Wordless Wednesday

Assalam,

Tadi saya attend writing class conduct by our consultant, tapi more on sharing session. En Rashid, our consultant advise untuk rajin menulis. Katanya kebolehan menulis bukan dari bakat, tapi kena rajin membuat latihan. Maknanya kena kerap menulis. Untuk mendapatkan hasil penulisan yang baik pula kena banyak membaca. Saya akui, saya sudah mula kurang membaca. Padahal saya minat membaca. Saya juga minat menulis. Itu salah satu sebab utama saya membuat blog ini. Untuk mengarang dan speak out my mind. Disebabkan kurang membaca, kurang fokus pada isu semasa membuatkan saya hilang idea untuk menulis. 

Writing was my passion. Masa saya remaja, saya pernah menghasilkan cerpen. Tapi untuk bacaan sendiri. Saya pernah bagi alang baca, katanya agak menarik dan dia minta saya teruskan lagi. Tapi saya tak pernah teruskan. 

Ohh ye, bagi yang pernah membaca post saya yang terdahulu, mungkin hairan kenapa saya menggunakan saya sebagai ganti nama diri untuk post ini. Dulu saya senang menggunakan aku dalam setiap post saya. Tapi sejak akhir-akhir ini, saya lebih senang menggunakan saya dalam setiap post di media sosial saya. Saya rasa lebih sopan. Tambahan pula bagi seorang peniaga online seperti saya, saya ingin kelihatan lebih mesra namun profesional. 

Berbalik tentang cerita tentang penulisan, saya berharap saya boleh mengasah lagi kebolehan menulis saya. So saya akan berusaha untuk lebih kerap update blog ini. Ohh mungkin saya akan mula mix language ye. Sebab saya nak improve balik english saya. Dah bersawang sebab lama tak practice. 

Sebelum berakhir, saya nak ajak korang untuk menabung emas. Sebab apa? Sebab emas ni amat bernilai. Rata-rata sahabat yang kerap keluar negara, memang mereka akan mengatakan bahawa nilai matawang kita semakin susut nilainya. Malah ada sesetengah negara yang mula tidak menerima matawang kita. Jadi bagi pengumpul emas, mereka akan membawa sedikit emas untuk digadaikan di negara yang mereka lawati. Lebih berbaloi kata mereka. 

Nak tau lebih lanjut tentang emas, boleh whatsapp saya, mar di 018-2684992. Simpan lah serendah 1gram sebulan bagi mengelakkan kebocoran wang anda. Orang yang kaya tak semestinya ada emas, tapi orang yang ada emas, dah semestinya kaya. 

#deenipowergold
#powergold
#emasituaset

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato