Posts

Showing posts from February, 2015

Gongxi.. Gongxi

As-salam, Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat tahun baru cina buat mereka yang menyambutnya. Sana sini meriah dengan irama gongxi gongxi. Cerita tentang tahun baru cina ni, perkara yang paling aku suka ialah tarian singa. Kalau tau je kat mana ada tarian singa tu, memang aku tak lepas peluang nak pegi tengok. Kagum dengan aksi akrobatik mereka. Bukan senang kan nak melompat macam tu. Tapi selalu takde peluang nak bagi naurah tengok tarian singa tu. Kalau cerita pasal makanan pulak, Yee sang yang paling aku suka menjelang tahun baru cina. Tapi dah 2 tahun kot termiss peluang nak makan yee sang tu. Harap tahun ni dapat merasa la. Paling seronok tahun ni dapat cuti panjang la sebab tahun baru cina jatuh hari khamis dan jumaat. So terus sambung dengan cuti weekend kan. Dapat la 4 hari bercuti. Ikutkan nak ke USS masa cuti ni. Tapi terpaksa ditangguhkan sebab ada masalah sikit. Hope plan ni cuma ditangguhkan la bukannya dibatalkan. Ok selamat bercuti semua. Jadikan m

Untitled post

As-salam, Hidup, jika asik melihat orang yang lebih dari kita, tentu kita akan rasa sakit hati. Melihat kelebihan / kemewahan seseorang boleh buat kita cemburu bukan.  Ada cemburu yang membuatkan seseorang akan berusaha untuk bangkit dan lebih rajin supaya dapat apa yang dia inginkan. Ini memang bagus. Menjadikan seseorang sebagai perangsang. Tapi ada yang cemburu dan dengki hingga sanggup melakukan apa je untuk menjatuhkan orang. Opss itu sangat bahaya. Selalu kita dengar iri hati tu sinonim dengan masyarakat melayu. Ada yang sanggup menggunakan cara halus dek kerana sakit hati. Tolong ye, jangan la sesekali buat macam tu. Jadi untuk mengelakkan dari sering berperasaan cemburu, selalu la melihat kekurangan orang lain dengan keinsafan. Terbitkan dalam hati perasaan bersyukur dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang apa yang kita inginkan tidak semestinya apa yang kita perlukan. Cukup lah memiliki apa yang kita perlukan. Mungkin itu lebih membahagiakan. Love, mar

Marsya Naurah 5 Tahun

As-salam, Ya allah cepat betul masa berlalu. Sumpah, aku tak sedar rupanya dah 5 tahun bergelar seorang ibu. Pertama kali dapat tau aku mengandung, macam-macam perasaan hadir. Gembira, takut, risau semua ada. Gembira sebab bakal mendapat cahayamata. Takut macam mana sakitnya bersalin. Risau, mampukah aku membesarkan anakku. Pertama kali menatap wajah naurah 5 tahun lalu, semua rasa sakit bersalin terus hilang. Rasa kasih dan sayang yang memutik ketika mengandungkan dia semakin bercambah. Dan perasaan itu semakin mekar hari demi hari. Ya allah, aku bersyukur dengan kurniaan ini. Terima kasih kerana meminjamkan anak ni padaku. Anak yang baik, bijak dan comel. Jadikan anakku marsya naurah anak yang solehah, anak yang sentiasa mentaat suruhan mu, anak yang menghormati ibu bapanya, anak yang menyayangi adiknya. Jadikan anak ku marsya naurah anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Marsya Naurah, mama sayangkan kakak. Jadi kakak yang baik. Tunjukkan contoh dan tauladan yang bai

Resepi makanan bayi - Steamed Butter Chicken

As-salam, Entry mak-mak kembali lagi. Disebabkan athmar memang suka makan, jadi mak memang teruja nak masak macam-macam makanan untuk athmar. So kali ni try masak steam butter chicken pulak. Sonang sangat-sangat. Aku pakai apa yang ada di rumah je. Bahan-bahan Zuchinni - 1/2 batang Carrot - 1/2 batang Peas - 1 genggam Ayam - 1/2 bahagian tight Unsalted Butter - 1 potongan kecil Cara-cara Buang kulit zuchinni dan carrot dan cuci bersih. Potong kecil. Panaskan air dalam periuk. (aku takde steamer so pakai periuk je) Steam semua bahan di atas. Setelah masak, tutup api. Gaulkan butter. Setelah sejuk, blend ikut kelikatan yang dikehendaki. Maaf takde gambar ye. Still hadapi masalah dengan network. Sapa boleh tolong ye. Love, mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Kehilangan besar buat kita semua

