Mulakan dari sekarang
Alhamdulillah my Baby Aura dah sihat. Tiada lagi bintik-bintik merah yang timbul. Cuma tinggal parut je. Hopefully parut-parut tu cepat hilang. Kesian tengok kaki anak mama yang berparut.
4 hari bersama Baby Aura adalah saat yang sangat bahagia. Pelbagai aktiviti yang dapat kami lakukan bersama. Baby Aura ternyata semakin bijak. Dah memahami tiap kata-kataku. Dah boleh menerima arahan yang mudah seperti meletakkan baju kotornya kedalam laundry basket, membuang sampah ke dalam tong sampah & menyimpan/mengambil makanan di dalam frige. Di usianya 14 bulan, bukankah itu pencapaian yang hebat? Sungguh aku berbangga.
Impian aku agar Baby Aura mula membaca seawal usianya 3 tahun. Mungkin ada kanak-kanak lain yang boleh membaca lebih awal dari itu, namun aku tidak mahu terlalu memaksa. Apa yang penting Baby Aura tetap boleh bermain seperti kanak-kanak lain kerana aku percaya kanak-kanak boleh developed kemahiran mereka melalui permainan.
Aku mula membeli buku untuk Baby Aura ketika umurnya 5 bulan. Alhamdulillah dia menunjukkan minatnya terhadap buku. Malah dia leka apabila mendapat buku. Aku gembira mengajar Baby Aura walaupun aku pasti dia belum memahami sepenuhnya apa yang ku ajar. Tiada istilah terlalu awal untuk mengajar bayi membaca kerana mereka gemar meniru perbuatan orang dewasa. Pastikan apa yang ditiru oleh anak-anak merupakan sesuatu yang BAIK & POSITIVE Pasti dapat memberi seribu kepuasan buat diriku apabila satu hari nanti Baby Aura dapat membaca.
p/s: maaf kerana entry aku akhir-akhir ni jarang bergambar. kameraku ditangan hubby. nak bergambar mengunakkan hp, cable dah hilang. =)
Comments
Post a Comment