Posts

cheese tart

Image
2box order dari opismate alhamdulillah tempahan tak putus dalam masa 3 minggu ni. banyak gak yang repeat order.semua berpuas hati. ada yang cakap jem nya meriah.. ye la kalau aku makan sendiri pun aku suka jem banyak. nak bagi orang makan ni kene la buat macam nak makan sendiri. bila orang puas hati dengan hasilnya insya allah diorang akan order lagi. so pada yang nak order boleh email di naurahkitchen@gmail.com atau boleh msg or whatapps di 0182684992. babai..♥♥

my kampung, sepang gold coast

Image
selalu bila nak balik umah mak, kami adik beradik suka update nak balik gold coast... cam gempak je bunyi kan... hahaha. sebenarnya kampung kami ni kat bagan lalang je.. bagi yang tak tau kat mane bagan lalang tu sila gogel ye.. aku penah cite dalam post2 yang lama, parents aku beli umah kat cini dulu.. bila dh pencen baru diorang pindah ke sini..  seronok kat sini sebab dekat dengan pantai.. dari umah mak boleh jalan kaki je..  tapi kami slalu ngada2 nak naik kete gak.. dasar malas berjalan kan... dulu masa mula-mula beli rumah kat sini tempat ni takde apa sangat.. tapi tak lama lepas beli baru tau tempat dalam perancangan untuk dibangunkan dan dimaju kan. nama pun akan di tukar menjadi Sepang Gold Coast..   ini adalah golden palm resort.. memang cantik.. teringin gak bermalam kat sini.. tapi harga mak aii.. takpe duk umah mak lagi best.. hihi

gosok gigi

cmne cara korang ajar anak rutin penjagaan gigi ekk? si naurah ni ikut mood dia je bila nk gosok gigi. memang aku lagi prefer aku yang buat. tapi naurah nak buat sendiri je.kalau tak bagi mula la mengamuk tak mo gosok langsung. korang tau-tau je la cmne kan. bukan semua part kene. lagipun gosok pun main-main je. sakit ati tau... puas la aku buat cerita ulat la gigi hitam la gigi rosak la tapi semua tu tak jalan gak.. kadang-kadang sampai tahap aku paksa je gosok sambil marh-marah la.. so siapa ada tips cmne korang ajar anak tentang penjagaan gigi ni leh share sket tak. buat masa ni gigi naurah still elok lagi la. tapi sebelum rosak baik kita cegah kan kan kan.

sabar je la

naurah: mama tengok ni hebat baby lompat.. aku: baby jangan main lompat2 nanti jatuh.. naurah: tak jatuh pun...mama jangan risau... aku: *tak tau nak cakap apa lagi* kerek gila ok naurah ni sekarang... kadang2 bila dia masuk bilik tengok katil tak berkemas direct je terus sound..."ya allah bersepah2 katil tak kemas..." siap dengan bunyi ishh ishh ishh..macam makcik2 tau tak... kadang2 leh sakit jiwa gak la dengar ayat dia.. aku rasa mesti budak ni sangat kekwat bila dia besar ti...abis la sape yang kene..hahahaha

ludah meludah...

aku tak paham la nae ada orang tak takde akal dan akhlak yang sesuka ati je nak meludah merata-rata.. aku paham kadang-kadang.kita terpaksa meludah...tapi perlu ke meludah atas simen kat laluan pejalan kaki...g la ludah kt longkang... orang-orang cmni memang patut di label takde akhlak.... betul tak? agak-agak kt rumah pun diorang suka ati ke nak ludah atas lantai??

adam dan hawa

Image
korang folllow tak drama adam dan hawa ni...best kan cite ni....drama ni di adaptasikan dari novel adam dan hawa... aku tak ingat la penah baca ke tak novel ni dulu.. tak ingat sal dah lama sangat dan dah banyak sangat novel yang penah dibaca.. so tak leh la nak compare mana yang lagi best.. bagi yang tak ikut drama ni, meh aku cite sket sepnosis cerita ni.. kisahnya ialah pasal adam mukris lakonan aaron aziz dan ain hawani lakonan nadiya nisa yg terpaksa berkawin sebab ditangkap khalwat gara2 diperangkap oleh ex-gf am yang sakit hati lakonan anzalna.. memula nk review sal pelakon dulu la..ramai gak yang komen nadiya nisa tak sesuai bergandingan dengan aaron aziz..well bagi aku sesuai je...aku rasa nadiya ni cantik ok...muka wanita melayu...lagipun lakonan nadiya memang mantap...aaron sememangnya hensem dan gaya lakonnn aaron memang terbukti hebat... anzalna pulak memang berjaya membawa watak Dee perempuan gedik tu..  lepas mereka terpaksa berkawin, ain terus membawa diri ...

salah aku ke..??

Image
baru2 ni aku mencari 1 surat lama...sebab bos aku nak buat claim..bos lama tak penah buat claim yang ni...so aku tak penah tau menau pun hal ni...bila bos baru nak buat claim aku pun mencari la pekeliling hal ni.. tapi pe yang aku cari tak jumpa... so tanya ke SU senior.. minah tu cakap ada surat dari VP sal hal ni... so bila aku mintak copy surat tu, minah ni dengan suara ala bagus dia cakap takkan aku takde simpan copy.. serius key aku tak penah tau hokey.. so aku dia dulu..pikir balik kot2 memang ada copy tspi aku tak ingat... so aku pun selongkar balik fail2 lama...surat tahun 2009 ok...cm gila aku mencari.. cari dan cari selongkar dn selongkar...tanya org sana sini...ha finally dapat gak.... ok ko tengok ni BESAR2....big bos minute kat sape???? kt SU dia iaitu minah tu dak pengurus besar logistik...... ada ke minute ke bos aku????? bos aku jab. HR.. ko rasa org hr tak perlu tau ke pasal ni???logik tak kalau aku tak tau menau sal ni??? logik tak kalau aku takde copy surat ...