Percutian bajet Ke Pulau Pinang
Assalamualaikum, Lama sangat saya tak update blog ini. Kekangan kerja sememangnya membataskan masa saya untuk mengadap blog setiap hari. Saya cuba-cuba juga untuk update di rumah, namun tak terkejar dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Tambahan anak-anak semakin membesar dan menuntun perhatian daripada saya. Tapi terasa rindu sangat pada ruangan yang saya gunakan untuk meluahkan pandangan dan bercerita. Jadi, hari ini teringin menaip. Nak asah kembali bakat mengarang. Tettt. (>..<) Siapa yang tak suka bercuti? Rasanya bila bertanya, pastinya ramai yang suka pergi bercuti. Namun kadang-kadang terbantut lantaran kewangan yang tidak mengizinkan. Kami tidak berkecuali. Adakalanya terpaksa membatalkan plan percutian kerana short budget. Namun, adakalanya kita harus mengambil risiko. Pergi bercuti tak semestinya perlu percutian mewah dan menelan belanja ribuan ringgit. Hanya dengan bajet yang sedikit, kita masih mampu menikmati keseronokan bercuti. I