Posts

Showing posts from April, 2011

Koleksi kasut Marsya Naurah

Image
Aku ni memang pantang sket tengok kasut yang comel-comel. Suka je nak belikan buat si kecil ni. Tengok ni ada bape pasang kasut yang ada ni ha. tu pun ada 2 pasang yang aku dah buang sal dh koyak. Yang ni pun ada gak la kasut yang tak penah pakai langsung, ada yang baru pakai skali je. Ada gak yang cakap aku membazir belikan kasut cmni punya banyak sebab baby tak akan pakai lama. Tapi dah minat kan, nak buat cmne. p/s: opsss ni bukan semuanya aku beli, ada 2 pasang yang org bagi as bday present

Production merundum

Beberapa hari lepas production susuku merundum sangat-sangat. Cuma dapat 3 - 4oz per session sedangkan biasanya aku dapat antara 5 - 7oz . Memang salah sendiri sebab sepanjang minggu lepas pumping session agak berterabur. Aku pulak memang susah nak dapat milk booster yang serasi dengan tubuh. Dah bermacam-macam aku try makan, kebanyakkannya tidak memberi sebarang kesan. Jadi dengan kemerosotan pengeluaran susu ini, walaupun tetap memujuk hati untuk tenang dan teruskan pumping macam biasa, sikit sebanyak membuatkan aku agak tension jugak. Pagi ni pulak, period datang menjenguk. Patut la perut ni terasa lain macam je. Biasanya sebelum ni tak ada masalah production pun tiap kali period. Tapi bulan ni terjejas pulak. Mmm harap-harap tak lama la kemerosotan ini berlaku. Cepat la back to normal. p/s: tetap makan macam2 jenis milk booster sebab suka. =)

Kenapa..kenapa...kenapa

Image
Ketika melayari blog Puan Farah dari Sarakids, tetiba ada satu pic yang membuatkan aku sakit jiwa. Kenapa...kenapa...kenapa...?? Ohhh tidakk... Nak tau pic apa yang buat aku sakit jiwa? Cer scroll bawah. > > > > > > > > > > Bagpack Stylo Mama yang berkaler PINK. Memang sgt santek kan Kenapa baru keluar sekarang. Aku dah beli yang kaler itam tu. Ada sape2 nak bag aku tak? Leh letgo yang tu utk li yang PINK nih. Boley cmtu?

Mulakan dari sekarang

Alhamdulillah my Baby Aura dah sihat. Tiada lagi bintik-bintik merah yang timbul. Cuma tinggal parut je. Hopefully parut-parut tu cepat hilang. Kesian tengok kaki anak mama yang berparut. 4 hari bersama Baby Aura adalah saat yang sangat bahagia. Pelbagai aktiviti yang dapat kami lakukan bersama. Baby Aura ternyata semakin bijak. Dah memahami tiap kata-kataku. Dah boleh menerima arahan yang mudah seperti meletakkan baju kotornya kedalam laundry basket, membuang sampah ke dalam tong sampah & menyimpan/mengambil makanan di dalam frige. Di usianya 14 bulan, bukankah itu pencapaian yang hebat? Sungguh aku berbangga. Impian aku agar Baby Aura mula membaca seawal usianya 3 tahun. Mungkin ada kanak-kanak lain yang boleh membaca lebih awal dari itu, namun aku tidak mahu terlalu memaksa. Apa yang penting Baby Aura tetap boleh bermain seperti kanak-kanak lain kerana aku percaya kanak-kanak boleh developed kemahiran mereka melalui permainan. Aku mula membeli buku untuk Baby Aura ketika ...

Hand Food Mouth Disease

Just nak update tentang my Baby Aura. Dia dijangkiti HFMD. Start demam dari hari khamis, aku notice tangan & kakinya ada bintik-bintik merah. Doctor sahkan Baby Aura dijangkiti dengan disease ni. Aku tak pasti dari mana dia dijangkiti. Setakat hari ni, bintik merah still ada so kemungkinan besar esok aku terpaksa bercuti lagi disebabkan penyakit ni senang berjangkit di kalangan bayi. Jadi tak boleh la hantar Baby Aura ke BS sok. Apa puncanya? Untuk maklumat lanjut leh baca kt sini Hope Baby Aura cepat sembuh. Sayang anak mama.

Travelling & Solid.

Image
Aku penah di tanye kenapa tak bagi Baby Aura makan nestum / neslac sebab lebih senang. Tak perlu masak hari-hari. Bila nak pegi bercuti pun senang. Meh sini aku bagi tau macam aku handle solid Baby Aura bila aku pergi bercuti. Memang senang je. 1. Pastikan tempat percutian tu mempunyai peti ais. 2. Masak bubur mengikut citarasa 3. Masukkan ke dalam Baby Cubes 4. Bawak stok mengikut keperluan Contohnye leh tengok picas ni Stock solid diletakkan didalam Frige to Go / Cooler bag Stok untuk 2 hari 1 malam. Kalau tempat percutian tu takde frige, leh letakkan didalam coleman box / ice box dan letakkan ais banyak-banyak. Ataupun tumpang frige hotel. Tak susah mana kan.

Saya mahu bento dari blog bunda's corner

Aku terjumpa blog ni secara tak sengaja masa nak tukar layout blog aku. Tetiba ternampak layout blog ni. Sebab nampak cute aku terus follow. Kagum aku dengan kesungguhan owner blog dalam menyediakan bekalan makanan untuk keluarganya terutama anak-anaknya. Pelbagai karektor kartun yang dia buat semata-mata nak tarik perhatian anak-anaknya untuk makan. Kanak-kanak kadang-kadang kurang gemar makan. Jadi sebagai ibu, kita harus kreatif dalam menghidangkan makanan. Bento dengan pelbagai karektor dan bentuk merupakan salah satu cara yang dapat menarik minat anak-anak untuk makan. Cuma dalam kagum aku tengok gambar-gambar bento tu, tiba-tiba terkejut BERUK lak aku bila ternampak gambar bento yang disediakan buat anak lelakinya berwajah Baa Alif Baa Ya sebab setahu aku owner blog seorang muslim. Mungkin orang-orang Indo tak kisah sangat tentang wajah menatang tu. Bagi mereka dagingnya saja yang haram dimakan. Tapi bagi aku, tetap kembang tekak ni bila tengok gambarnya. Banyak lagi haiwan lai...

Facebook ohhh Facebook.

Image
Pagi ni bila aku cuba nak online facebook tiba-tiba tertera Internet Explorer Cannot Display The Webpage. Huh... Apakah yang berlaku? Ada sesiapa alami problem cam aku pagi ni?