tak kisah sangat tentang wajah menatang tu. Bagi mereka dagingnya saja yang haram dimakan. Tapi bagi aku, tetap kembang tekak ni bila tengok gambarnya. Banyak lagi haiwan lain yang comel yang boleh dijadikan tema bagi bento.


Apapun, aku tetap nak belajar cara menyediakan bento ni untuk bekalan anak-anak apabila mereka telah mula ke sekolah nanti. =)


"Artikal ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel AdSense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack"

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato