Posts

Showing posts from July, 2014

Bawang Putih - Rawatan selsema / batuk dan kahak untuk bayi

Image
As-salam, Dah 2 hari athmar selsema. Budak kecik ni kalau kene selsema memang kita kesian sangat kan. Ye la baby mana la reti nak buang hingus sendirikan. Athmar nampak tak selesa sangat bila selsema. Tidur pun kejap-kejap je. So aku buat teknik garlic socks waktu nak tidur. Alhamdulillah athmar tidur dengan lena. Senang je caranya. Ambil setengah ulas bawang putih. Tumbuk tapi jangan sampai lumat. Pakaikan stokin berlubang atau yang jenis berkait. Kemudian letakan bawang putih tu pada satu lagi stokin dan pakaikan pada kaki baby. Biarkan semalaman. Bawang putih mengandungi antiinflamasi dan antivirus yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, merawat batuk, kahak dan selsema. Selain dari cara garlic socks, korang juga boleh buat garlic oil untuk disapu di dada dan belakang badan baby. Caranya ambil seulas bawang putih, bakar bersama kulit hingga hitam. Kemudian lenyekkan, dan campurkan dengan sedikit minyak masak / zaitun.   Seben...

Mighty 3 Gems

Image
As-salam. Meh sini nak cerita tentang minuman 3 serangkai yang super hangat di pasaran terutama dibulan ramadhan ni. Set 3 serangkai ni dikenali sebagai mighty 3 gems. Set mighty 3 gems ni terdiri daripada : - Performance Drink. Minuman berperisa oren memberi tenaga segera dan berkekalan serta mencegah penyahhidratan. Berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air. Digunakan oleh ramai ahli sukan seluruh dunia selama bertahun-tahun. - ESP. Protein biologi berasaskan tumbuhan yang lengkap rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Dapat membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur. Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat. Memecahkan lemak dan mengurangkan berat badan serta dapat mengatasi sembelit kerana dapat melembutkan najis. - Meal Shakes. Makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik yang mengandungi 19 vitamin da...

Cergas ketika mengandung

As-salam, Athmar dah 3 bulan pada 1 julai lalu. Kejap betul la masa berlalu. Rasanya macam baru je dapat tau mengandung, bersalin, tup-tup sekarang dah 3 bulan pun usia dia. Sebelum tu, belum terlambat kan untuk aku ucapkan salam ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia. Teringat kisah ramadhan tahun lepas. Masa tu aku dah mengandung, tapi belum tahu lagi. Cuma pelik kenapa duk rasa lesu semacam. Mula-mula ingatkan sebab berpuasa dan kurang rehat. Tapi terasa letih melampau sangat. Buat kerja rumah sikit pun dah penat. Time keje jangan kata la, memang asik nak tidur je. Mula-mula memang tak sangka langsung mengandung. Tapi 1 hari period aku datang sikit sangat. Lebih kurang macam stain je. Ada la 3 hari macam tu. Masa tu mula tergerak hati, mengandung ke? Tapi aku tak segera buat pregnency test lagi. Saja tunggu dulu. Sebab beberapa bulan sebelum tu, 2 kali aku buat test lepas rasa tak sihat dan loya-loya tapi hasil menghampakan. So tak nak la rasa kecewa lagi. Hingg...