Posts

Birthday celebration

Image
Finally dapat gak la celebrate birthday dengan hubby. Itu pun tak berjalan according to my plan. Plan awal nak pegi makan kat Look Out Point kat bukit ampang, tapi kene ubah tempat sebabkan tak cukup masa. Camne nak cukup masa, hubby sampai petang sabtu. Pas maghrib kami ke Butik babymanja sebab nak beli high chair untuk naurah. Sebab dah lewat, just pegi makan kedai yang dekat dengan rumah. Nak cepat sebab pas makan nak ke Downtown, Cheras pulak. Tak leh keluar lama sangat sebab kesian kt naurah. Selalu dia dah tido time tu. Pagi ahad pulak hubby kena tolong mengangkut barang-barang untuk di bawa pindah ke Bagan Lalang. Sehari suntuk jugak la mengangkut barang dari Ampang & terus di bawa ke Bagan Lalang. Lebih kurang pukul 5 petang baru bergerak balik ke Ampang. Aku pulak memang nak sangat ke Sogo sebab nak beli baju naurah. Kesian kt anak aku baju dah sendat. Sambil-sambil tu nak gak ler menjenguk handbag & kasut. Tapi memang tak sempat la nak cari barang-barang aku sebab sam

Raya Aidiladha

Image
Ni sepatutnya post lama. Tapi sebab malas nk upload pic, so hari ni baru la aku postkan entry pasal raya haji ni. Tahun ni raya haji jatuh pada hari rabu. Tengah-tengah minggu. Disebabkan cuti aku pun dah tak banyak, makanya aku tak apply cuti untuk hari seterusnya. Lagi pun tahun ni beraya di ampang je. Hubby balik beraya gak. Company dia bagi cuti 3 hari. Tak banyak nak story, just nak tempek gambar-gambar ibadah korban. Sempat gak bawak naurah ke padang untuk sama-sama menyaksikan ibadah korban. Saja nak bagi pendedahan awal pada naurah tentang sambutan hari raya haji ni. Ni antara lembu yang akan dikorbankan. kurus je muka ceria dina yang excited nak tengok ibadah korban muka ceria alank yang tetap nak interprem mama yang tak sempat tukar baju raya acara korban telah bermula gaya excited naurah tengok lembu excited lagi. kalau boleh nk pegi dekat lagi acara melapah pulak dina sempat main buai gak

Birthday

Image
Semalam birthday aku yang ke 30. Happy birthday to myself. Syukur aku masih bernafas di bumi Allah ini. Terlalu banyak nikmat yang telah aku nikmati. Semalam as birthday treats, family telah membelanja aku makan nasi briani, Restorant Insaf. Thanks ayah, mum & alank. As usual tak dapat celebrate dengan mr hubby sebab dia jauh. Insya allah sabtu ni balik. Harap dapat celebrate coz ahad birthday hubby pulak. Today dapat kek dari officemate. Thanks dila. So lovely. Ni keknye Tada > > Suker sangat sangat ;P cute kan.. and so yummy...

Model cilik

Image
Si manja ni dh pandai posing. Ada bakat jadik model cilik la. Tak percaya?? Tengok ni.. Cute kan.. Agak2 kalau masuk mana-mana contest leh menang tak?

Naurah ke babysitter

Alhamdulilah setelah pencarian merata tempat untuk mencari babysitter terbaik buat naurah akhirnya bertemu jua. ~~hehehe cm poyo je ayat~~ Sebelum mencari babysitter buat naurah, ada beberapa kreteria yang telah aku tetapkan. Ini penting sebab ia dapat mencorakkan kehidupan & masa depan puteri kecilku. Kenapa aku cakap macam ni. Jom tengok kreteria yang telah ditetapkan : 1. Pandai handle EBM Ini sangat penting dalam usahaku menyusukan bayiku dengan susu ibu selama sekurang-kurangnya 2 tahun. 2. Suasana yang aman & tenang Bayangkan jika membesar dalam suasana yang bising, penuh dengan jerit pekik dan maki hamun? Apa yang akan terjadi pada anak kecil yang masih suci? Pasti mindanya akan di cemari dengan perkara yang negatif sedari awal kehidupannya bukan.! 3. Suasana yang selamat Anak kecil pastinye suka meneroka dunia barunya. Tanpa mengenal bahaya, mereka melihat setiap benda adalah seperti permainan. Mahu di pegang dan pastinya akan ke mulut. Berapa banyak kes kemalangan bay

Weekend yang penat

Last week balik ke Batu Gajah. Main reason sebab nak antar adik further study ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Congrats my lil bro. But speacial reason of couse la nak jumpa hubby tercinta. Plus opah & tokwan dah rindu sangat kat si cilik ni. Tapi sayang, bila tokwan & opahnya angkat, meraung pulak dia. Maklum la jarang berjumpa. Sepanjang kat sana memang banyak sangat aktiviti kami. Berjalan dah tentu. Makan-makan lagi. Wahh full pewot. Rasanya 4 hari kat sana aku gain 3kg kot. Sampaikan jeans aku sendat. Huhu. Time to cut the fat starting from today.~~ Alamak boleh percaya ke~~ Kalau last entry citer sal naurah demam. Well, kali ni mama pulak yang demam. Huhu. Dah lama sangat tak demam, rasanya since preggy dulu. So kali ni bila demam memang teruk sangat la. Puncanya? Mm bukan transfer dari naurah, tapi terlalu banyak berjalan. Penat melampau. Morale of the story ~~jangan berjalan melampau~~

Demam

Semalam aku EL sebab si kecilku demam. Aku notice badan naurah panas masa nak naik tido malam selasa ari tu. Terus aku bagi naurah makan ubat. Tengah malam naurah asik merengek, maybe sebab dia tak selesa. Suhu badannya memang panas, sampai 39c. Kerap la aku bangun & lapkan badan dia dengan kain basah. Risau aku kalau suhu terlalu panas, boleh mengakibatkan sawan pulak. Tiap 4 jam terpaksa bagi ubat disebabkan demam yang tak surut. Tengah malam tadi pun badan dia still panas lagi. Aku fikir kalau pagi ni dia still demam panas, memang aku akan EL lagi la. Dah la cuti tinggal 2 hari je lagi. Nasib baik la bila bangun pagi tadi suhu dah turun. Tapi aku tetap bawa naurah ke klinik pagi ni untuk pemeriksaan. Doctor cakap tekak naurah merah dan ada ulser sikit. Tentu dia sakit tekak. Kecian kat anak mama. Tapi sebabkan suhu badan naurah dah surut, aku rasa eloklah aku pegi kerja. Lagipun naurah duduk dengan anny dia, takde la aku risau sangat. Cuti tu simpan untuk perkara emergency yang