Posts

Facebook ohhh Facebook.

Image
Pagi ni bila aku cuba nak online facebook tiba-tiba tertera Internet Explorer Cannot Display The Webpage. Huh... Apakah yang berlaku? Ada sesiapa alami problem cam aku pagi ni?

Mari bersenam

Image
Aku ke Simposium Keselamatan pada 29-30/3/2011 di Uniten. Agak menarik dengan kebanyakkan topik yang di bentangkan. Tapi akan update tentang topik-topik tersebut di entry akan datang. Kali ni aku nak bincangkan tentang satu topik yang dibentangkan oleh pensyarah daripada Uniten, Pn. Mastura berkenaan STRESS. Menurut Pn. Mastura, setiap orang pasti mengalami tekanan. Tak kiralah tekanan dari tempat kerja, di rumah atau masalah perhubungan. Tekanan atau stress bukanlah suatu penyakit atau virus, namun jika tidak dikawal ianya boleh menggangu kesihatan seseorang. Apabila seseorang mengalami stress, tekanan darahnya akan naik, jantung akan berdengup laju dan otot-otot akan menegang. Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa di kawal, penyakit-penyakit lain seperti DARAH TINGGI, JANTUNG, KENCING MANIS akan menyinggah. Satu cara untuk mengawal / mengurangkan tekanan atau stress ini adalah dengan bersenam. Kenapa bersenam? Kerana dengan bersenam, hormon gembira akan dikeluarkan. Hormon gembira

Baby Aura @ Aquaria

Image
Minggu lepas minggu yang memenatkan buat Baby Aura . Banyak sangat aktiviti mama & papa. =) Start dari hari khamis, papa sampai, malam kami berjalan ke Downtown, Cheras. Hari jumaat pulak kami ke Motherhood Expo di Midvalley. Pehh jem gila jalan. Nasib baik la hubby cool je. Ingat nak shopping la barang-barang baby kat expo tu. Tapi tak banyak choice barangan pulak. Cuma aku borong baby wipes aje sebab murah. Berbalik pada tajuk la, hari sabtu pulak hubby ajak ke Aquaria. Punya la seronok si kecil ni tengok ikan-ikan. Sampai dia nak pegang ikan-ikan yang ada. Memang tak tau takut la sayang mama ni. Pada yang tak pernah ke Aquaria, boleh la bawak anak-anak pegi. Harga tiket bagi dewasa warganegara M'sia RM 35 seorang. Kanak-kanak lupa pulak aku sal si kecil ni masuk free je. Seronok jugak la. Leh layan picas ni ye. bersama papa tersayang si kecil ni baru nak dapat kaki. nanti bila dh expert, jenuh la mama mengejar =) keluarga bahagia kami Baby Aura yang excited tengok fish 1 la

Stylo Mama

Image
Akhirnya dapat juga bendanya. Dah lama aku nak beli, tapi asik tertangguh. Kali ni hubby offer nak belikan. Apa lagi terus la rembat. Mesti korang pelikkan apa benda yang aku maksudkan tu. Ini la dia nya Bag untuk pam spectra 3 ku. Bag yang sebelum ni dah hampir putus. Namun ku gagah usungkan jua. Demi Baby Aura aku sanggup angkut pam yang berat ni ke hulu ke hilir. Janji dapat pam susu untuk yang tersayang. p/s : hati mengidam Medela FreeStyle. tapi tak sampai hati lg nak ketuk hubby. tunggu dulu la. =)

Happy Birthday Mohamad Aqil Najmi

Image
Special entry for my lil nephew for his 3 rd birthday. Happy Birthday sayang. Ni dah 3 tahun tau. Dah tak leh memek-memek lagi. Jangan nak dengki-dengki ngn kakak & Baby Aura . Dengar cakap mama & papa. Jangan melawan ok. ni dia budak yg memek tapi bijak bercakap tu.

Hobi

Image
Semalam during lunch hour, aku ternampak 2 orang officemate aku tengah kusyuk menjahit. Sorang menjahit manik, sorang lagi tengah kusyuk dengan jahitan fennel art. Cmne tu? Leh refer kt sini Menarik betul aku tengok. Tetiba terpikir, kenapa aku tak mulakan hobi baru gak. Mana tau dari hobi, lama-lama boleh jadi income kan. Sebab ramai yang berjaya dapat pendapatan sampingan melalui hobi mereka. Kalau nak kaya, mesti la rajin berusaha. BETUL TAK? Jadi aku rasa ini lah masanya untukkan hobi baru. Mungkin aku boleh mula jahit ini > > > > aisyehhh... permulaan tak de la hebat cmni. tapi akan datang insya allah =)

Dinner Jab. Sokongan, Bhg Perkhidmatan Korporat, TNB

Image
Dinner ni dah lama lepas pun. 18/2/2011 ari tu. Tapi baru nk upload piccas dalam blog. Sebab baru ada mood nk upload. Heheheeh. So layan je ye. Mr. Hubby tak dapat join. So pegi ngan alunk, dina & Baby Aura je mama & lovely Baby Aura NIP during the dinner on baby demand *Nursing In Public* mama vouge & baby comey sape ckp nursing mommy tak leh bergaya? Baby Aura & Baby Ibriz Both of them are BF babies. =) Mama Aura & Mama Ibriz wit Little Dina p/s: Pics tak banyak sal malas lagi nk upload. =)