As-salam, Semalam mendapat berita kematian Tuan Guru Nik Aziz. Menitis air mata ni tanpa sedar. Sememangnya kehilangan TGNA merupakan sebuah kehilangan besar yang tiada galang gantinya. Waktu menaip ni pun air mata memenuhi kolam mata. Perasaan sebak yang tak dapat digambarkan. Walaupun aku tidak pernah bersua muka, namun aku sangat mengagumi allahyarham. Personaliti allahyarham yang sentiasa merendah diri, lemah lembut bila menutur kata, menghormati orang membuatkan allahyarham amat dihormati oleh setiap orang. Semoga roh allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dicucuri rahmat dan ditempatkan di kedudukan yang tinggi disamping para anbia. Innalillahinaillahirojiun..

Sharing is caring

As-salam, Biasa dengar ayat sharing is caring kan. Disebabkan quote tu la ramai yang suka share segalanya. Tak salah bila nak share apa-apa maklumat yang kita tahu. Tapi disebabkan kecanggihan teknologi masa kini, sharing information become more easier. Kalau di fb, just click button share je. Instagram boleh buat repost, dari whatsapp boleh terus copy dan paste je, dan beberapa media sosial lain lagi. Semuanya boleh di kongsi. Tapi sebelum korang seronok berkongsi, tolong pastikan setiap info yang hendak dishare tu sahih. Zaman sekarang ni, ramai orang suka cari publiciti. Just create je apa-apa cerita, selit sikit dengan hadis yang di cedok sana sikit sini sikit pastu mula keluarkan fakta auta. Pastu orang lain yang tengok terus share tanpa menyiasat terlebih dahulu. Contoh macam baru-baru ni dapat info pasal TGNA meninggal dunia. Kemain pulun lagi semua orang share dalam group whatsapp, fb, twitter dll. Padahal masa tu TGNA is getting better. Bahaya tau main share je

Celoteh hari khamis

As-salam, Sekarang ni asik takde idea je bila nak update blog. Padahal bila dalam LRT masa on the way nak ke ofis asik je duk bermonolog di dalam hati. Ntah kenapa akhir-akhir ni rasa macam skill menulis makin tumpul. Sebab tu asik blogwalking je. Tolong la idea, meh singgah sini. Lagi 1 buat masa ni blog aku tak boleh nak tepek gambar la. Korang alami tak benda yang sama. Ke aku sorang je yang alami macam ni. Tak syok la bercerita tanpa gambar. Kadang-kadang bila nak explain sesuatu benda dekat orang bila ada gambar baru orang lebih senang faham. Orang pun lebih seronok baca sambil layan gambar. Sebab tu nak tarik minat budak membaca, kena bagi buku bergambar. Sama la juga macam baca blog kan. Aku pun senang tertarik nak follow blog atau Ig orang bila tengok gambar-gambar menarik diorang. Ok la aku mengantuk sangat sekarang ni. Nak pegi melepak kejap dengan member. Nanti dah segar, dah ada idea aku update lagi. Love, mar ===========================================

Resepi makanan bayi - Pasta ayam

As-salam, Entry mak-mak kembali lagi. Kali ni aku nak share resepi pasta ayam untuk si manja athmar temar temar ni. Kali ni aku buat cara lain sikit dari yang biasa buat. Bahan-bahannya : Bunga Kubis Carrot Peas Kurma Unsalted butter Pasta Ayam Seulas bawang putih Minyak zaitun Cara-cara : 1. Steam kesemua sayuran dan kurma hingga lembut. 2. Rebus pasta hingga lembut. 3. Tumis bawang putih dalam pan penggoreng dengan minyak zaitun, setelah naik bau, masukkan ayam. 4. Setelah ayam masak, perlahankan api, masukkan kesemua sayuran dan pasta dalam pan. 5. Tutup api. Masukkan unsalted butter dan gaul mesra. 6. Sejukkan. Kemudian blend Sonang je kan. Sorry tak dapat nak share pic. Ada problem pulak dengan surver. Dah banyak kali try asik fail je. Love, mama mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992