Posts

testing lagi...

Image
bila dah boleh update guna mobile, rasa gian nak update je.. padahal bukan ada cite pe nk story pun... nak try upload gambar la plak...hope boleh la...

sukses..cukup puas hati....

yeye percubaan pertama tadi berjaya....pasni leh berblogging pakai mobile... i luv my NOTE....

test...boleh ke tak..

dh lama tak mengarang kan...kalau nak cakap aku takde masa, memang tipu sangat kan... tak tau la nape cam hilang mood nk mengarang je...ni aku cuba try test berblogging guna mobile..kalau ok, leh kembali mengarang la... tapi nak guna hp ni depan naurah payah, asik berebut je dengan budak kecik tu...padahal aku dah belikan tab untuk dia main...nak gak main yang mama punya..bukan ada banyak game pun dalam hp aku...ada fruit ninja je...tu pun ada je dalam tab dia..saje gatai nak pegang hp mama kan..kan.. aik asik naik warning error je ni...ok ke tak ok ni...penat dah taip pkai hp nih...

takde cerita buat cerita.

ok memang dah sangat lama tak update.. tiada alasan lain melainkan MALAS. tak tau apa nak jadi la kan. ikutkan banyak cerita nak dikongsikan. tapi hati tak berapa gembira nak mengarang. biar kan je la semua cerita terbuku didalam hati ini.

ramadan 13.

pagi ni aku terlajak tido.. tak bersahur pun. sedar dh pukul 6pg. gara-gara tdo jam 4pg malam sebelum ni, malam tadi aku tido kul 12mlm. sempat menyiapkan strawberry&blueberry cheese tart sebanyak 50pcs order dari opismate. budak ni banyak kali duk ingatkan aku pasal order dia. takut aku terlupa. dik oit, akk tak lupa la kalau bab business ni. rugi la kalau lupa kan. hari ni dah 13 hari kita berpuasa kan. dah mula terasa bahang lebaran ke? baju raya dah siap ke? hehehe... tahun ni aku & en hubby repeat balik baju yang dipakai masa kenduri alang hari tu. baru pakai sekali kan. rugi pulak kalau nk buat lain. aku tak kisah sangat la. en hubby la. dia jarang pakai baju melayu ni. setahun sekali je la masa raya. so dari membazir, gunakan je apa yang ada. tapi untuk si kecik tu, dah tentu la aku tempah bj kurung sedondon color dengan kami. niat nk menjahit manik kt baju si kecik. sebab tahun ni temanye polos. so kalau bermanik tu takde la nampak boring sangat kan. hope menjadi l

cabaran...

Image
salam 12 ramadan.. hari ni aku mengantuk sesangat.. mana tak nya, tido pukul 4pg menyiapkan order sebanyak 200pcs dr opismate hubby. patutnya kejap je buat, tp biasa la ada anak kecik kan. duk melayan kerenah si naurah tu je dh makan masa bape lama. nak di biar, kesian pulak dah la siang hari duk kat rumah pengasuh je. malam mesti la dia nk bermanja dengan mamanya kan. nak mencari duit lebih ni memang banyak dugaan dan cabaran. selama ni duk baca je dari cerita orang lain yang business. sekarang ni merasa la pulak. memang kalau tak kuat boleh patah semangat jugak la. moga diri ni terus kuat meneruskan business ni yang semakin berkembang ni. cerita tentang busines aku ni, alhamdulilah tempahan masih lagi diterima. tapi minta maap sesangat la ye sebab dah tak boleh nak terima untuk raya & minggu terakhir pose ni. dah tak menang tangan nak membuatnya. takut ada yang tak terbuat je nanti. start dari minggu ni kene pulun habis-habisan la buat crust tart dulu. nanti takde la m

ohhh

Image
gila lama aku tak update blog ni. ada sesape ke yang merindui aku.. hahahah... mar, ko ingat ko tu sape orang nak rindu ye.. ok just nk update aktiviti terbaru aku je. yang dah lepas-lepas tu lantak la, malas aku nk recall lik.. mm sekarang ni aku dah memulakan business kecil-kecilan. aku buat mini cheese tart & fruit tartlet. buat sendiri tau.. bukan main-main ye. 2 bulan lepas aku pegi kursus pembuatan tart. so dengan ilmu yang sedikit tu aku memberanikan diri menceburi bidang membaking ni. ni la hasil pertama kali. boleh tahan la. respond dari kawan-kawan yang try ni semua cakap sedap. terus dapat order dari kawan-kawan opis. 1st order dari opismate. 80pcs mix mini cheese tart  ni pulak mini fruit tartlet. aku buat utk makan-makan di opis untuk majlis sambutan ramadhan. sambil-sambil tu promote la sekali. terus dapat order untuk raya gak.  untuk raya ni memang tak sangka tempahan melimpah ruah. syukur, alhamdulillah. nasib la en. hubby rajin nk membantu