Gongxi.. Gongxi
As-salam, Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat tahun baru cina buat mereka yang menyambutnya. Sana sini meriah dengan irama gongxi gongxi. Cerita tentang tahun baru cina ni, perkara yang paling aku suka ialah tarian singa. Kalau tau je kat mana ada tarian singa tu, memang aku tak lepas peluang nak pegi tengok. Kagum dengan aksi akrobatik mereka. Bukan senang kan nak melompat macam tu. Tapi selalu takde peluang nak bagi naurah tengok tarian singa tu. Kalau cerita pasal makanan pulak, Yee sang yang paling aku suka menjelang tahun baru cina. Tapi dah 2 tahun kot termiss peluang nak makan yee sang tu. Harap tahun ni dapat merasa la. Paling seronok tahun ni dapat cuti panjang la sebab tahun baru cina jatuh hari khamis dan jumaat. So terus sambung dengan cuti weekend kan. Dapat la 4 hari bercuti. Ikutkan nak ke USS masa cuti ni. Tapi terpaksa ditangguhkan sebab ada masalah sikit. Hope plan ni cuma ditangguhkan la bukannya dibatalkan. Ok selamat bercuti semua. Jadikan m...