Posts

Showing posts from July, 2015

Secebis kisah raya

Image
Assalam, Hari ni baru kesempatan nak update kisah raya kami. Dah 13 syawal dah ni. Kemain efisyen lagi kau mar. Tahun ni giliran beraya di bagan lalang. Bergerak balik bagan lalang malam khamis sebab aku kerja lagi. Nak ambik cuti tapi macam sayang je sebab khamis tu kerja separuh hari je. Tak sampai separuh pun, pukul 11 lebih aku dah balik. Singgah Masjid Jamek kejap nak beli tudung. Dalam otak dah plan nak beli 2, 3 helai, tapi last-last beli sehelai je tu pun untuk emak. Anak-anak di rumah En. fuad jaga. Merasa la dia jaga athmar sorang-sorang. Baru tau susah ke senang. Sebab kami balik lambat, maka tak dapat la menolong mak ayah memasak. Ni pic yang alang hantar dari whatsapp. Ayah kalau memasak banyak-banyak memang suka masak kat luar. Lagi tambah feel katanya. Tapi takde la pakai dapor kayu. Tu tengah tanak ketupat pulut dan rendang daging in the making. Fuhh memang sedap. Tapi sebab ulser sepanjang raya hari tu, maka aku makan pun tak puas la. Teringat-ingat sampai hari ni...

Resepi makanan bayi | Cheezy Butter Chicken Porridge

Image
Assalam, Lama tak up entry mak-mak. Hari ni nak share resepi mudah dan ringkas ni untuk anak-anak setahun ke atas.  Bahan-bahan Unsalted Butter 2 sudu besar Cheese 1 Slice Bawang putih seulas dan merah sebiji Ayam Sayur (carrot, bunga kobis, brokoli, etc) Segenggam beras Cara-cara  Cuci bersih beras kemudian toskan air. Ketepikan Tumis bawang dengan butter hingga kekuningan.   Masukkan ayam, gaulkan sekejap. Masukkan beras kemudian gaul rata.  Kemudian masukan air mengikut sukatan yang dikehendaki.  Masukkan sayur Bila air hampir kering, masukkan cheese slice. Kacau sebati.  Tutup api. Siap.  Memang senang sangat-sangat buat ni. Rasa pun sedap. Ada rasa lemak-lemak dari butter dan masin-masin dari cheese. Kalau korang nak pakai ikan pun boleh. Sebelum ni aku pernah buat pakai salmon. Memang lagi meletop rasanya. Athmar pun suka sangat.   Reason kenapa aku kata resepi ni untuk 1 tahun k...

Wordless wednesday

Assalam, Ada teman ofis kata, rakyat malaysia mengeluh barang naik, minyak naik, tol naik, tapi buffet ramadhan di hotel-hotel tetap penuh. Jadi dia pertikaikan bila orang mengeluh terkesan dengan kenaikan harga barangan.  Bila kita tidak terkesan dengan kenaikan harga barang, jangan anggap semua orang sama. Berapa ramai yang terpaksa menahan dari membeli semata-mata untuk berjimat. Bergaji 3000 masih bergelar miskin di bandar. Ramai rakyat yang semakin terhimpit kesan daripada kenaikan harga barang. Nilai ringgit yang semakin mengecil memburukkan keadaan.  Tolong jangan kata, rakyat masih mewah berbelanja. Masih mampu makan mewah. Itu hanya sebahagian. Tapi ramai lagi yang hanya mampu melihat. Hanya mampu menelan air liur bila melihat gambar makanan. Berapa ramai lagi rakyat yang terpaksa mencatu makanan, demi mencukupkan belanja hingga gaji seterusnya.  Jadi lah lebih peka. Jadi lah lebih sensitif. Jangan ungkap jika tak mampu makan ayam, makan la sayur. ...

Diari ramadhan | Hari ke 21

Assalam, Ya allah cepat betul masa berlalu kan. Tau-tau je dah hari ke 21. Tinggal lagi lebih kurang 7 hari untuk kita berpuasa. Gembira dan sedih dalam masa yang sama. Gembira kerana akan menyambut raya. Meraikan kemenangan menahan lapar dan dahaga. Sedih sebab rasa belum puas beribadah di bulan puasa. Terlalu jarang dapat bertarawikh. Walaupun di rumah. Masih banyak kealpaan yang belum dapat diperbetulkan. Masih banyak kelekaan yang belum dapat disedarkan. Ya allah, sempatkan aku untuk mengejar pahala 10 malam terakhir ini.  Bercerita tentang raya, aku belum decide bila nak mula bercuti. Ikutkan nak bekerja hingga hari khamis. Terasa sayang pula nak ambik cuti sebab biasanya hari last sebelum raya tu dapat 1/2 day. Lagi pun tahun ni balik bagan lalang. Tak payah tempuh jem pun. So ingat lepas kerja terus balik. Tapi semalam bila tanya pada pengasuh athmar, ummi nak balik kelantan hari rabu. Terlupa pula aku kan, dia nak balik kampung jauh. Pengasuh naurah aku tak tanya lag...