Mari bersenam
Aku ke Simposium Keselamatan pada 29-30/3/2011 di Uniten. Agak menarik dengan kebanyakkan topik yang di bentangkan. Tapi akan update tentang topik-topik tersebut di entry akan datang. Kali ni aku nak bincangkan tentang satu topik yang dibentangkan oleh pensyarah daripada Uniten, Pn. Mastura berkenaan STRESS. Menurut Pn. Mastura, setiap orang pasti mengalami tekanan. Tak kiralah tekanan dari tempat kerja, di rumah atau masalah perhubungan. Tekanan atau stress bukanlah suatu penyakit atau virus, namun jika tidak dikawal ianya boleh menggangu kesihatan seseorang. Apabila seseorang mengalami stress, tekanan darahnya akan naik, jantung akan berdengup laju dan otot-otot akan menegang. Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa di kawal, penyakit-penyakit lain seperti DARAH TINGGI, JANTUNG, KENCING MANIS akan menyinggah. Satu cara untuk mengawal / mengurangkan tekanan atau stress ini adalah dengan bersenam. Kenapa bersenam? Kerana dengan bersenam, hormon gembira akan dikeluarkan. Hormon gembira...