Posts

Showing posts from June, 2011

Darah

Dah dapat result darah Baby Aura . Tetap low in iron. So kene continue makan iron dalam tempoh 2 bulan. Bulan 8 nanti buat test baru lagi. Adui.. bila akan berakhir ni..

Cik P

Sepanjang minggu lepas resah gelisah melanda diriku. Production susu merundum sangat2. Kesihatan pun terjejas. Yang paling buat aku suspen, tekak terasa loya sgt. Tanda-tanda awal pregnant. Tambah buat aku kalut bila period tak kunjung tiba. Aku mula selongkar bilik mencari Urine Pregnancy Test. Rasa cm ada balance lagi 1. Bila tak jumpa UPT tu mula rasa nak mengamuk. Rasa nak terbang g farmasi time2 tu gak. Alhamdulilah belum sempat terbang ke farmasi, tup2 cik P datang menjenguk. Lega rasa hati ni. Bagi yang dah berfamily & cuba menjarakkan kehamilan, tentu pernah alami situasi cam aku tu. Aku bukan la cuba menolak rezeki. Jika di takdirkan Allah aku mengandung lagi dalam waktu terdekat ni, tetap aku bersyukur & terima dengan redha. Cuma kalau boleh aku cuba untuk menjarakkan kehamilan hingga Baby Aura berumur 3 tahun. Reasonnya 1, sebab aku PJJ dengan hubby. 1st pregnancy dah berjauhan, biarlah yang ke2 nanti kami berdekatan pula. Jadi doakan aku cepat dapat bertukar, supay...

Hari ni jumaat

Salam hari jumaat. Cam biasa, hari jumaat hari yg menyeronokkan bg aku. Sebab hari terakhir bekerja dalam seminggu. Sok boleh berehat, bersantai sambil melayan si kecil. Boleh bangun lambat. (ye ke bangun lambat. selalunye pukul 7 Baby Aura dah celik biji mata) Aku masih kurang sihat lagi. Batuk, selsema & sakit tekak. Badan pulak seram sejuk macam nak demam. Boring betul demam hari cuti kan. Kalau hari keje leh MC. hehehe. Hubby lak tak balik minggu ni. Tak dapat la nak bermanja time sakit-sakit ni. emmm =( Ok la selamat berhujung minggu semua..

Gegaran.

Ari ni 2 kali bangunan opis bergegar. 2 kali gak aku berlari turun dari bangunan. Tapi yang penting bila berlari keluar dari opis, pam S3 tetap ku angkut. Benda tu umpama nyawa. Benda yang paling penting sekarang. =) Oh ye, gegaran sebab apa ye? Khabar2 angin yang sampai ke telinga, Sumatera di landa gempa sekuat 5.5 pada skala richter. Kesian dengan mereka ye. Selalu je di landa gempa. Bersyukur la Malaysia tak alami bencana macam tu. Sekadar gegaran je. Tu pun masih ada yg tak sedar diri lagi. Terlalu tamak mengejar kemewahan sampai sanggup rosakkan alam. Kalau nanti alam dah musnah, nak duk kt mane plak. Duit yang banyak tu pun dah tak guna lagi.

Blood test

Sabtu lepas ke Ampang Putri lagi untuk buat blood test bagi mengesan talesmia dalam darah Baby Aura . Kesian Baby Aura menangis kesakitan bila di ambil darahnya. Result akan dapat dalam minggu ni. Harap2 tak ada apa-apa yang serius la. Risaunya

Berpiknik

Image
Ahad lepas kami berpiknik di Sungai Congkak, Hulu Langat. Idea nak berpiknik ni tercetus masa duk berborak dengan alunk. Disebabkan musim panas & takde apa-apa agenda pada minggu tersebut, maka kami terus plan untuk pergi mandi manda. Nasib la mr hubby agree. Alunk pun ajak mr S dia ikut sama. Lokasi yang menjadi pilihan ialah Sg Congkak. Seronok sangat sebab dah lama tak berendam sungai. Kami menyewa tree house yang telah dibina oleh penduduk kampung dengan bayaran RM15 dan parking pun kene bayar RM2 gak walaupun just parking tepi sungai. Kelakar pun ada, tapi adat la dekat bandar ni, mandi sungai pun kene bayar. Tree house tu nak dikatakan selesa tu tak jugak la. Tapi boleh tahan la. Cuma owner patut baikpulih keadaan rumah tersebut sebab ada tiang2 yang dh tercabut dan lantai yang hampir reput. Agak merbahaya pada pengunjung. Namun overall boleh la dikatakan memuaskan hati sebab memudahkan kami untuk berehat & menyalin pakaian. Baby Aura pun nampaknya enjoy sangat. Memang p...

Aksi Marsya Naurah

Hari ni aku nak upload video clip baby aura & another baby masa kat sogo. Seronok tengok aksi mereka. Dua2 friendly & pandai berkawan. Mereka ni sebaya, lahir pada february 2010. Bila tgk aksi comel anak2 ni, stress pun hilang. =)

kenduri kawin

Image
Lama x update blog ni. Lately ni bz sket la. Banyak sangat benda yang perlu diuruskan. So ari ni cuba gak luangkan sket masa untuk update cite last weekend. Jumaat lepas family hubby datang berkampung kat rumah aku. Mereka semua ke sini sebab nak hadiri kenduri sedara mereka di Taman Saga, Ampang. Dekat je dengan rumah aku. Tu pasal diorg datang berhimpun. Minta maaf la mak, abah, kak yong sefamily, mak su sefamily & acu biah & paksu inn. Rumah mar ni kecik je. Toilet pun 1 je. So tak boleh la nk bagi keselesaan sangat pd semua yang datang. Harap takde yang tak berpuas ati ye. Nanti bila datang KL, singgah2 la lagi rumah mar. =) Berbalik pada tajuk, bersempena dengan cuti sekolah 2 minggu ni, maka banyak la pasangan-pasangan muda mahupun tua yang melangsungkan perkahwinan. Aku sendiri pun banyak mendapat undangan perkahwinan. Tapi ada setengah yang jauh tu tak dapat la aku menghadirkan diri. Ada yang dekat pun tak berkesempatan pula nak hadir. Ada je urusan yang harus disettlek...