Dhuha

Assalam,

Beberapa hari lepas ketika saya hendak masuk ke surau untuk solat dhuha, ada seorang rakan ternampak dan menegur, 'rajinnya'. Saya terdiam, tidak tahu untuk berkata apa-apa. Jujurnya ketika mula-mula ingin menjadikan solat dhuha satu amalan, saya terasa malu. Malu kalau dikatakan alim. Pelik bukan. Sedangkan di pejabat ini memang ramai yang bersolat dhuha. 

Saya mulakan dengan hidup saya sebelum ini. Memang saya pernah jahil. Walaupun ayah dan emak menitik beratkan soal solat, namun saya sering mengabaikannya. Astaghfirullah... Jahilnya saya. 

Berbalik pada kisah dhuha, saya bukan mahu menjadi alim. Tapi saya mahu perbaiki diri saya. Bila fikir tentang malu, untuk apa malu pada manusia. Seharusnya saya lebih malu pada Allah. DIA memberi saya terlalu banyak nikmat, tapi sukarnya saya sujud padaNYA. Allahu Akhbar. 



Gambar dari OraObah.blogspot.com

Insha allah, saya ingin menjadikan dhuha sebagai amalan wajib saya. Begitu juga dengan solat-solat sunat lain. 


Love, 
mar 

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato