Posts

apa yang problem?

Aku nak update blog. Nak cite pasal Gold Coast Morib tu. Tp macam ada problem plak blog ni. Upload pic tapi asik hilang je. Dah bape minggu tertangguh. Blog ada problem ke? Tensi tau. Bis hilang mood aku nak share cite ni. Grggg

Tragedi awal pagi jumaat

Image
As-salam, Pagi jumaat lepas aku dikejutkan dari tidur oleh panggilan en. fuad mengatakan dia eksiden. Suspend gila masa tu. Soalan pertama keluar "teruk ke?" Syukur en. fuad kata dia tak apa-apa, tapi kereta agak teruk gak. Yang melanggar kete kami tu, amoi mabuk yang baru balik dari Pub. Time tu en. fuad stop di traffic light. Tau-tau je dia rasa gegaran kuat. Rupa-rupanya kete amoi tu dah melekat di bumper kete kami. Boleh tahan teruk gak la keadaan kete kami. Seminggu kene tahan kat worksyop. Patah kaki wei. Cmni la keadaan kete kami. Bonet tak boleh bukak. Tank kemek, casis bengkok. Apa lagi ye. Bersyukur yang en. fuad takde apa-apa. Nasib baik dia pakai seatbelt masa tu. Pas kejadian ni, takut pulak aku nak pangku naurah duduk depan sama-sama dengan aku. 

Shawls

Image
As-salam, Lama sangat dah ni aku tak update blog. Walau azam tahun baru nak lebih rajin. Tapi kadang-kadang hilang mood nak bercerita. Padahal banyak cerita nak di ceritakan. Kita mulakan dengan ramadan la ye. Dalam tak sedar dah 15 hari kita berpuasa. Tapi aku bukan tak sedar pun. Memang hari-hari tengok kalendar. Hehehe. So macam mana dengan amalan / aktiviti sepanjang berpuasa ni? Ni dah tinggal 15 hari terakhir. Jom kita rebut pahala berganda ramadan. Kalau tahun lepas aku sibuk dengan cheese tart. Tahun ni kami tak ambil sebarang tempahan. Sebab partner aku sibuk berniaga. Jadi tak mampu la aku nk buat sorang-sorang kan. Tapi aku takde la duduk menung je. Ada projek yang sedang di jalankan. Sekarang ni aku mulakan bisnes shawls pulak. Ni shawls yang aku dah hasilkan. Ada 4 corak kesemuanya.   koleksi marwa 3 tone sweet maroon RM30 inc postage material : quality chiffon measurement : 1.75m x 0.5m  koleksi marwa 3 tone dusty pink RM30 in...

Kerusi bersaiz poket

Image
As-salam, Jangan tak percaya, memang ada kerusi bersaiz poket. Ke korang dah tau, aku je yang ketinggalan zaman. Cmni ha rupa kerusinya. Boleh dilipat menjadi saiz poket. Menarik jugak kan. Senang nak bawa kemana-mana. Naik tren, dalam celah orang ramai, tetiba aku buka kerusi ni. Pehh selamber je boleh duduk. Hahaha. Opsss, aku tak jual ye kerusi ni. So jangan order pada aku. Ni aku tengok dalam Mydeal.com. Tengok la sendiri kat link ni . Kalau berminat, pandai-pandai la order.

Tudung 3 layer

Image
As-salam, Ni gaya hari selasa lepas. Selama ni tengok orang pakai tudung 3 layer ni. Memang berminat la. Tapi nak beli Fareeda, nyata jelita tu, ampun, mek tak mampu. Amacam gaya ni, ok tak? Labuhnya melepasi dada kan. Ada setengah tudung 3 layer tu, singkat. Yang ni memang best pakainye. Awning pun elok terletak je. Kalau ada yang berminat, boleh la tengok kt fb aku. Ada banyak corak lagi. Selain tudung 3 layer ni, Half moon shawl pun ada. Baju kurung pesak pun ada Siap manik lagi. Memang kelas gitu. Jom soping untuk raya.

Half Moon Shawl

Image
As-salam. Nak promote item terbaru dari kami. Half Moon Shawl. Dibuat daripada kain chiffon yang berkualiti. Memang mudah nak menggayakan. Manik jahitan tangan yang kemas dan menarik. Jom glemer kan raya korang dengan tudung half moon ni. Cuma RM70 je. Apa tunggu lagi, cepat stok terhad. Cmne nak order? clik di sini  komen pada gambar ye.

Coti-coti

As-salam, Sebenarnya ada banyak je cerita yang aku nak share dengan korang. Tapi kadang-kadang bizi buat aku tak sempat nak menaip. Aku bagi ringkasan la serba sket aktiviti aku yang dah lepas ye. Kira cm teaser la ni. Nanti ada kesempatan aku ceritakan lebih lanjut. 9 Mei lepas, genap usia perkahwinanku 4 tahun. Rasa cm baru lagi naik pelamin, tau-tau je dah 4 tahun. Hihi. Kali ni kami celebrate dengan cara percutian. Tempatnya tak jauh pun. Ke A'Famosa Resort pada 12 - 14 Mei. Ni kali ke 3 kami ke sana. Tempat ni bagi aku seronok. Sebab banyak aktiviti untuk naurah. Hari pertama, kami ke Safari Wonderland. Naik gajah, bagi rabbit makan, tengok animal show. Memang seronok la kan terutama bagi budak berumur 3 tahun tu. Malamnya pulak kami ke Cowboy Town. Tengok red indian show, animal parade dan tengok 4D show. Enjoy sangat. Lepas abis show tu, ada show bunga api sebagai acara penutup. Layan abis la. Malam tu naurah naik ponny pulak. Ingatkan dia takut. Rupanya sero...